Antara hobi anak-anak ialah cari gaduh sesama mereka. Si adik walaupun baru setahun lebih tapi kehebatannya mengusik si kakak memang tidak dapat disangkal.

Time kakak nak main kereta, time tu jugaklah dia nak main kereta tu. Merengek-rengek, menjerit-jerit macam tak pernah main. Bila kakak dia main anak patung, dia pun nak anak patung tu. Sampai si kakak membebel. “Aqif, anak patung untuk girl ok.”

gaduh

livestrong.com

Si kakak pun sama je. Boleh beralah, tapi lepas 5 minit gaduh dengan adik. Tak pun lepas mama atau babah mula masuk campur.

Biasala. Budak-budak. Dah nama pun adik beradik. Main bersama, nangis bersama. Gaduh pun bersama.

Hmmm. Apa nak buat ek? Nasihat dah berbuih mulut, tegur dah naik muak, marah pun dah.

Kelmarin, lepas saya selesai baca Quran, saya panggil yaya yang masa tu sedang melompat-lompat main dengan adik. Saya tanya dulu,

”Yaya, Al-Quran ni dari Siapa?”

”Allah” cepat dia menjawab. Ok, nampaknya dia faham bab ni.

Then saya tunjukkan Al Quran yang saya buka tu, pada ayat ini –

”Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;”

(Surah An Nisaa – ayat 36)

Saya pun ceritakan pada dia dalam bahasa dia mudah faham. Yang Allah suka kalau kita be nice to mama babah, adik beradik (dan semua dalam list di atas).

”Siapa adik-beradik yaya?”

– ”Aqip” jawabnya ringkas.

Saya pun mula menyucuk – ”Pandai yaya. Aqip tu adik beradik yaya. Dalam Quran ni, Allah kata, Allah suka kalau yaya nicely dengan aqip, sayang adik, jaga adik, tolong adik.”

”Yaya rasa Allah suka tak kalau yaya gaduh-gaduh dengan Aqip?” Cucuk lagi.

”Tak.” Amboi, teori cepat je faham.

”So yaya jangan gaduh-gaduh dengan adik lagi ya. Kalau adik nak apa-apa, yaya bagi je. Sebab adik kan kecil lagi. Dia tak tahu apa-apa”

Yaya angguk faham. Tapi, hehe, lepas 10 minit dah gaduh pasal buku pulak.

Takpela, saya faham, gaduh itulah bonding mereka.

Cuma saya harap mereka jangan bergaduh sesama mereka bila dah besar nanti.

Ini point apa saya nak capai:

#1 Tunjuk Kepada Anak Apa Allah Cakap Dalam Quran

Dia selalu nampak babah atau mamanya baca Quran. Dan dia pun dah dirutinkan untuk baca surah pendek dalam Quran. Tapi, ini takde makna kalau dia tidak tahu apa sebenarnya Quran tu. Apa yang dia baca sebenarnya?

#2 Kaitankan Ayat Quran Dengan Kehidupan Sekeliling

Tentang dia dengan adik dia. Tentang siapa bagi dia makan ais krim yang dia suka tu. Tentang siapa yang bagi dia pandai baca buku. Yang jaga dia masa dia tidur.

So, pelan-pelan, saya nak dia mula tahu, yang nanti, dia boleh refer kepada Quran. Kalau dia ada problem, kalau dia sedih, kalau dia dapat something. Apa Tuhan suka, yang tak suka. Semua jawapan ada dalam Quran.

#3 Ingatkan Anak Tentang Apa Allah Cakap Dalam Quran

Bila dia gaduh and taknak beralah dengan adik dia, boleh saya ingatkan dia apa Allah cakap tentang be nice to adik-beradik.

Senang sikit nak pujuk. Hehe.

Selamat Mencuba

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.