Anak Hiperaktif : Punca, Ciri-Ciri & Cara Tangani
Anak hiperaktif jangan dianggap sebagai seorang yang malas dan nakal. Mengapa? Ini kerana anak hiperaktif ini seringkali tidak boleh duduk diam. Malah…

Ringkasan Ringkas
- Hiperaktif menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam, sukar fokus dan sering bergerak secara berlebihan.
- Masalah ini selalunya berlaku disebabkan oleh gangguan ADHD (gangguan defisit atensi atau hiperaktivitas).
- Ciri anak hiperaktif boleh dikesan sejak bayi lagi seperti mudah bosan, gelisah, susah tidur, dan sering mengamuk.
- Cara tangani termasuk beri mainan berwarna-warni, amalkan disiplin positif, dan masukkan ke sekolah khas.
- Anak hiperaktif ada kelebihan seperti keberanian tinggi, tahan sakit, dan penuh dengan idea.
- Ibu bapa disaran merujuk doktor pakar di hospital berhampiran untuk bantuan dan pemantauan.
Anak hiperaktif jangan dianggap sebagai seorang yang malas dan nakal. Mengapa? Ini kerana anak hiperaktif ini seringkali tidak boleh duduk diam. Malah anak hiperaktif ini juga tidak dapat memahami arahan dengan jelas. Dipendekkan cerita anak hiperaktif ini hanya tahu untuk bermain saja dan seringkali kelihatan sangat nakal hingga tidak boleh dengar cakap.

image via : Papa Muda
Bagi mereka yang tidak biasa dengan anak hiperaktif sebegini, sudah tentu ia dapat memberi impak yang negetif. Walaupun anak hiperaktif ini sebenarnya memiliki semangat untuk belajar dan meneroka yang sangat tinggi walaupun sering kelihatan tidak serius dan agak agresif.
Apa Itu Hiperaktif?
Sebagaimana yang telah digambarkan tadi, hiperaktif ini mengambarkan seseorang yang berperilaku agak aktif hingga tidak boleh duduk diam di suatu tempat dalam satu masa. Seseorang yang bersifat hiperaktif lebih ke arah bergerak aktif hingga sukar untuk fokus pada sesuatu.
Mereka akan terus bergerak secara berlebihan seolah-olah tidak pernah berasa lelah dan penat. Mereka juga kelihatan agak agresif dalam melontarkan kata-kata dan perilaku. Seseorang yang bersifat hiperaktif ini juga seringkali membuat apa-apa tanpa berfikir panjang.

image via : Health Made Easy
Mengapa Hiperaktif Boleh Berlaku? (Punca Datang Dari Mana?)
Selalunya, masalah hiperaktif ini berlaku disebabkan oleh gangguan ADHD. ADHD merupakan masalah perkembangan pada kanak-kanak dan ADHD ini merupakan gangguan defisit atensi atau hiperaktivitas. Ia seakan satu gangguan otak dan saraf pusat. Ia juga merangkumi gangguan psikologi.
Terdapat 3 kelas utama bagi ciri ADHD, iaitu tiada tumpuan, hiperaktif dan impulsif. Maka tidak hairanlah mengapa anak hiperaktif bersikap lebih aktif, cergas dan tidak dengar cakap berbanding kanak-kanak lain yang sama usia dengannya.
Apakah Ciri-Ciri Untuk Anak Hiperaktif Ini?
Anak hiperaktif ini selalunya tidak reti untuk duduk diam. Mereka juga tidak betah untuk duduk tanpa berbuat apa-apa. Mereka akan sentiasa bergerak aktif dan ingin ke sana ke mari. Anak hiperaktif juga seringkali gagal dalam menyelesaikan tugas yang diberi kerana mereka tidak dapat untuk fokus pada arahan dengan tepat.
Biasanya anak hiperaktif sebegini akan aktif dan sentiasa mahu berlari, melompat dan apa saja tak kira masa dan tempat. Ciri anak hiperaktif saat bayi juga ada cuma atas ibubapa itu sendiri untuk menyedarinya ataupun tidak.

image via : Africa Parent
Antara ciri anak hiperaktif yang muncul ketika masih bayi lagi adalah :
- suka mencari perhatian dengan menangis kuat secara tiba-tiba
- sering ketawa gembira yang seakan sengaja dibuat-buat
- selalu nampak gelisah
- cepat berasa bosan
- selalu saja bersikap cuai
- perkembangan untuk bercakap menjadi sangat lambat
- sering nangis malam dan susah untuk tidur dengan nyenyak
- suka mengamuk dengan menendang kaki dan berteriak
- tidak boleh fokus dan menerima arahan
- sangat aktif bermain tanpa mahu berhenti
- susah untuk diajak berkomunikasi
- selalu memulakan pergaduhan bila bermain
- mudah menangis dan meraung tetapi susah untuk berhenti
Cara Yang Boleh Dilakukan Untuk Tangani Anak Hiperaktif
Membesar dan merawat anak hiperaktif memerlukan tahap kesabaran dan perhatian yang amat tinggi. Ia juga memerlukan pengorbanan masa yang sangat banyak. Tanpa sebuah kesabaran dan perhatian memang sukar untuk membantu anak hiperaktif begini.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk tangani anak hiperaktif sebegini adalah :
- belikan mainan yang berwarna warni dan nampak seronok
- berikan makanan yang digemarinya
- banyakkan beri anak minum air putih
- tidak jemu untuk terapkan ciri disiplin yang positif
- ajak anak bermain olahraga dengan sihat
- masukkan mereka ke sekolah khas yang bagus dan sesuai
- cipta waktu tidur yang rutin dari masih bayi lagi
Anak Hiperaktif Turut Ada Kelebihannya Yang Tersendiri
Kanak-kanak hiperaktif ini lembab? Kelebihan anak hiperaktif memang ada. Anak yang mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder ternyata punya kelebihan istimewa. Jangan dianggap sikap anak ADHD itu selalu saja buruk. Alih tahap penerimaan supaya nampak apakah kelebihan untuk anak hiperaktif ini sebenarnya.

image via : Health Made Easy
Antara kelebihan yang ada pada kanak-kanak dan golongan hiperaktif ini adalah seperti :
#1 - Memiliki Keberanian Yang Sangat Tinggi
Keberanian anak hiperaktif memang sangat tinggi. Malah orang dewasa biasa juga tidak seberani mereka.
#2 - Tahan Sakit Dan Tidak Mudah Putus Asa
Anak hiperaktif ini juga sangat tahan sakit dan tidak mudah putus asa. Buktinya walau bermain dengan lasak dan luka tetapi tetap juga akan kembali bermain lagi selepas itu.
#3 - Rasa Ingin Tahunya Sangat Memuncak Berbanding Orang Biasa
Rasa ingin tahu mereka juga sangat tinggi. Kerana itu adalah bagus jika ibubapa boleh bawa anak hiperaktif ini bermain di luar rumah sambil meneroka sesuatu yang baru. Jika tidak ada masa untuk ke sesuatu tempat, boleh saja bawa mereka main di halaman atau taman permainan yang berhampiran.
#4 - Fikiran Banyak Diisi Dengan Idea
Percaya ataupun tidak, anak hiperaktif ini penuh dengan idea. Buktinya mereka boleh bina sesuatu dengan lego dan sebagainya. Mereka juga boleh bermain dengan menggunakan imaginasi mereka sendiri dengan mudah.
Anak Hiperaktif Jangan Diketepikan, Rujuk Pada Doktor Untuk Bantuan
Golongan hiperaktif ini selalu sangat bertindak terburu-buru dengan mengikut emosi. Mereka tiada rasa takut untuk redah apa saja dan bila tersilap mulalah rasa menyesal setelah itu.
Sebagai contoh, anak yang hiperaktif dengan mudah akan membaling mainannya dengan kuat tanda berang akan sesuatu. Akibatnya mainan itu pecah dan rosak. Apabila ini berlaku si anak yang hiperaktif ini akan mula merasa sedih, geram, tekanan dan sebagainya.
Sebagai bantuan, ibubapa boleh merujuk pada doktor pakar melalui hospital yang berhampiran. Jangan malu dengan kehadiran anak yang aktif dan sukar di kawal ini. Dan sekiranya kanak-kanak mengambil ubat yang diberikan oleh doktor InshaAllah masalah ini boleh dipantau.
Baca juga anak tak dengar cakap apa patut ibubapa buat, anak lambat jalan lakukan tips ini untuk anda jalan sendiri.