Anak tak dengar cakap boleh bikin ibu ayah naik angin! Lagi-lagi bila di suruh itu ini, anak dengan sengaja buat tak dengar atau tak ikut arahan je.

Makin bikin hilang sabar bila si anak tidak mahu mendengar kata hingga tahap mengamuk tak makan pujuk. Memang stress rasanya bila apa yang kita cakap, anak tak nak dengar dan ikut. Dengan sengaja pulak tu!

anak tak dengar cakap
image via : Majalah PaMa

Sering Berlaku Anak Mengamuk Dalam Pasaraya

Makin sakit hati bila bawa anak jalan terutama ke shopping complex. Kat sana masalah akan mula timbul minta dibelikan sesuatu yang tak perlu seperti mainan. Mainan kat rumah dah bersepah malah ada yang sama dengan apa yang dimahukan saat itu. Benda dah ada tapi nak beli lagi?

Alamatnya bila anda tak bagi dia boleh berguling di atas lantai sambil menangis secara tiba-tiba. Bila dalam situasi begini pastinya akan membuatkan sabar hilang dan rasa marah mula membuak-buak.

Sabar ya, perkara pertama yang anda perlu buat adalah bertenang dan biarkan dia menangis dulu untuk seketika walaupun saat itu anda dah mula berasa malu.

Sabar dan Anggaplah Anak Tidak Mendengar Kata Ini Sebagai Ujian

Sebagai ibu bapa seharusnya kita bersabar. Kita cuba cari jalan untuk faham mengapa anak tidak mahu dengar kata ini. Pasti ada sebab musabab kenapa anak tak nak dengar cakap. Ibu ayah kena ingat yang anak-anak zaman sekarang berbeza dengan anak-anak zaman dulu.

Anak zaman sekarang ada tantrum iaitu suka mengamuk. Ini termasuklah bila anak tak makan pujuk untuk di ajak makan dan sebagaimana. Antara punca kenapa anak tidak mahu dengar cakap ibu ayah adalah :

  • anak rasa terabai
  • anak merasakan ibu ayah tidak kasih
  • anak cemburu dengan adik beradiknya yang lain
  • anak rasa kurang yakin dengan dirinya sendiri
  • anak mahukan perhatian yang lebih
  • anak dahagakan sokongan dan pujian
  • anak sudah terbiasa dengan adegan dapat barang lepas mengamuk

6 Tips Untuk Dicuba Bagi Atasi Masalah Anak Tak Dengar Cakap

Apakah tindakan yang perlu di buat dalam usaha untuk anak dengar cakap ini? Di sini akan turut dikongsikan beberapa tips untuk atasi masalah anak tak dengar cakap dan semoga ianya bermanfaat setelah di cuba.

#1 – Pujuk Anak Untuk Bertenang

Sebagai ibubapa kita tetap perlu pujuk anak walau anak tak makan pujuk. Kerana itu, antara langkah yang pertama patut ibubapa cuba adalah dengan pujuk anak yang tak dengar cakap dengan baik dahulu.

Cakaplah dengan lembut, dukung dan pegang anak dengan penuh kasih sayang. Mudah mudahan hati anak akan menjadi lembut. Sebenarnya anak-anak sangat sukakan perhatian.

#2 – Alihkan Perhatian Anak Pada Perkara Yang Lain

Anda juga boleh cuba alihkan perhatian anak dengan aiskrim atau sebagainya kemudian bercakap dan bertanya dengan baik apakah punca dia tak dengar cakap, mengamuk dan merajuk supaya kita lebih memahami anak kita. 

Bila anak sebut mainan sedangkan anda tidak mahu beli mainan tersebut untuknya, anda boleh alihkan perhatian anak dengan benda lain yang dia sukai. Anda juga boleh cuba bawa dia ke tempat lain dan ingat jangan gunakan handphone sebagai penyelesaian.

Memberi handphone untuk selesaikan masalah begini hanya akan membuatkan anak semakin rasa bagaikan raja. Sebagai ibubapa, kadang-kadang anda perlu bersikap lebih tegas dengan anak. Tidak salah gantikan handphone dengan membawanya ke kedai buku untuk beli buku-buku mewarna yang sangat murah dan sebagainya.

#3 – Buat Perjanjian Dengan Anak Secara Berhemah

Kalau dapat anak tak makan pujuk atau tak dengar cakap begini, anda perlu bijak bermain dengan psikologi anak anda. Contoh, jika anak anda mengamuk tak tentu pasal maka anda boleh buat perjanjian dengan anak.

Penjanjian ini dengan memintanya untuk berkelakuan baik dan sebagai ganjaran anda akan berikan sesuatu. Berikan ganjaran yang dia suka dan tidak memudaratkan seperti bila malam akan bacakan dia buku, belikan buku baru, temankan dia main basikal di laman, bawa main di taman permainan dan lain-lain.

anak tak dengar cakap
image via : Majalah PaMa

Tapi pastikan ganjaran itu bukan dalam bentuk wang ringgit. Bahaya jika beri ganjaran dalam bentuk wang ringgit untuk perkara sebegini takut nanti makin jadi biasa dengan hadiah berupa wang.

Jika beri wang untuk hari tertentu seperti dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya tidak mengapalah. Ajar anak terima wang selepas usaha adalah lebih baik untuk bina peribadi anak.

#4. Beri Kata-Kata Nasihat 

Sebenarnya anak-anak tak dengar cakap ini ada cara untuk kita mendekati mereka. Jangan sesekali membebel pada anak, tapi nasihatlah dengan cara yang betul.

Pilih waktu yang sesuai, habiskan masa dengan mereka dan dengar masalah mereka dengan baik. Walau masih kecil mereka juga ada di lema.

Mereka takkan mengamuk tanpa sebab yang munasabah dan nasihatlah dengan baik bahawa perbuatannya itu adalah salah dan ibu ayah memarahi kerana kamu sayang bukan kerana benci.

5. Gunakan Sedikit Ketegasan 

Jika semua langkah sudah anda cuba tapi perangai anak tidak mahu mendengar kata ini masih juga tak berubah, ini bermakna anda perlu bersikap lebih tegas. Jangan ugut anak pula.

Anda mungkin boleh beri sedikit hukuman dengan memendekkan waktu untuknya. Atau beritahu yang barang-barang kesukaannya akan disorok jika masih berdegil. Biar dia rasa kecewa dan setelah semuanya okay jangan lupa untuk terangkan padanya sebab kenapa anda lakukan begitu.

6. Berdoa Pada Allah SWT Supaya Hati Anak Menjadi Semakin Lembut

Disebalik pelbagai cara yang sudah anda cuba itu, jangan lupa untuk berbalik pada Allah SWT. Berdoalah untuk anak anda kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab. Berdoalah agar  hati anak anda lembut dan mudah mendengar kata.

Doa Untuk Anak Dengar Kata 

Surah As-Syuura Ayat 19: “Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Dan ingatlan tak ada yang mustahil bagi allah  Anak-anak nih  adalah amanah dari allah bila dapat anak tak makan pujuk anggaplah ianya ujian dari Allah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik.

Jangan terlampau stress atau tertekan anak-anak masih kecil sebagai ibu bapa kite perlu banyak bersabar insyallah semakin membesar anak-anak akan semakin mendengar kata.

Sumber :

Aku Islam

Sirap Limau

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.