Berapa ramai dari kita  yang benar-benar membaca Al Quran dan mengamalkan ajarannya? Jika di zaman Rasulullah SAW dulu tidak dinafikan yang AlQuran ini di baca setiap hari dek kerana rasa cinta yang mendalam terhadap Allah SWT.

Namun di zaman ini terang lagi bersuluh yang Al-Quran lebih banyak dibiarkan tersadai sebagai perhiasan tanpa di sentuh dan dibaca. Debu menutupi sebagaimana dosa yang semakin meluak di dalam diri.

anak ajar baca alquran
image via :

Jika bukan diri sendiri yang memperbetulkannya, siapa lagi yang boleh di harap? Ya benar, kita tidak mudah untuk masuk campur urusan orang lain tetapi kita boleh saja bantu anak sendiri untuk membaca dan mencintai al-Quran. Selaku ibu bapa pada anak-anak, kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik untuk mereka maka siapa lagi yang boleh diharapkan. Tak kan semua benda nak di harap pada guru saja.

Bayangkan, betapa indahnya jika anak-anak tersayang ini bukan hanya tahu menyintai dan membaca al-Quran, bahkan menghafal, memahami dan mengamalkan al-Quran sebagai gaya hidup dan semua ini sememangnya perlu bermula dari rumah sejak mereka masih kecil lagi. Sambil kita mengajar anak-anak menghafal, secara tidak langsung kita pun sebenarnya turut membaca Al-Quran

AlQuran Itu Pelita Hidup Yang Boleh Menerangi Jalan Seorang Manusia

Untuk anak-anak, ajarkan mereka sejak kecil bermula dari peringkat yang awal terlebih dulu. Seterusnya membaca Al Quran akan meningkat dan berkembang dari kesungguhan yang dilakukan. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk anak-anak mendekati Al Quran ini? Jom cuba dengan mengamalkan 10 Tips Ajar Anak Baca Dan Cinta AlQuran Sejak Kecil ini sebagai panduan.

1. Doakan Anak

Pentingnya ayah ibu berdoa pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak-anak kita baca dan cinta AlQuran. Antara lambat atau cepat Allah akan beri pada waktu yang paling sesuai. Dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya.

ajar anak baca alquran
Image Via : almukhlisin

2. Kenalkan Al Quran Bermula Dari Dalam Kandungan Lagi

Bilakah masa yang paling tepat untuk Al-Quran ini diperkenalkan pada anak-anak? Bolehkah mengajar anak membaca Al Quran seawal bayi? Jawapannya adalah anak ini boleh diajar mengenal alQuran seawal usia mereka masih di dalam kandungan ibu lagi. Adalah sangat bagus jika anak yang bakal lahir ini sudah terbiasa dengan bunyi bacaan ayat al-Quran.

Jika si ibu dapat baca adalah lebih bermanfaat. Ini kerana si ibu yang sedang mengandung ini apabila rajin membaca al-Quran bukan saja dapat dijadikan sebagai doa untuk semuanya selamat bahkan dapat juga menambah pahala dan memberi asbab untuk anak yang bakal lahir itu membesar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

3. Luangkan Masa Yang Sesuai Demi AlQuran

Pastikan kita adakan masa bersama al-Quran bersama keluarga tapi mengikut keadaan masing-masing. Contohnya, antara waktu Maghrib dan Isyak atau selepas Subuh asalkan ia dapat dilakukan dalam masa yang ditentukan itu.

4. Dengarkan Ayat Bacaan Melalui Youtube Bila Perlu

Cara ini juga boleh dilakukan melalui youtube. Zaman sekarang zaman teknologi. Anak-anak kecil banyak belajar melalui youtube. Apa salahnya jika mereka belajar Al Quran melalui youtube. Buka dan perdengarkan mereka ayat-ayat Al Quran melalui Youtube.

5. Mencungkil Dan Merangsang Bakat Anak Dalam Bacaan AlQuran

Salah satu cara nak bagi anak-anak baca dan cinta Al Quran adalah dengan menghantar anak ke kelas pengajian dan masukkan mereka ke pertandingan yang berkaitan Al Quran. Contohnya pertandingan baca atau hafal Al Quran. Dengan cara itu anak-anak akan terus berdamping dengan Al Quran.

6. Bacakan Mereka Dengan Ayat Al Quran Selepas Solat

Biasakan anak-anak dari kecil dengan ayat Al Quran.  Lebih bagus jika ayah dan ibu berdamping dengan Al Quran untuk ibu dan ayah duduk membaca al-Quran sehingga anak tertarik. Lama kelamaan anak-anak akan tertarik lalu akan turut bersama membaca dan menyintai Al Quran.

7. Memperdengarkan Dari CD Juga Boleh

Ada teori mengatakan bahawa anak boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi. Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan dengan memainkan CD. Memperdengarkan al-Quran juga boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja, tidak mengenal batas usia anak.

anak ajar baca alquran
image via : my quran teaching

8. Hantar Anak Ke Kelas Membaca Al Quran Untuk Lebih Pandai

Jadikan satu rutin bagi anak-anak untuk baca Al Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Jika anak-anak yang masih belum boleh membaca ajaklah untuk bersama-sama mendengar abang dan kakaknya yang sedang membaca al-Quran.

Paling afdal hantar anak ke kelas belajar AlQuran dari mana-mana ustaz ustazah yang layak dan berpengalaman. Jika tidak tahu di mana nak dapatkan guru yang baik, boleh tanya di masjid-masjid yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.

9. Wujudkan Ruang Solah Untuk Baca AlQuran Di Dalam Rumah Sendiri

Boleh juga sediakan suasana dan ruang untuk anak-anak lebih mudah dan meminati AlQuran. Adakan ruang yang biasa Ayah dan Ibu baca Al Quran dan rak-rak menyimpan Al Quran yang mudah dicapai. Boleh juga sediakan AlQuran dan papan rehal khas untuk mereka lebih tertarik untuk mendekati AlQuran ini.

10. Ceritakan Kisah Dalam AlQuran Supaya Anak Makin Faham Isinya

AlQuran bukan sekadar bacaan tetapi juga satu bentuk pengajaran berkisarkan kisah nyata yang pernah berlaku dan akan berlaku. Maka anda boleh ceritakan kisah sirah dalam bentuk penceritaan biasa dengan menyelitkan sekali bacaan AlQuran yang terlibat.

Cari surah yang berbentuk jalan cerita yang mudah untuk mereka baca dan memahami. Lebih mudah cari buku cerita yang ada kisah dalam Al Quran ni. Ayah ibu boleh bercerita, cerita dalam Al Quran agar mereka lebih memahami isi AlQuran itu sendiri. Barulah anak-anak makin faham apa itu AlQuran sebenarnya.

Coraklah Anak Dengan Garis Panduan Islam Agar Mereka Selamat Di Dunia Dan Di Akhirat

Anak-anak ini asalnya suci, seumpama sehelai kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka. Lembutkan hati dan sahsiah mereka dengan al Quran. Jika acuannya sempurna, maka insyaAllah cantiklah hasilnya.

anak ajar baca alquran
image via : Darunnajah

Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud.)

Bagaimana jika ada ibu bapa yang tidak tahu membaca al-Quran? Jangan malu jangan segan, mula belajar dari sekarang dan semoga anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Sumber :

almukhlisin

Iqra Network

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.