Nota Editor : Perkongsian Dr Rozanizam tentang pertumbuhan komunikasi anak-anak menarik untuk dicuba. Anak-anak mempunyai fasa pertumbuhan tertentu pada umur tertentu. Semoga artikel ini membantu.
_______________________________________________

Di Klinik Psikiatri Kanak-Kanak, saya berjumpa dengan seorang anak kecik berusia 7 tahun yang dirujuk kerana lambat bercakap, sukar difahami dan kerap mengulang perkataan yang sama. Saya rasa ramai diluar yang nak tahu pasal ‘delayed speech’. Terima kasih adik A yang menginspirasikan posting ini.

komunikasi kanak-kanak
thinking.umwblogs.org

Semua orang sukakan kanak-kanak yang petah. Namun ada segelintir kanak-kanak mengalami masalah pertuturan – lewat atau tidak normal berbanding kanak-kanak seusia atau adik beradik. Pertuturan merupakan mekanisme penting perkembangan intelektual, emosi dan sosial kanak-kanak. Pengesanan awal penting untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.

Apa yang normal?

Sebelum 12 Bulan

  • Orang putih kata ‘cooing and babbling’, atau buat bunyi ‘uuu, aaaa, ooo’ secara spontan sebelum usia 9 bulan.
  • Selepas 9 bulan boleh sebut baba/mama/ma/mi/papa (walaupun tanpa merujuk kepada maksud).
  • Biasanya walaupun ibunya menjaga susah payah sejak lahir, anak akan sebut papa/baba/babah/abi dulu..mungkin sebab lebih senang sebut dari ummi, mak, ibu (jadi ayah jangan bangga sangat, it happens spontaneously hehe).
  • Peka dengan bunyi dan kenal objek yang biasa dengannya seperti bear, botol dan dummy.

12 Ke 18 Bulan

  • Babbling lebih variety dengan lebih banyak consonant seperti p,b,m, n dan sebagainya.
  • Boleh sebut sekurang-kurangnya satu perkataan dengan betul. Biasanya kata nama seperti ‘bola’ ‘car’.
  • Boleh faham arahan mudah – ‘tunjuk mama bola’.

18 Ke 24 Bulan

  • Kebiasaannya, kanak-kanak boleh menyebut 20 perkataan sekitar usia 18 bulan dan 50 perkataan (vocabularies) dalam usia 2 tahun.
  • Secara mudah, 2 tahun sepatutnya boleh combine ayat 2 perkataan, contohnya ‘nak makan’, gosok gigi’, ‘motor abi’.
  • Boleh tunjuk objek ‘ tunjuk tangan, tunjuk mata’.
  • Boleh faham 2 arahan – contohnya ‘ ambil buku, bagi ummi’.

2 Ke 3 Tahun

  • Boleh bina ayat yang lengkap lebih dari 3 perkataan
  • Pemahaman lebih baik, termasuk kata sifat – besar, kecil, warna

Bika Kita Perlu Risau?

  • Apabila anak tidak menghasilkan sebarang bunyi atau tidak respon kepada sebarang bunyi
  • Anak tidak menunjukkan komunikasi dengan gerak tubuh pada usia 12 bulan – melambai, bertepuk tangan
  • Lebih menggunakan gaya dari bercakap untuk berkomunikasi dan tidak boleh meniru bunyi pada pada 18 bulan
  • Sukar memahami arahan mudah pada usia 2 tahun
  • Menghasilkan bunyi yang tidak normal
  • Percakapan sukar difahami (2 tahun- dewasa patut boleh fham separuh dari percakapan, 3 tahun – 2/3)

Terdapat masalah perkembangan yang lain – interaksi dengan kawan-kawan, tidak boleh bermain dengan kanak-kanak lain, tubuh terlalu kecil dan sebagainya.

Kenapa berlaku?

  • Masalah pendengaran
  • Kurang ransangan bunyi – contohnya anak dari ibubapa yang bisu
  • Masalah fizikal – lidah, kerongkong, hidung dan sebagainya
  • Masalah perkembangan – autism, global developmental delay
  • Masalah genetik

Dapatkan pemeriksaan awal dan rujukan ke hospital/klinik untuk temujanji dengan doktor, klinik audio dan speech therapist (terapis pertuturan) mengikut keperluan.

Rujukan: www.kidshealth.org

Penulis: Dr Rozanizam Zakaria

Merupakan seorang doktor dalam bidang psikiatri dan motivasi minda. Merupakan penulis buku "Aku Nabi Isa!.." dan banyak berkongsi tentang ilmu psikologi anak-anak. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.