Bagi ibu bapa yang menimang cahayamata baru, pastinya sedang teruja untuk melakukan majlis aqiqah. Jika anda sedang merancang dan berkira-kira untuk melakukan majlis aqiqah untuk simanja anda, apa kata luangkan masa untuk membaca penerangan kami tentang aqiqah termasuk maksudnya, syarat sah dan cara pembahagian daging yang anda wajib tahu.
Dari sudut bahasa, perkataan aqiqah membawa maksud “Rambut yang tumbuh di atas kepala bayi semasa dilahirkan.” Manakala dari sudut hukum syarak, perkataan aqiqah yang selalu kita gunakan bermaksud “Penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Jika dilihat maksud aqiqah dari pandangan hukum syarak, boleh disimpulkan bahawa majlis aqiqah yang dilakukan haruslah mempunyai 3 elemen berikut:
Berkenaan hukum aqiqah, menurut Imam Syafi’e, melaksanakan aqiqah buat anak yang baru dilahirkan adalah adalah sunat muakkad iaitu perbuatan yang dituntut untuk dilakukan walau pun ianya bukan sesuatu yang wajib. Imam Syafi’e membuat kesimpulan tersebut berdasarkan hadith di mana Rasulullah bersabda:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Menurut Imam Malik, korban aqiqah merupakan perintah Allah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Ianya merupakan tanggung jawab ibu bapa ke atas anak-anaknya. Manakala Imam Ibnu Qayyim pula menyamakan ibadah korban aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS iaitu aqiqah mampu melindungi anak daripada gangguan syaitan berdasarkan hadith berikut:
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
Di Malaysia, kebiasaannya aqiqah dilakukan dengan cara:
Ini adalah berdasarkan hadith berikut:
“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.” (Hadith Riwayat Aisyah)
Menurut hukum syarak, terdapat 5 syarat sah aqiqah yang wajib dipatuhi agar ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah. Syarat-syarat sah korban aqiqah adalah seperti berikut:
1.Niat aqiqah ketika menyembelih
Semasa menyembelih binatang untuk melakukan ibadah korban aqiqah, tukang sembelih perlu berniat untuk mengaqiqahkan ke atas nama anak yang berkenaan.
Namun, jika tukang sembelih terlupa untuk berniat aqiqah atas nama semasa proses menyembelih, ibadah aqiqah masih diterima sekiranya telah berniat untuk melakukan ibadah aqiqah ke atas anak semasa membeli dan semasa menyembelih. Korban aqiqah juga adalah sah walau pun tuan badannya tiada di lokasi penyembelihan.
2. Binatang ternakan berkaki empat
Untuk melakukan ibadah korba aqiqah, perlu menyembelih binatang berkaki 4 yang halal dimakan seperti kambing, kerbau, biri-biri, lembu, kibas dan unta. Di Malaysia, lazimnya masyarakat kita menyembelih lembu, kerbau, atau kambing untuk aqiqah.
3. Memenuhi syarat sembelihan
Ibadah aqiqah hanya sah sekiranya syarat sah sembelihan dipenuhi dengan sebaiknya. Di antara syarat sah sembelihan ialah:
4. Binatang dalam keadaaan yang sempurna (tidak cacat)
Binatang yang dipilih untuk ibadah aqiqah wajib berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang kecacatan. Cacat yang dimakudkan di sini ialah seperti mata yang buta sama ada sebelah atau kedua-dua belah, kaki tempang, cuma mempunyai sebelah telinga, atau terlalu kurus dan sakit, dan juga tidak bunting.
5. Binatang yang disembelih cukup umur
Binatang yang dipilih untuk ibadah aqiqah juga perlu cukup umur supaya ibadah yang dilakukan tidak sia-sia. Contoh cukup umur bagi binatang sembelihan untuk aqiqah adalah seperti berikut:
Tidak seperti daging korban, tiada cara pengagihan daging aqiqah yang tertentu dan wajib untuk diikuti. Walau bagaimana pun, secara amnya daging aqiqah tidak boleh dimakan oleh ibu bapa dan keluarga yang melakukan aqiqah sahaja. Seeloknya adakan majlis untuk menjamu keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat handai, serta fakir miskin sekiranya ada.
Jika anda mempunyai kekangan masa atau duit untuk melakukan majlis aqiqah, boleh juga mengagihkan daging kepada mereka seperti yang kami nyatakan di atas.
Mengenai masakan untuk majlis aqiqah tersebut, ada yang berpendapat bahawa sunat untuk memasak manis kerana Rasulullah sukakan madu dan makanan yang manis. Namun ia hanyalah sunat, terpulang kepada anda untuk menentukan apakah menu yang ingin dihidangkan kepada para tetamu.
Itulah dia info tentang aqiqah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda juga akan sukakan perkongsian kami tentang cara mendidik anak perempuan dan cara mendidik anak lelaki.