Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai salah satu vitamin kumpulan B. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga dan juga penghasilan sel darah merah.

Ia juga bukan sahaja sesuai untuk diambil semasa mengandung malah seeloknya diambil sewaktu awal anda berusaha untuk mengandung. Asid folik ini sesuai untuk semua wanita yang berusia 14 hingga 44 tahun. 

asid folik untuk ibu mengandung
Imej via [sqoline]

Asid folik ini bukan khas untuk wanita sahaja malah sesuai untuk lelaki yang mengalami masalah kesuburan dan yang berusaha untuk mendapatkan anak. Pengambilan asid folik penting untuk mereka yang merancang untuk hamil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelumnya. Jom lihat 10 kelebihan asid folik untuk ibu mengandung.

1. Membantu Mengatur Pembentukan Sel Saraf 

asid folik untuk ibu mengandung
Imej via [halodoc]

Asid folik ini dapat membantu mengatur pembentukan sel sarat untuk ibu mengandung. Vitamin ini diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. 

Masalah dan risiko boleh berlaku jika kekurangan asid folik. Antaranya adalah:

  • Spina Ifidab iaitu penutupan saraf tunjang dan tulang belakang yang tidak sempurna
  • Anensefali pula keadaan yang berlaku dimana pembentukan otak yang tidak sempurna semasa peringkat fetal
  • Ensephalokel iaitu kecacatan tabung saraf yang ditandai dengan adanya penonjolan selaput melalui satu lubang pada tulang tengkorak

Oleh itu, asid folik penting dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung.

2. Membantu Menghindari Kecacatan Bayi 

asid folik untuk ibu mengandung
Imej via [ketamkecil]

Asid folik ini juga dapat membantu menghindari kecacatan bayi dalam kandungan. Ini kerana, Asid folik dapat membuang keracunan bahan kimia dan virus dalam badan yang dapat melahirkan bayi yang cacat. 

Antaranya ialah kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia). 

Menurut kajian, pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% daripada ianya terjadi. Oleh itu, asid folik harus diamalkan oleh ibu mengandung supaya kecacatan pada bayi dapat dikurangkan.

3. Mencegah Kecacatan Tiub Saraf

asid folik ibu mengandung
Imej via [ubatpensil]

Untuk mencegah kecacatan pada tiub saraf ini, ibu mengandung harus mengamalkan asid folik. Untuk pengetahuan anda, kecacatan tiub neutral (NTD) ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat anak yang cacat. 

Tamsilnya, di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, kempen-kempen giat dijalankan untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung untuk mencegah kecacatan pada tiub. 

Oleh itu, pengambilan asid folik 1 bulan sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (neural tube defects) seperti spina bifida dan anencephaly sehingga 70%.

4. Menambah Hemoglobin Darah

asid folik ibu mengandung
Imej via [google]

Asid folik ini dapat menambah hemoglobin darah pada ibu mengandung. Hemoglobin juga mempunyai peranan penting dalam menjaga bentuk sel darah merah. 

Tahukah anda, masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran bayi  pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.

Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, ibu mengandung seharusnya memastikan sel darah merah dalam badan mencukupi dengan mengamalkan asid folik. 

5. Menguatkan Rahim

Kelebihan asid folik ini juga dapat menguatkan rahim ibu mengandung. Hal ini demikian kerana, asid folik dapat mengurangkan beberapa risiko yang kemungkinan akan terjadi ketika ibu mengandung. 

Rahim lemah menyebabkan risiko keguguran, bayi meninggal semasa dilahirkan, kelahiran bayi pramatang dan masalah kekurangan darah pada bayi. Oleh itu, ibu mengandung disaran mengamalkan asid folik supaya bayi yang dilahirkan dalam keadaan selamat dan sihat. 

6. Membantu Meningkatkan Kesuburan

asid folik ibu mengandung
Imej via [herlandmag]

Untuk wanita atau lelaki yang mengalami  masalah kesuburan, asid folik ini dapat membantu meningkatkan kesuburan. Ia berupaya membantu proses spermatogenesis. Bukan sahaja untuk ibu mengandung, tetapi semua jantina.

Dalam membantu kematangan telur ovum wanita dan  pembentukan placenta, asid folik memainkan peranannya. Ia penting untuk wanita yang merancang kehamilan supaya dapat memberi nutrisi yang secukupnya bagi menerima sel telur.

7. Perkembangan Bayi

asid folik ibu mengandung
Imej via [mommyasia]

Asid folik untuk ibu mengandung bagus untuk perkembangan bayi yang dilahirkan. Ia dapat mengurangkan masalah kerosakan jantung serta kelahiran pramatang.

Daripada terlalu fokus dengan jarak perkembangannya, penting untuk semua bayi berkembang dengan gayanya yang tersendiri dan mereka berpeluang untuk mencapai tahap perkembangan tertentu.

Gangguan yang menganggu perkembangan bayi seperti, tidak bertindak balas setiap kali dipanggil namanya, lebih suka bermain sendiri dan tidak suka kontak mata dan menunjukkan ekspresi wajah yang datar dapat dielakkan. Ini kerana, asid folik dapat menyokong keperluan sel-sel plasenta serta janin yang berkembang pesat.

8. Mengurangkan Komplikasi Sepanjang Kehamilan 

Imej via [bumbumcak]

Kelebihan asid folik untuk ibu mengandung juga dapat mengurangkan komplikasi sepanjang kehamilan. Bukan itu sahaja, asid folik dapat menyembuhkan penyakit gabungan dari beberapa penyakit berat yang ada pada tubuh manusia. 

Dengan adanya kelainan pada jantung, hipertensi (tekanan darah tinggi), mengalami kebutaan dan gangguan pada pencernaan, ia dapat diatasi dengan asid folik.

9. Menguatkan Imuniti

Imej via [elkenglobal]

Asid folik mampu menguatkan imuniti pada ibu mengandung. Ia menjadikan sistem pertahanan dalam badan ibu mengandung lebih kuat dan sihat. 

Cara lain bagi menguatkan imuniti badan juga adalah dengan memakan sayuran, bersenam, tidur secukupnya dan mengutamakan kebersihan diri. Asid folik menunjukkan bahawa sistem imuniti dalam badan ibu mengandung sedang bekerja untuk memastikan tubuh anak dalam kandungan sentiasa kekal sihat.

Di samping itu, ia membantu memperkasakan pertahanan badan kita daripada virus, bakteria dan patogen lain serta merangsang pembaikan tisu dan menyembuhkan tisu badan yang rosak.

10. Boleh Didapati Di Dalam Sayur-Sayuran Dan Sumber Tenusu

asid folik untuk ibu mengandung
Imej via [elkenglobal]

Asid folik juga banyak terdapat dalam sumber sayur-sayuran hijau serta susu dan sumber tenusu.  Contoh makanan yang mempunyai asid folik adalah barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, dan buah kurma.

Asid folik turut berfungsi dalam metabolisma protein dan telah digunakan dalam pencegahan juga rawatan folik asid anemia. Oleh itu, beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik yang berada dalam sayur-sayuran dan sumber tenusu yang lain dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, kanser usus besar dan kanser pangkal rahim.

Itulah dia 10 kelebihan asid folik untuk ibu mengandung harus anda tahu. Jom baca juga buah yang baik untuk ibu hamil, senaman wanita hamil, tanda hamil anak perempuan dan Tanda awal mengandung.

Rujukan

  1. Majalahsains
  2. Freemalaysiatoday
  3. siraplimau


Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.