Anak suka menjerit..
Anak suka mengamuk..
Anak suka memukul..
Anak suka menggigit…
Anak suka memanjat tidak kena tempat..
Memang boleh pening ibu bapa dan guru ya jika anak berterusan bertingkahlaku negatif seperti ini. Cabaran yang terbesar sering dihadapi oleh penjaga tidak kira di mana sahaja samada di rumah, taska, tadika, sekolah atau tempat-tempat awam.
Bagaimana cara kita membantu anak-anak ini? Memang kita sudah sedia maklum bahawa anak-anak ini sedang menjalani proses pembelajaran dalam hidup mereka. Masih tidak dapat membezakan apa yang betul apa yang salah. Belum tentu hari ini kita ibu bapa nasihat, esok dah terlekat dalam minda mereka. ?
Namun, setiap isu itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Kaedah yang terbaik bagi menangani tingkahlaku negatif anak ialah melalui MODIFIKASI TINGKAHLAKU. Proses modifikasi tingkahlaku ini mungkin akan mengambil masa yang panjang. Mungkin seminggu, minggu sebulan, mungkin lebih panjang dari itu tempohnya.
Sabarlah wahai ibu bapa dan guru. Didiklah mereka dengan penuh kesabaran tentang tingkahlaku yang baik dan diterima dalam sistem sosial ini walau berapa lama pun tempohnya. Ingat!kanak-kanak ini masih dalam fasa pembelajaran.
Beri masa dan peluang mereka belajar dan berubah. Proses modifikasi dan pembelajaran ini panjang dan berterusan. Kita yang dewasa ini pun ambil masa untuk berubah, inikan pula anak kecil yang baru ingin mengenal dunia. Kuncinya SABAR. ☺
Berdasarkan perkongsian pakar-pakar bidang pendidikan awal kanak-kanak dan tulisan jurnal berkaitan modifikasi tingkahlaku, terdapat 8 cara yang berkesan yang boleh dilakukan dalam menangani tingkahlaku negatif kanak-kanak:
Senaraikan tingkahlaku negatif yang ingin diubah seperti:
Carta ini juga boleh digunakan untuk mengalakkan kanak-kanak bertingkahlaku positif seperti:
Adalah lebih baik jika setiap senarai ini disertakan dengan gambar visual supaya memudahkan kanak-kanak yang masih tidak mahir membaca memahami carta tingkahlaku tersebut.
Peneguhan positif atau ‘reward‘ boleh diberikan apabila kanak-kanak berjaya melalui hari-hari mereka dengan tingkahlaku yang diinginkan seperti memperolehi sticker yang berwarna-warni untuk dilekatkan pada carta tingkahlakunya.
Sistem ganjaran ini adalah bagi memberi motivasi dan menggalakkan mereka untuk terus bertingkahlaku baik seperti yang diinginkan. Sesekali ‘reward‘ anak-anak dengan benda yang mereka suka seperti kereta HOTWHEELS apa salahnya ???. Pasti mereka ‘teruja’ dan gembira untuk bertingkahlaku positif bukan?.
Selalunya, kita akan mulakan dengan peneguhan positif iaitu memberi ganjaran kepada anak-anak jika mereka bertingkahlaku positif. Namun, terdapat juga keadaan dimana kita perlukan peneguhan negatif jika tingkahlaku negatif ini masih terus terjadi.
Antara contoh peneguhan negatif ialah:
Kerap tunjukkan gambar atau video yang berkaitan dengan modifikasi tingkahlaku ini . Jika anak suka memukul kawan, tunjukkan gambar tangan dan tanda ❌. Tampalkan di tempat yang sering dilihat oleh mereka.
Tunjukkan juga gambar yang positif seperti gambar bersalaman dengan kawan-kawan dan tandakan ✔. Jika setiap hari dilihat, sudah pasti satu hari nanti ‘terlekat’ juga dalam memori mereka.
Kerap puji, peluk dan cium anak untuk terus bertingkahlaku positif. Tanda sokongan ini juga dikategorikan sebagai peneguhan positif setelah mereka berjaya bertingkahlaku seperti yang diinginkan.
Mulakan hari-hari mereka dengan kata-kata positif seperti:
Rakamkan kata-kata positif ini di dalam minda mereka supaya dapat membantu mereka untuk terus berfikiran dan bertingkahlaku positif.
Aktiviti ‘grounding‘ di awal pagi juga baik untuk dilakukan supaya emosi anak lebih tenang dan positif. Manakala, aktiviti fizikal seperti bersenam atau berbasikal juga sangat bagus supaya ‘tenaga’ kanak-kanak yang aktif ini dapat disalurkan pada perkara yang baik bukannya kepada perkara yang tidak sepatutnya seperti memukul kawan, berlari sana sini ketika sesi pembelajaran dijalankan.
Seperti yang saya katakan di atas, proses modifikasi tingkahlaku ini bukannya mudah. Belum tentu hari ini kita nasihat, esok anak dah faham ?. Kita perlu kerap beri nasihat dan peringatan kepada mereka. Contohnya,
Proses modifikasi ini perlu dilakukan dengan konsisten sehingga tingkahlaku negatif tersebut dapat diubah. Perkara yang paling penting ialah DOA. Jangan pernah putus asa dalam berdoa supaya anak-anak kita sentiasa memiliki adab, akhlak dan tingkahlaku yang baik. Sesungguhnya, hanya Allah swt yang memegang hati setiap hambaNya termasuklah hati anak-anak kita.
Anak-anak ini amanah. Didiklah mereka dengan penuh kesabaran. Mungkin ada salah dan dosa kita menberi kesan kepada akhlak anak-anak dan diuji kesabaran ibu bapa dalam membesarkan mereka. Maka, mohon ampun dan taubatlah kepada Ilahi. Moga kita semuanya dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah.
Sumber: