Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ahli politik yang paling ikonik di Malaysia. Tidak mungkin akan ada lagi insan hebat yang mampu memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia untuk dua kali. Beliau bukan sahaja dikasihi oleh rakyat Malaysia malah disanjungi di seluruh dunia kerana kredibiliti dan kehebatan Malaysia dibawah tampuk pemerintahan beliau.
Pastinya anda berminat untuk mengenali Tun dengan lebih dekat, terutamanya untuk mengenali anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang tak kurang hebat dan terkenal di Malaysia. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan nama serta sedikit biodata ringkas anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad. Jom kita kenali keluarga hebat ini.
Tun Mahathir berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada tahun 1956. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor. Tun Dr siti Hasmah mempunyai kelulusan MBBS dari Universiti Malaya di Singapura.
Apa yang lebih membanggakan, Tun Dr. Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita Melayu pertama yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura. Beliau juga merupakan di antara doktor wanita pertama di Malaysia.
Selain itu, Tun Dr Siti Hasmah juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak. Pada tahun 1974, beliau adalah wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Kanak-kanak dan Ibu Negeri. Sungguh membanggakan!
Untuk makluman anda, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mempunyai 4 orang anak kandung dan 3 orang anak angkat iaitu:
Datin Paduka Marina binti Mahathir dilahirkan pada 9 Jun 1957. Beliau adalah anak sulung kepada Tun Mahathir dan mendapat pendidikan di Univrsity of Sussex, London. Beliau pernah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Perancis dan mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Ineza.
Pada 7 Jun 1998 beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tara Sosrowardoyo yang merupakan seorang jurugambar profesional. Hasil perkahwinan ini, beliau mendapat dua orang anak iaitu Haga Tara ( lelaki ) dan Sharistal Maryada Sosrowardoyo yang merupakan anak perempuan.
Datin Paduka Marina binti Mahathir mempunyai sebuah syarikat penerbitan yang bernama Mosaique yang menerbitkan menerbitkan buku-buku meja kopi, kraf tangan dan buku ensiklopedia berbahasa melayu. Selain itu beliau merupakan seorang aktivis sosial di Malaysia dan mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara seperti:
Beliau merupakan anak kedua Tun Mahathir yang lahir pada 2 Januari 1961 dengan kelulusan Ijazah Sarja Muda (Kepujian ) Sains Petroleum dari Universiti of Tulsa, Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan memainkan peranan yang penting dalam UMNO. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat gergasi di Malaysia seperti:
Selain itu beliau merupakan presiden bagi Litar Sepang. Apa yang menarik, pada tahun 2014 beliau telah tersenarai sebagai lelaki kesebelas terkaya di Malaysia dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) oleh majalah antarabangsa Forbes.
Mirzan merupakan anak Tun Mahathir yang mungkin kurang menyerlah berbanding yang lain namun tak kurang hebatnya. Dari segi pendidikan, berikut adalah kelulusan beliau:
Beliau juga merupakan pengarah bagi beberapa syarikat terkemuka seperti:
Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir ialah anak kelima Tun Mahathir. Beliau lahir pada 25 November 1964. Mendapat pendidikan di MRSM Kota Bharu dan kemudian beliau menyambung pelajaran di Sophia University, Jepun dan University Boston dalam bidang pengurusan perniagaan.
Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013 dan 2018. Selain itu beliau juga memegang jawatan penting dalam syarikat gergasi di Malaysia seperti:
Melinda Mahathir adalah seorang surirumah dan memilih untuk menjalankan cara hidup low profile.
Mazhar Mahathir adalah anak angkat kedua tun Mahathir. Beliau adalah berketurunan Pakistan dan bergiat aktif dalam dunia teater. Di antara teater yang dibintangi oleh beliau ialah:
Maizura Mahathir adalah anak angkat Tun Mahathir yang diambil pada tahun 1983 semasa beliau berumur 6 bulan. Beliau adalah anak bongsu dalam keluarga ini.
Itulah dia info tentang nama anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda semua. Didoakan semoga dipanjangkan usia Tun dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.