Air terjun Pelangi Sungai Lembing yang terletak di Johor ini sangat terkenal bukan sahaja di antara penduduk tempatan, malah pelancong dari luar negeri. Sama seperti nama yang diberikan,air terjun ini mempunyai pelangi yang sememangnya sangat cantik dan menjadi tarikan pecinta alam.
Sekiranya anda merancang percutian ke Johor, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri keindahan air terjun ini. Terdapat banyak aktiviti menarik yang dapat anda lakukan sekiranya datang ke sini. Antaranya
Bagi mereka yang datang ke sini untuk merasai sendiri pengalaman datang ke Air Terjun Pelangi, jangan risau tentang kenderaan untuk anda ke sana. Hal ini kerana, terdapat beberapa cara yang dapat anda lakukan. Salah satunya ialah dengan menaiki kereta triton yang disediakan, mahupun terus mendaki ke tapak perkemahan Lubuk Beruk.
Kenderaan ini dikenali sebgai teksi jentera kerana telah diubah suai bagi keselesaan penumpang. Sekiranya anda ingin datang ke sini menggunakan kenderaan anda sendiri, anda juga boleh membawanya. Pastikan kenderaan anda cukup lasak untuk melalui kawasan hutan tersebut. Jika tidak, terdapat juga beberapa kenderaan yang disediakan oleh penduduk di sekitar itu untuk anda sewa.
Sekiranya anda seorang yang meminati aktiviti jungle trekking, anda boleh mencuba untuk menerokai keindahan alam semulajadi Sungai Lembing ini. Seperti yang anda tahu, untuk menikmati keindahan air terjun ini, anda perlu mendaki lebih kurang 1.2 km. Jalan ke air terjun ini akan mengambil masa selama 20-45 minit.
Selain itu, jangan risau untuk membawa keluarga anda datang ke sini untuk berehat. Hal ini kerana, trek untuk ke air terjun sesuai untuk dilalui oleh semua peringkat usia. Tiada masalah jika kanak-kanak mahupun orang yang berusia melalui kawasan ini. Anda juga akan melalui kawasan berbatu, tetapi terdapat tali yang boleh membantu anda merasa lebih selamat serta terdapat juga staff yang akan menguide anda ketika melalui kawasan ini.
Diingatkan bagi anda yang ingin melakukan aktiviti ini untuk memohon permit terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan staff yang akan mengiringi anda dapat disediakan tepat pada masanya. Bagi proses pendakian ini juga, anda boleh membawa sehingga 7 orang. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini bersama rakan-rakan mahupun keluarga anda.
Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi, mereka pasti akan menyukai pemandangan matahari terbit yang dapat dilihat di sini. Salah satu tarikan di sini ialah melihat matahari terbit. Disebabkan itu, sangat berbaloi untuk anda datang dan menikmati kecantikan matahari yang terbit dengan mereka yang tersayang.
Selain itu, jika anda berniat untuk melihat matahari terbit, pastikan anda memakai baju telah kerana keadaan di sini pada waktu pagi sangat sejuk dan berkabus. Pemandangan matahari ini pastinya lebih menarik dengan kemunculan pelangi yang terdapat di air terjun pelangi Sungai Lembing ini. Pastikan anda menangkap gambar sebagai kenangan anda dan keluarga ketika datang ke sini.
Air Terjun Pelangi Sungai Lembing ini terletak di kawasan hutan simpan. Di sebabkan kawasan yang strategik, anda dapat berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi yang dipenuhi kehijauan. Tempat ini turut menjadi tumpuan para pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana keindahan alamnya yang cantik dan menarik.
Selain itu, ketika memasuki hutan simpan ini, anda dapat melihat pelbagai jenis pokok yang berharga. Antara pokok yang dapat anda lihat adalah pokok meranti, merbau, kelat dan keruing yang berusia puluhan tahun. Kanopi yang menarik serta saiz pokok besar yang pastinya menarik perhatian setiap mata yang memandang.
Bagi mereka yang berkunjung ke sini, pasti tujuan utama mereka untuk melihat sendiri keindahan air terjun pelangi Sungai Lembing yang menjadi perbualan ramai. Keunikan pelangi yang hanya dapat dilihat pada waktu pagi dengan air terjun yang jatuh pada ketinggian 50 meter itu pastinya memukau mereka yang datang ke sini.
Selain itu, diingatkan bagi mereka yang ingin datang ke sini untuk membuat tempahan lebih awal kerana terdapat had pelancong. Anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM 60 oleh kereta yang membawa anda datang ke air terjun pelangi ini. Bayaran yang dikenakan pada waktu cuti sekolah mungkin akan lebih mahal dari pada hari biasa.
Bayaran RM60 ini dikenakan termasuk dengan permis memasuki hutan simpan, pengangkutan dan bayaran makanan. Jumlah kehadiran juga dikawal bagi memastikan perkara tidak diingini dari berlaku. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri pengalaman beriadah di sini.
Kesimpulan
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:
Rujukan