Anak saya Yaya memang cepat menangis. Empangan air matanya cepat pecah. Lutut tergores kecil pun menangis macam kaki tu kena potong.
‘Macamana nak buat?’ Soalan ini yang saya selalu tanya.
Sebab saya taknak dia terus membesar dengan karakter ‘cepat menangis’ walaupun sebenarnya masalah yang dihadapi kecil. Biarlah dia ada ‘kekuatan dalaman’. Nanti apa pun masalah yang datang, dia tak mudah down dan lost.
Macam-macam tips saya dapat dari seminar parenting. Saya cuba, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Akhirnya, saya kata kat dia “Yaya, Allah suka orang yang syukur. Orang yang syukur dia happy. Sebab Allah baik sangat kat dia, bagi dia rumah, mata, tangan…”
Saya teringat satu ayat Quran yang sangat power. “Cuba yaya baca surah Fatihah” Dia pun baca dan selepas ayat ‘Alhamdulillahi rabbil ‘alamin’ saya mencelah “See, Allah pun suruh kita cakap Alhamdulillah” Cuba Yaya cakap ‘Alhamdulillah’, saya mengajaknya, siap dengan nada lagi hehe.
Anda pun tahu magiknya perkataan ini. Bila kita sebut, secara automatik hati akan menjadi lebih tenang, lebih happy, lebih positif. Muka ‘cemek’ yaya mula hilang selepas dia menyebutnya.
“Ha, kan comel macam tu” Dia mula tersenyum. “Sebab tu Yaya tak boleh nangis-nangis selalu. Allah bagi Yaya banyak sangat yang best. Tengok yaya tidur pun ada aircond. Ingat tak kawan yaya yang kat Soup Kitchen tu tidur pun tepi-tepi jalan, atas kotak”
“Baik tak Allah dengan Yaya?” Dia angguk perlahan. “Sebab tu Yaya kena syukur. Nak syukur kita kena happy. OK sayang?”
Alhamdulillah, banyak perubahan pada Yaya. Dia masih akan menangis tapi tak secepat dulu. Yang paling saya suka, bukan menangis atau tidaknya tu. Tapi bila dia mula tahu yang dalam hidup ni kita perlu bersyukur. Sebab Tuhan baik sangat dengan kita. Ia adalah satu karakter yang sangat power.
Yang kalau anak ada masalah pun, live goes on as usual. Sebab mindsetnya penuh syukur. Dia faham yang memang masalah ada, tapi masalah cuma 1, sedangkan nikmatnya beribu. Takkan sebab masalah yang satu terus rasa hambar dalam hidup.
Sebab itu saya melihat ‘cepat menangis’ ini sebagai peluang untuk menanam ‘rahsia hidup bahagia’ ini dalam diri anak: syukur.
Dan yang paling penting, dia perlu tahu yang rahsia ini datang dari Al-Quran, kalam Tuhannya.