Asyik-asyik hidung terasa gatal dan tersumbat gara-gara alahan resdung? Adakah anda mengalaminya setiap hari? Sampai merah hidung dibuatnya kan, sebab terpaksa menghembus keluar hingus berulang kali dengan tisu. Ditambah lagi dengan sakit kepala.
Mesti anda sudah penat mencari punca serta rawatan berkaitan, atau tercari-cari bagaimana hendak mengurangkan kekerapan resdung yang dialami. Bolehlah ikuti tip di bawah yang disarankan oleh Dr Ezairy M.Sallih untuk mengatasi masalah resdung anda, tanpa perlu penggunaan ubat-ubatan, selain impak resdung kepada kehidupan penderita resdung.
Rawatan dengan cara betul dan kawalan alahan adalah kunci utama untuk mencapai kualiti hidup yang baik bagi pesakit resdung.
1.Elak keluar rumah apabila kawasan luar rumah berjerebu dan habuk.
2.Elakkan makanan yang menyebabkan anda alahan. Ia seperti makanan laut, sesetengah ikan dan sebagainya. Bergantung pesakit
3.Bersihkan badan dan mandi segera selepas berada di luar.
4.Pastikan tingkap dan pintu anda ditutup sekiranya persekitaran luar berjerebu dan berdebu yang teruk .
5.Gunakan penutup mulut dan hidung anda semasa menjalankan kerja-kerja di luar yang tidak sihat.
6.Elakkan terdedah kepada haiwan peliharaan berbulu seperti kucing yang boleh menyebabkan gejala alahan lebih susah dikawal
7.Keluarkan permaidani dari bilik tidur anda jika anda alah terhadap hama habuk.
8.Jika gejala alahan anda semakin teruk ketika di dalam peghawa dingin, maka elakkan.
9.Sentiasa patuh dan ikut arahan yang diberi oleh doktor dan pihak hospital.
10.Amalkan gaya hidup sihat. Ia termasuk makanan seperti buah-buahan dan sayuran . Dan juga aktiviti riadah bersama keluarga.
1.Masalah tidur disebabkan oleh gejala-gejala yang mengganggu anda pada waktu malam
2.Memburukkan gejala asma yang dialami
3.Boleh menyebabkan jangkitan telinga yang kerap
4.Jangkitan sinus yang kronik dan mengakibatkan komplikasi buruk seperti pembengkakan mata, jangkitan ke struktur berdekatan dan lain-lain.
5.Kerap tidak hadir ke sekolah atau kerja akibat masalah yang dialami
6.Mengalami sakit kepala yang kerap
7.Komplikasi juga boleh timbul akibat kesan sampingan ubat antihistamin yang diambil tanpa nasihat doktor. Paling umum, rasa mengantuk boleh berlaku. Kesan sampingan yang lain termasuk sakit kepala, kebimbangan, dan insomnia.
PERINGATAN: Jangan cuba-cuba rawatan resdung yang salah. Teknik asap-asap, lilin-lilin, produk tanpa kelulusan KKM dan seumpamanya tidak akan berkesan. Jumpalah doktor sekiranya anda ada masalah. Jika dinasihat menggunakan ubat, ikut dan patuh arahan hospital.
*Siapa tahu, entah-entah satu atau beberapa tip yang dikongsikan berkesan untuk anda. Tidak perlu ubat-ubatan pun! Jangan lupa kongsi info ini kepada keluarga dan rakan taulan anda ya!
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.