Cuaca di Malaysia yang panas ini, tidak hairan rakyat Malaysia suka membuka Aircond setiap masa. Aircond boleh menyejukkan persekitaran dan membuat badan tidak berpeluh. Jadi penggunan Aircond ada di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, di rumah, kereta, pejabat, pasar raya dan di kedai-kedai yang bertutup.

Bagi orang dewasa ia amat menyenangkan kerana dapat menhindari daripada cuaca yang panas. Tetapi, ia memberi kesan kepada kesihatan anak-anak terutama sekali yang berumur bawah 2 tahun. Ibu bapa yang kurang perhatian terhadap situasi ini perlu tahu kesan Aircond kepada anak-anak mereka.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai penggunakan Aircond tidak bagus untuk anak berumur bawah 2 tahun. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Kesan penggunaan Aircond terhadap anak berumur bawah 2 tahun

Penggunaan Aircond Tidak Bagus Untuk Anak Bawah 2 Tahun
Imej via Bidadari.my

Lazimnya pendingin hawa yang tidak diselenggara dengan baik menjadi punca habuk dan hama berkumpul di dalam kediaman. Apabila ia dihidupkan, ia berterbangan dan boleh memasuki sistem pernafasan. Inilah puncanya si kecil selalu selesema berpanjangan.

Perkongsian Dr Ezairy Salleh , Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT) ini boleh dijadikan panduan. Selesema pada bayi tidak boleh diambil mudah. Bayi 14 bulan sakit tekak dan demam hingga gegendang telinga koyak dan telinga bernanah.

  • Hampir sebulan telinga berair, demam, selsema dan berhingus

Siang tadi semasa saya periksa seorang pesakit ini, dalam diam Tan Sri Profesor Amin datang dari belakang.Dia duk perhati saya bersihkan telinga seorang bayi ini. Pesakit ini berumur satu tahun dua bulan. Sudah hampir sebulan telinganya berair. Bermula dengan serangan sakit tekak dan demam.Kemudian selesema dan hidung berair yang susah nak berhenti. Pada masa sama telinga pun mulai keluar cecair.

  • Telinga bernanah, rupanya gegendang bocor

Hari ini ibu bapanya membawa beliau ke klinik kami di PPUM. Selepas saya periksa, saya keluarkan dan sedut semua nanah yang ada dalam telinganya, rupa-rupanya gegendang telinga beliau sudah bocor.

  • Jangkitan telinga mudah berlaku kepada kanak-kanak

Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana pesakit terutama pada usia kanak-kanak. Jangkitan ke telinga lebih mudah berlaku kepada anak-anak berbanding kita-kita yang dah ‘tua’ ini.Saya berikan ubat titis antibiotik untuk diletak pada telinganya. InshaaAllah akan sembuh nanti.

  • Mandikan air suam waktu pagi

Prof Amin sempat pesan kepada ibu pesakit ini, kalau boleh waktu pagi itu mandikanlah dengan air suam-suam. Supaya gejala selesema ini mudah terkawal. Suam bukan panas ya. Ini petua orang tua yang tak salah kalau nak amalkan.

  • Habuk dan hama terkumpul dalam pendingin hawa itu, Bahaya !

Penghawa dingin juga perlu berpada-pada untuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya anak kita jadi selesema tak berhenti ini bukan sahaja sebab sejuknya aircond itu, tetapi juga sebab habuk dan hama yang terkumpul pada aircond tu melekat masuk pada hidung anak kita.Semoga keluarga kita diberi kesihatan berpanjangan.

*Berikut adalah kisah benar yang pernah berlaku akibat penggunaan Aircond terhadap anak berumur bawah 2 tahun. Jika anda masih mahu menggunakan Aircond, hadkan masa seperti sejam atau dua jam, sekadar dapat menyejukkan suhu bilik tidak terlalu panas. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.