Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Di sini, kami senaraikan 10 kawasan air terjun yang menarik di sekitar Selangor untuk anda lawati bersama keluarga.

1. Air Terjun Chiling

Imej via waterfallsofmalaysia

Anda sukakan cabaran? Air Terjun Chilling sesuai untuk anda. Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu merentasi 5 batang sungai terlebih dahulu. Mencabarkan? Jika hari hujan, air sungai akan menjadi deras. Sebelum itu, anda perlu merentasi hutan. Ya, mencabar. Tapi, anda akan disajikan dengan kepuasan saat melihat air terjun bertingkat itu di depan mata. Ada tapak perkhemahan disediakan. Jadi, jika mahu bermalam, dipersilakan. Cuma dapatkan kebenaran dari renjer terlebih dahulu.

Alamat: Santuari Ikan Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu

2. Air Terjun Gabai

Imej via mdfaiez84

Kerana kedudukannya yang berhampiran Kuala Lumpur dan mudah pula sampai dengan kenderaan, maka ia menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan terutamanya keluarga. Air terjunnya bertingkat. Air terjun di bahagian paling atas adalah yang paling cantik tetapi tidak semua usia sesuai mandi di situ kerana agak dalam. Jadi, perlu berhati-hati mengenai keselamatan. Kemudahan tempat meletak kenderaan dan bilik air juga disediakan. Surau juga turut dibina di situ.

Alamat: Sungai Gabai, Hulu Langat

3. Air Terjun Kanching

Imej via wanie4shared

Ia lokasi perkelahan keluarga semasa cuti terutamanya hujung minggu. Ini kerana mudah untuk sampai dengan kenderaan. Ia tidak jauh dengan mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Terdapat 7 air terjun dengan kolam-kolam kecil. Setiap tingkat ada bezanya. Hendak ke tingkat paling atas memerlukan anda merentasi hutan terlebih dahulu. Tingkat bawah pula amat sesuai untuk keluarga.

Alamat: Hutan Lipur Kanching, di antara Selayang dan Rawang.

4. Air Terjun Templer

Imej via jijotedisanasini

Air Terjun di dalam hutan simpan kebiasaannya memang menarik. Air terjun di sini bertingkat-tingkat. Anda perlu berjalan menuju ke air terjun namun ia bukanlah mencabar. Bagi ibu bapa, kanak-kanak boleh bermain air di kawasan yang lebih cetek. Selain itu, terdapat kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ada tapak perkhemahan dan memancing selain tandas dan tempat meletak kenderaan bagi kemudahan pengunjung.

Alamat: Hutan Rimba Templer, di antara KL dan Rawang

5. Air Terjun Serendah

Imej via fiezabard

Tidak sehebat air terjun yang lain tapi cukup selesa untuk berkelah dan bersantai. Kawasannya tidaklah besar, namun masih ada kemudahan asas disediakan. Pada hujung minggu, memang ramai pengunjungnya. Mungkin kerana persekitaran yang bersih dan lebih selamat untuk kanak-kanak. Jika tidak mahu bermain air, taman permainan pun ada. Bagi orang dewasa pula, bolehlah memanjat sedikit untuk ke bahagian atas. Bahagian atas juga cetek tapi lebih santai kerana tiada ramai orang.

Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah

6. Air Terjun Tekala

Imej via hamydy

Air terjunnya cantik menyebabkan ia dikategorikan sebagai air terjun bertingkat yang terkenal. Tidak mustahillah ia sering dikunjungi ramai. Dibinakan juga tangga batu bagi memudahkan anda memanjat. Keadaan air yang cetek dan tidak deras, menjadikan ia lebih sesuai sebagai tempat permainan anak-anak.

Alamat: Hutan Rekreasi Sungai Tekala, berhampiran Empangan Semenyih

7. Air Terjun Sungai Tua

Imej via unikversiti

Ia terletak di Kawasan Perkelahan Hutan Lipur Sungai Tua. Air terjun ini sesuai bagi seluruh keluarga. Untuk kanak-kanak, ada sungai yang cetek. Jadi, ia lebih selamat untuk mereka. Di seberang jalan pula ada Taman Rekreasi. Oleh itu, lokasinya dikira amat baik.

Alamat: Ulu Yam, berhampiran Selayang

8. Air Terjun Sendat

Imej via yannashari

Air terjun bertingkat ini amat sesuai untuk aktiviti perkelahan, mandi-manda, merentas hutan dan perkhemahan.

Alamat: 5km dari Ulu Yam Bharu.

9. Air Terjun Perdik

Imej via nawidavinci

Lokasinya di dalam Hutan Lipur Perdik. Ia lebih sesuai untuk aktiviti merentas hutan dan perkhemahan. Tempat meletak kereta juga tidak jauh. Kesimpulannya ia memang bagus untuk perkelahan dan perkhemahan.

Alamat: Hutan Lipur Perdik, Hulu Langat

10. Air Terjun Komanwel

Imej via insanlahiriah

Air Terjun Komanwel terletak di dalam Hutan Rimba Komanwel. Lokasinya berhadapan dengan Hutan Lipur Kanching. Di Taman Rimba ini ada disediakan penginapan selain tapak perkhemahan. Mereka juga ada aktiviti-aktiviti seperti berakit, menunggang kuda, merentas hutan, paintball, flying fox, abseiling, dan menunggang mountain bike.

Alamat: Taman Rimba Komanwel, Km23, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, 48000 Rawang

 

Sebelum pergi ke mana-mana air terjun, pastikan anda memastikan keadaan cuaca atau ramalan cuaca terlebih dahulu. Hari hujan boleh mendatangkan bahaya seperti kepala air.

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.