Sebaik sahaja anda disahkan mengandung, pastinya anda akan mula berhati dan berjaga-jaga dalam semua aspek terutamanya dari segi makanan dan minuman. Pastinya anda akan mula membaca tentang makanan yang baik untuk ibu mengandung dan makanan yang perlu dielakkan.

Ada yang kata air kelapa elok diminum semasa mengandung. Namun ada yang berpendapat bahawa sebaiknya elakkan daripada minum air kelapa pada fasa awal kehamilan, terutamanya pada trimester pertama. Pening dibuatnya kan? Jom kami kongsikan info tentang air kelapa untuk ibu hamil.

air kelapa untuk ibu hamil
Sumber: Maskulin

Apakah kandungan air kelapa?

Air kelapa rasanya sangat manis. Jika diminum semasa panas akan menghilangkan dahaga dengan cepat. Selain itu, ramai yang tak tahu bahawa air kelapa mengandungi jumlah kalori yang rendah. Oleh itu, bagi mereka yang sedang menjaga berat badan, tiada masalah jika sekali sekala anda minum air kelapa asalkan jangan ditambah dengan gula. Jadi, apakah bahan yang terdapat dalam air kelapa? Menurut kajian, air kelapa mengandungi:

  • Air. 94% daripada kandungan air kelapa ialah air. Itulah sebabnya air kelapa rendah kalori. Air tidak mempunyai kalori.
  • Karbohidrat ringkas. Karbohidrat ringkas yang terdapat dalam air kelapa adalah dalam bentuk gula dan elektrolit. Ianya mudah untuk dicerna oleh sistem penghadaman.
  • Hormon tumbuh-tumbuhan
  • Enzim
  • Sodium
  • Kalsium
  • Fosforus
  • Potassium
  • Magnesium
  • Asid amino
  • Vitamin C
  • Garam potasium (k+)

Apakah khasiat air kelapa untuk ibu mengandung?

Pastinya anda tertanya-tanya apakah khasiat air kelapa untuk ibu mengandung? Menurut kajian, berikut adalah di antara kebaikan air kelapa untuk ibu mengandung yang telah dikenal-pasti:

1. Membantu melancarkan proses penghasilan air kencing oleh pundi kencing

Air kelapa kaya dengan magnesium dan potassium. Kedua-dua mineral ini membantu pundi kencing untuk memproses air kencing dengan lebih efisyen. Semasa anda mengandung, pundi kencing akan semakin terhimpit lalu menyebabkan fungsinya terganggu. Amalan minum air kelapa semasa mengandung akan membantu melancarkan semula fungsi pundi kencing.

2. Menghalang pembentukan batu karang

Batu karang biasanya berlaku kerana anda suka menahan kencing atau air kencing tidak dikeluarkan sehingga habis lalu menyebabkan terkumpul dalam pundi kencing lalu menyebabkan batu karang mula terbentuk. Apabila anda mengandung, punci kencing yang terhimpit akan menyebabkan air kencing anda tidak keluar sehingga habis. Akan ada sisa air kencing yang tertinggal.

Jika anda minum air kelapa, ia akan membantu melancarkan proses pengeluaran air kencing dan membantu pundi kencing anda dikosongkan setiap kali anda membuang air kecil. Sekali gus menghalang pembentukan batu karang.

3. Mengatasi masalah jangkitan kuman pada saluran air kencing ( UTI )

Ibu mengandung sememangnya terdedah kepada jangkitan kulat, kuman, dan bakteria terutamanya pada kawasan saluran air kencing. Jangkitan pada bahagian tersebut dikenali sebagai utine track infection atau UTI. Ianya bukan berlaku kerana anda tidak menjaga kebersihan pada kawasan kemaluan, namun wanita mengandung sememangnya mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti.

Selain mendapatkan rawatan di klinik, amalan meminum air kelapa juga membantu untuk mengatasi masalah jangkitan yang dialami. Ianyan bukan sahaja alami malah bebas dari sebarang bahan kimia merbahaya.

4. Membanyakkan air ketuban

Air ketuban adalah sangat penting bagi bayi dalam kandungan anda. Sekiranya air ketuban anda bocor, ia boleh menjejaskan kandungan dan memaksa anda untuk bersalin awal.

Begitu juga halnya jika air ketuban anda kering dan kurang. Amalan minum air kelapa semasa mengandung membantu membanyakkan air ketuban dan memastikan air ketuban berada pada paras yang normal seperti sepatutnya.

5. Membekalkan tenaga

Ibu mengandung mudah keletihan. Ditambah lagi jika anda masih dilanda morning sickness. Tenaga anda akan hilang akibat mabuk, muntah, dan loya.

Air kelapa dikenali sebagai air isotonik semulajadi yang mengandungi elektrolit yang mampu memberikan tenaga kepada ibu mengandung. Ianya bukan sahaja rendah kalori malah rendah gula, menjadikannya minuman yang baik untuk ibu mengandung.

6. Menyeimbangkan tekanan darah ibu mengandung

Khasiat air kelapa untuk ibu mengandung yang seterusnya ialah ia membantu menyeimbangkan tekanan darah. Kandungan seperti sodium, kalsium, potasssium dan fosforus yang terdapat dalam air kelapa mampu menyeimbangkan tekanan darah anda. Amalakan minum air kelapa semasa mengandung, anda tak perlu lagi risau semasa pergi ke pemeriksaan di klinik kesihatan.

7. Menyejukkan badan

Ibu mengandung akan berasa panas daripada biasa dan sangat mudah berpeluh walau pun berada dalam bilik yang sejuk dan nyaman. Air kelapa berfungsi untuk menyejukkan badan. Oleh itu, jika anda berasa terlalu panas, minta suami anda belikan air kelapa muda. Segarnya!

air kelapa untuk ibu hamil
Sumber: Zwitsal

8. Melegakan sembelit

Anda selalu sembelit semasa mengandung? Air kelapa sangat membantu. Ia membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik dan memastikan proses pencernaan berjalan pada tahap optimum. Lepas ni kalau anda sembelit, jangan lupa untuk minum air kelapa.

9. Mengatasi pedih ulu hati

Masalah pedih ulu hati biasa dialami oleh ibu mengandung, terutamanya bagi yang sedang mengalami morning sickness. Jika anda pedih ulu hati, amalkan minum air kelapa muda untuk meneutralkan semula asid perut yang menjadi punca andamengalami masalah tersebut.

10. Membantu mengekalkan berat badan

Ibu mengandung akan mengalami kenaikan berat badan, namun kenaikan yang mendadak adalah merbahay bagi anda dan bayi dalam kandungan. Menurut kajian, amalan minum air kelapa muda membantu mengekalkan bera badan dan mengelakkan kenaikan badan yang melampau semasa tempoh kehamilan.

Itulah dia info tentang khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang info ibu hamil dan tanda hamil anak perempuan

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.