Cuti sekolah kembali lagi. Pasti ruih kembali rumah dengan pelbagai ragam anak-anak. Sudah tentu ibu bapa sudah merancang pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan bersama keluarga.
Tidak kurang yang bercuti dan melancong samada di dalam negara atau luar negara. Namun, ada juga keluarga yang mungkin tidak berkesempatan untuk kemana-mana, hanya menghabiskan masa di rumah sahaja.
Jangan risau. Jangan pening. Pelbagai aktiviti menarik masih boleh dilakukan di rumah. Jom lihat senarai aktiviti menarik seperti di bawah.
Kita boleh menghasilkan sabun sendiri di rumah seperti sabun kopi, sabun kunyit atau sabun oat. Projek ini jika dilakukan bersama anak, sudah pasti akan mengujakan mereka.
Caranya, soap base perlulah disediakan terlebih dahulu sebelum menambah campuran lain seperti essential oil dan sebagainya dengan kaedah double boiling.
Selepas campuran itu tadi sebati, boleh masukkan ke dalam acuan dan tunggu sehingga sabun tersebut menjadi keras. Siap!
Pelbagai resepi atau cara digunakan untuk menghasilkan slime. Selalunya menggunakan borax, peluntur dan sabun pencuci sebagai bahan utama. Namun, ibu ayah jangan risau, ikuti perkongsian Puan Azleen di sini untuk menghasilkan slime yang menggunakan bahan yang lebih selamat.
Aktiviti yang menarik dan sangat mudah dilakukan. Hanya letakkan pewarna makanan yang berlainan warna dan bekukan. Siap! Boleh ajak anak mewarna dengan gembira!.
Caranya mudah, masak agar-agar di atas dapur dan masukkan pewarna makanan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu di dalam bekas yang sesuai sebelum bermain.
Aktiviti ini bagus untuk sensori anak-anak kecil dan tidak menggunakan bahan yang merbahaya.
Bekas telur jangan dibuang. Sebaliknya, gunakan sebagai bahan untuk aktiviti kraf bersama anak-anak.
Bekas telur dipotong satu demi satu dan di sambung dengan tali untuk dicantumkan menjadi tren yang panjang.
Ajak anak mewarna tren tersebut untuk merangsang kreativiti mereka. Lebih mudah jika warnakan bekas telur yang telah dipotong terlebih dahulu sebelum mencantumkannya.
Projek kreatif ini hanya menggunakan kotak dan beberapa bahan tambahan untuk dekorasi model jalan raya anak-anak.
Kenalkan mereka dengan simbol-simbol papan tanda yang terdapat di jalan raya untuk memberikan gambaran jelas bagaimana mahu mereka model jalan raya yang lengkap.
Pelbagai model boleh dihasilkan dengan hanya menggunakan batang aiskrim. Contohnya, model rumah ini. Beberapa batang aiskrim dicantum dengan menggunakan glue gun untuk menghasilkan sebuah rumah yang kreatif.
Ingin menggalakkan anak untuk mencipta sesuatu senibina? Berfikir seperti seorang jurutera cilik? Nah, ajak anak bersama-sama membina sebuah jambatan dengan menggunakan batang aiskrim.
Bukan aktiviti biasa-biasa, tetapi menyelitkan konsep S.T.E.M dalam projek ini. Anak-anak akan belajar bagaimana membina sebuah struktur binaan yang stabil dan kukuh.
Sebelum mereka cipta sebuah kereta menggunakan kuasa elektrik dan sebagainya, apa kata kita mulakan dengan membina kereta belon. Lebih mudah dan ringkas.
Projek ini sangat popular dilaksanakan di sekolah-sekolah. Malah, pasti ada pertandingan yang dijalankan saban tahun untuk menguji pengetahuan sains para pelajar sekolah.
Kita juga boleh jalankan projek ini dirumah bersama anak. Caranya mudah sahaja. Boleh klik link untuk mengetahui bagaimana membuat sebuah roket air dengan lebih lanjut.
Eksperimen sains mudah ini sangat sesuai untuk anak-anak. Hanya menggunakan pasir (model gunung berapi), soda bikarbonat dan cuka.
Anda boleh menambah pewarna makanan untuk membuat campuran tersebut berwarna dan menarik perhatian anak-anak semasa bereksperimen.
Aktiviti ini mendidik anak bagaimana cara untuk mengerakkan sesebuah kereta itu selain menggunakan kuasa bateri.
Ibu bapa boleh menerangkan ciri-ciri magnet terutamanya mengenai kutub yang berbeza dan bagaimana ia boleh menarik dan menolak sesuatu objek yang diuji.
Aktiviti ini juga salah satu aktiviti S.T.E.M yang mudah dan sesuai untuk kanak-kanak.
Satu projek yang mengasah minda kejuruteraan dalam diri anak kecil. Tidak memerlukan kos yang besar. Mudah dan jimat!
Jom lihat bagaimana untuk menghasilkan projek ini di sini.
Salah satu projek sains yang dikenali sebagai cartesian diver experiment. Aktiviti ini akan menerangkan bagaimana prinsip sains, keapungan digunakan pakai.
Aktiviti ini boleh dijalankan berulang kali tanpa perlu menggantikan dengan bahan-bahan yang lain. Kesempatan ini boleh diambil oleh ibu bapa untuk menerangkan konsep keapungan (buoyancy) kepada anak dengan lebih jelas lagi.
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan dengan menggunakan kotak-kotak terpakai. Membina model rumah seperti ini akan meningkatkan lagi daya kreativiti kanak-kanak semasa beraktiviti.
Sesiapa yang mempunyai anak berminat dalam bidang pertukangan, projek membina dapur ni sangat sesuai dilakukan bersama-sama mereka.
Pelbagai aksesori peralatan dapur boleh ditambah selain dapat memperkenalkan kepada anak-anak tentang nama dan fungsi peralatan tersebut.
Aktiviti yang mampu mengasah bakat anak-anak untuk menjadi seorang arkitek!. Projek yang boleh dijalankan tanpa memerlukan kos yang besar.
Anda boleh menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak bijirin untuk membuat model bangunan dan sebagainya.
Selain merangsang daya kreativiti dan imaginasi anak-anak untuk membina sungai buatan, aktiviti ini juga dapat memperkenalkan beberapa konsep sains kepada mereka.
Salah satunya ialah daya graviti dan juga jenis permukaan asas binaan. Bagaimana aliran sungai mengalir dan apakah faktor-faktor yang boleh menjejaskan kelancaran arus air sungai tersebut.
Salah satu projek sains yang akan menerangkan bagaimana sebuah bateri itu berfungsi dan menjawab persoalan bagaimana tindakbalas kimia itu boleh menghasilkan kuasa eletrik.
Eksperimen yang ringkas dan mudah. Ingin tahu bagaimana caranya? Jom lihat di sini.
Adakah anda pernah terfikir anda boleh menggunakan kentang sebagai pengganti bateri? Mengapa kentang?.
Ini kerana kentang mempunyai asid fosforik yang boleh menjadi sebatian kimia yang diperlukan untuk mengalirkan caj elektrik apabila bertindak balas dengan permukaan logam.
Boleh lihat penerangan di sini untuk mengetahui kaedah ekperimen ini dijalankan.
Banyakkan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah? Semoga cuti sekolah anak-anak anda dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Selamat mencuba!