Anda selalu teringin nak makan ayam masak paprik? Jika ya anda datang ke tempat yang betul kerana hari ini kami akan kongsikan resepi ayam masak paprik yang mudah dan sedap. Paprik ini boleh dimakan bersama dengan nasi putih mauhupun nasi goreng.

Anda boleh cuba sendiri resepi ini di rumah dengan hanya menggunakan bahan bahan yang ada di dapur sahaja. Mudah bukan? Sememangnya ia memudahkan urusan untuk ibu ibu di luar sana. Sekejap jer dah boleh siap. Kini anda tidak perlu keluar ke rumah lagi untuk makan nasi goreng paprik. Anda hanya perlu ke dapur sahaja! Apa tunggu lagi. Ayuh cuba resepi ini sekarang.

Resepi ini dikongsikan oleh Zura Dzn dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Paprik Ayam

ayam masak paprik

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Ayam dipotong kecil
  • Kobis bunga, lobak merah, kacang panjang
  • Sebiji bawang putih bawang merah dan 3@4 biji cili api hiris
  • Sebiji bawang Holland potong 8
  • Sesudu cili kering
  • Daun limau purut
  • Garam sos tiram 1/2 sudu tepung jagung dan perasa

Cara-cara penyediaannya:

  1. Tumis ayam tadi letak air sedikit agak-agak kecut, angkat dgn air rebusannya.
  2. Tumis cili kering sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang merah bwg putih cili api kacau rata.
  4. Masukkan ayam dengan air rebusan.
  5. Letak sedikit kicap, sos tiram, garam dan perasa.
  6. Bancuhkan tepung jagung dibancuh dengan air untuk pekatkan kuahnya.
  7. Masukkan sayur dan bawang Holland dan tutup api.
Dah siap ke? Ye dah siap. Mudah kan? Apa lagi. bolehlah cuba masakkan untuk yang tersayang.

Resepi Ayam Lain yang Menarik

Selain resepi ayam goreng berempah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share dan komen di bawah ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.