Dalam islam mengajar kita untuk tepati janji yang telah kita janji pada seseorang. Begitu juga dengan agam lain. Kita perlu menepati janji yang telah kita buat. Memungkiri janji adalah perbuatan yang salah dan boleh mencetuskan rasa marah dan kecewa pada diri seseorang itu.

Ibu bapa selalu membuat janji kepada anak-anak. Biasalah kalau anak sudah mula menangis dan merajuk, pelbagai janji yang ibu bapa buat. Contohnya, bawa pergi taman permainan, beli aiskrim, pergi makan kfc dan pelbagai lagi. Jika janji-janji itu dapat dilaksanakan, tidak mengapa. Tetapi, bagaimanakah jika janji kepada anak tidak ditunaikan?

Adakah ia akan memberi kesan negatif kepada anak-anak atau tidak? Anak-anak mungkin akan kehilangan kepercayaan kepada ibu bapa dan tidak akan percaya lagi dengan kata-kata ibu bapa.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai akibat jika mungkir janji pada anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

akibat mungkir janji pada anak

Imej via Facebook

Akibat mungkir janji pada anak

1. Mengikut teori psikosial Erik Erikson, umur 0-1 tahun adalah Fasa Trust Versus Mistrust yang mana pada umur tu lah anak belajar untuk membangunkan rasa percaya dia pada mak ayahnya sendiri.

2. Masa umur 1 tahun dan ke bawah ni la anak akan nilai mak ayahnya atau ‘caregiver’ nya. Masa umur tu lah juga anak kita akan membangunkan rasa percaya pada dunia di sekelilingnya.

3. Akibatnya sangat buruk kalau kita rosakkan kepercayaan anak kita pada umur 0-1 tahun tu. Contohnya anak kita akan timbul rasa tidak percaya pada mak ayahnya sendiri, akan memberontak, mudah cemas, kuat meragam dan suka buat masalah disiplin bila dah besar sikit nanti.

4. Masa umur 1 tahun ke atas sepatutnya anak kita dah kena masuk fasa yang lain dah. Sebab itulah bab percaya ni kena selesai awal-awal lagi sebelum anak masuk ke umur 1 tahun ke atas.

5. Itulah kenapa jangan la berbohong dengan anak walaupun nampak remeh & emosi itu kena la jaga bila di depan anak. Nak perang dengan pasangan pun perang dingin dah la bila di depan anak. Kalau nak perang nuklear, sila menyorok di bilik lain.

6. Jagalah emosi kita di depan anak yang masih kecil ni kerana gangguan pada emosi mereka akan efek perkembangan mereka suatu hari nanti. Walaupun mereka nampak comel dan tak tahu apa apa tapi memori negatif tu tetap akan mereka simpan dan serap!

7. Tolong kongsikan info ni pada pasangan yang lain kerana mereka juga berhak untuk jadi ibubapa yang pada untuk anak anak mereka

8. Lebih penting lagi adalah kita ajarkan ilmu ni semua pada pasangan kita sendiri kerana nak didik anak dengan cara yang hebat perlukan kerjasama kedua belah pihak.

*Lihat, betapa pentingnya untuk ajar anak timbul rasa percaya kepada ibu bapa. Jika anak hilang rasa percaya kepada ibu bapa, kemungkinan anak tidak mahu lagi untuk menerima dan mendengar nasihat dan kata-kata daripada ibu bapa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.