Jika demam, batuk dan selsema, rawatannya kita perlu makan ubat yang diberi oleh pihak hospital atau dibeli dari klinik dan farmasi. Sakit tekak pula mungkin kerana faktor persekitaran yang membuatkan kita kurang terhidrasi, maka tekak kita akan kering.

Demam, batuk dan selsema pula selalu mengikut musim. Jika tiba musim panas, mulalah ramai yang demam dan batuk. Jika cuaca terlalu sejuk, dapat selsema pula. Di sini kita lihat penyakit datang tanpa diduga, jika antibodi lemah, mudah untuk kita mendapat sakit.

Jadi kita perlu menyediakan ubat di rumah supaya senang apabila terkena sakit, sudah ada ubat di rumah. Tahukah anda, air garam boleh menjadi ubat untuk penyakit demam, batuk, selsema dan sakit tekak?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai air garam menjadi ubat untuk sakit demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Air garam boleh merawat sakit demam, batuk, selsema dan sakit tekak

air garam sembuhkan demam batuk selsema sakit tekak
Image via Facebook

Bagaimana ia bertindak?

Sel tubuh akan mengunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.

Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.

Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.

Hasil penyelidikan air garam

Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini :

  • Jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
  • Risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
  • Dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
  • Dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik


Secara purata, seorang individu akan menghidap deman selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.

*Boleh cuba kaedah air garam ini jika sakit demam, batuk, selsema dan tekak kering. Kajian sains telah membuktikan keberkesanannya. Namun, jika masih sakit, seeloknya pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.