Tiada yang mampu tahan godaan ayam goreng seringgit. Jangan pandang sebelah mata, walaupun murah, ayam bajet seringgit selalu jadi favorit ramai sebab ianya sedap, rangup dan berbaloi juga.
Sekarang pun makin ramai orang yang jual ayam goreng seringgit di kedai-kedai tepi jalan atau pasar malam. Namun dengan mengesampingkan harga yang murah, anda juga mesti ingin beli ayam goreng seringgit yang sedap punya, rangup, rempah terasa, dan daging ayam yang lembut, betul?
Oleh kerana kami tidak ingin anda kecewa, kami datangkan resepi ayam goreng seringgit terus daripada peniaga ayam goreng tersebut. Jangan sangsi jangan bimbang, resepi dijamin seratus peratus sedap kerana cik Murni Rahmat telah membuktikan sendiri dengan jualan dia yang laris manis.
Di bawah ini kami ringkaskan untuk anda resepi yang dikongsikan cik Murni di laman Facebook. Ayam goreng yang terhasil memang sedap sangat, rangup, ayam lembut, rempah terasa tidak lebih tidak kurang. Sesuai dijadikan kudapan, malah lebih sedap dari ayam goreng puluh-puluh ringgit. Selamat mencuba.
Selain ayam goreng seringgit, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.