sayang anak

facebook

Bila anak anak remaja mereka kini punya lingkungan sosial yang berkembang.

Jika dulu kitaran pergaulan mereka hanya berpusat pada ahli keluarga, kini mereka punyai rakan dan taulan yang ada ketikanya lebih kuat pengaruhnya dari kita ibu bapa.

Benar juga kata orang bijak pandai.

“Jika kita mahu tau bagaimana peribadi seseorang, kita lihat siapa teman teman dan sahabatnya”

Membesarkan Najman dan Najmi yang punyai personaliti berbeza tak kurang cabarannya.

Najman lebih punyai personaliti yang berwarna warni dari segi pergaulan sosialnya berbanding Najmi.

Tambahan pula tinggal di negara yang budayanya berbeza. Anak anak disini memang diajar untuk jujur meluah pandangan dengan ibu bapa dan dalam hal ini nyata Najman lebih vokal dan kritikal dalam melontar pandangan berbanding Najmi yang lebih tenang dan lebih senang mendengar dari bercerita.

Najman lebih berfesyen dari Najmi. Sementalah dengan popularitinya, dia lebih peka dengan fesyen terkini sedangkan Najmi senang berpuashati dengan apa jua yang disuakan pada dirinya.

Jarang benar saya pergi membeli belah pakaian dengan Najman kerana dia lebih berdikari dan cerewet dalam berpakaian. Sedangkan Najmi memang sentiasa menempel dengan saya dan Ain bila mahu membeli pakaian kerana dia tak kisah asalkan selesa.

Entah kenapa beberapa hari lalu Najman bertanya pada saya

” Abah can we get new clothes Abah? Lama dah Najman tak beli baju baru. Boleh tak bah?”

” What do you after Najman?”

” I don’t know yet. Hoody, tshirt or jeans perhaps?”

” Haah kan kitapun dah lama tak gi shopping sama sama kan? Najman asyik dengan kengkawan aja selalu. Boleh beli kasut ke seluar sekolah sekali. Early September dah start sekolah dah kan? Ajak Najmi sekali eh nak?”

Dalam hati saya dah jangla Najman akan taknak punya shopping dengan saya. Apatah lagi shopping pakaian. Manalah abah dia ni tau pasal fesyen yang tengah up untuk remaja sekarang ni kan?

Dia balas ajak ajak ayam saya tadi dengan jawapan di luar jangka saya.

” Of course abah. Why not? Men’s day out! Mama tak yah pergi. Just the three of us? Nak?”

Saya pulak yang terperanjat dengan jawapan Najman.

” Eh mama mana boleh tak ikut! Mama jaga duit kita. Mama jaga bajet. Kang kalau kita pergi bertiga mama tak bagi bajet kita window shopping ajalah camtu. Ok tak?”

” Hahaha buat apa pergi shopping camtu bah? Oklah mama ikut. Tapi I am the one that are deciding the brand ok bah? I have better taste than the rest”

Najman memang begitu. Dia sentiasa yakin dan tau apa yang dia mahukan dan akan suarakan dengan confident apa yang dia mahu suarakan.

” Ok set! Deal! You jadi our personnal shopperlah. Abah dengan Najmi tag along aja eh?”

Najman tersengih sengih kebanggan.

” So where are we going then Najman? What’s your plan Mr confident?”

” Liverpool 1 bah! Ada kedai Superdry that I am eyeing a jacket with hoody. Kat John Lewispun tshirt dia lawa Najman tengok hari tu masa keluar dengan kawan. JD Sports ada sale kasut as I think I need a new trainer. What do you think?”

Ingin Menduga Najman

Tiba tiba entah kenapa hati saya terfikir mahu menduga Najman. Saya mahu lihat sejauh mana dia mahu menggunakan peluang ini. Saya mahu uji apa dia akan sewenang wenangnya ambil kesempatan kalau saya layan nafsu shoppingnya ini.

” I have a better plan Najman. Let us go to Cheshire Oaks Designers Outlet then?

Selain gi shopping abahpun lama tak gi sana. Boleh abah promote kat pakej shopping kat customer homestay yang ambik pakej cuti cuti UK kita”

Cheshire Oaks Designers Outlet memang destinasi shopping ramai pengunjung ke Liverpool. Ia seakan akan JPO kalau di Malaysia. Ada hampir 200 outkets barangan berjenama yang murah dari harga pasaran. Letaknya sekitar 30 minit berkereta dari rumah kami.

” Yesss Abah!! That’s even better! Superdry, Marks & Spencer, Hugo Boss, Polo Raplh Lauren, Fred Perry, Levis, GAP, Ben Sherman all those are my favourite brands! Happy to be your personal shopper abah!”

Kemain suka lagi Najman. Mukanya bercahaya cahaya.

Najmi di sebelah saya menyampuk

” But it is going to be expensive Najman. We have to save money remember? This year abah and mama kan nak simpan duit for out PR application. Kita shopping biasa biasa ajalah ya?”

” Wait Najmi. It is going to be VALUE FOR MONEY dude! Things in Cheshire Oaks are desingers item but cheaper than retail price. We are going for bargains mate.”

Najmi masih tak pasti dan puas hati dengan jawapan Najman. Najmi pandang saya minta kepastian.

” Betul jugak kata Najman tu Najmi. Alah bukan selalupun kan? Takpalah sekali sekala”

Muka Najman makin ceria kerana saya sokong cadangannya.

“See Najmi even abah is with me on this. Gimme five bah”

Najman mengangkat tangan mahu hi-five dengan saya.

Tangan kami bertepuk

Pappppp!!!

“Okay esok kita pergi”

” Thanks abah! I am not going to let you down”

Najman begitu happy.

Najmi pula masih tak pasti.

Esoknya usai sarapan kami bersiap anak beranak ke Cheshire Oaks. Adam dan Awwabpun ikut sama sebab Ain kata dia nak bawa dua yang kecil main di playground masa kami tiga beranak bershopping. Najwa macam biasa nak mengikut senang duduk di rumah katanya.

Sepanjang jalan Najman sibuk memberi usul itu ini pada Najmi akan apa yang perlu dibeli.

” We go to M&S for school pants Najmi. Go to Clarks for school shoes. I want to buy a new hoody at Superdry. New pair if Jeans at Armani or Calvin Klien, sneakers donno at Nike? Sports Direct perhaps?

Don’t worry bro trust me I am good at this”

Najmi anggukkan kepala aja.

Dalam hati saya rasa jerat dan sangkaan saya mengena. Memang sah saya akan kena pau kaw kaw dengan Najman nanti.

Ketika di Cheshire Oaks Designer Outlet

Kami sampai ke Cheshire Oaks Designer Outlet sekitar 12 tengahari. Suasana memang sibuk dan parking penuh. Tapi barangkali rezeki anak anak ada pula parking kosong tak lama lepas kami sampai di tempat meletak kereta.

Ain sibuk dengan Adam dan Awwab. Najman mula ceria

“Okay Mr Branded Designer expert. Lead the way”

” What the budget limit bah?” Tanya Najman.

“We’ll see” Balas saya pendek.

“Okay so I assume unlimited then”

Kami menuju ke NEXT outlet dahulu. Saya lihat ada potongan 50%”

“Masuk sinilah jom? Najman kata nak jeans kan?”

Kami masuk ke toko NEXT tapi nyata Najman tak berminat dengan jeans di toko ini”

“No abah. I don’t like this brand. I prefer CK or Levis instead”

Typical Najman. Selalu nak bergaya. Detik hati saya.

Kami ke butik CK dan saya lihat Najman bersungguh membelek jeans.

Satu persatu diselak selak. Saya yakin Najman akan mula menyopping di sini.

“Najmi this one suits you lad”

Sibuk dia memberi usul pada adiknya. Najmi melayan apa yang Najman usulkan.

Saya selak harga jeans yang dipilih Najman. Harganya sekitar £45 sehelai.

“Not bad” kata hati saya.

Puas Najman memilih jeans dan dia hampiri saya.

“Takpalah bah. Kita pergi kedai lainlah”

Saya agak terkejut kerana yakin benar dia akan pilih jeans tadi.

“Not too branded I guess eyy?”

Najman sengih sumbing.

Kami keluar dari kedai CK dan melewati playground.

“Abah gilah dengan Najman and Najmi eh? Ain layan Adam dengan Awwab kat sini”

Saya mengiyakan usul Ain dan kami ke toko M&S

“Cari baju , seluar sekolah dengan socks kat sini ya?”

Najman dan Najmi mengangguk.

Najman terus ke bahagian seluar panjang, selesai dia memilih dia ajak Najmi pula

“Let me help you Najmi”

Dia sibuk usulkan itu ini pada Najmi

“This one is wool so warm during winter. This one is esay to iron so we pick this one then okay?”

Najman dah macam promoter M&S saya tengok.

“Abah where is the fitting room?”

“Kat sana saya muncungkan mulut menunjukkan tempat mencuba pakaian.

Wait I go and pick our socks and white shirt.

Selesai memilih dua beradik tadi ke fitting room mencuba pakaian yang dipilih.

Keluar dari bilik persalinan Najman puas hati tapi Najmi kata seluarnya sempit.

“Jom kita cari lagi for you Najmi”

Malangnya saiz yang dicari takda.

“Wait abah jap ya I have change my mind nak tukar seluar lain”

Najman ke seksyen seluar dan dia pilih seluar yang satu lagi

“Kenapa tukar?”

Najman senyum

” Yang tadi tu £45 satu. Yang ni murah lagi £24 aja. Kualiti sama so kenapa nak membazir kan bah?”

Saya terkejut dengan pilihan Najman.

” Eh baik pulak mat branded ni. Alah adalah nak pau kat kedai lain nanti tu”

Kata hati saya walau masih tak percaya dengan apa yang Najman katakan tadi.

” Ok bah dah siap dan jom bayar”

“Socks dah ambik? Baju putih tu?”

“Socks dah ni 6 pasang £10. So takyah beli asing for us. Kami share aja bah. Ni pun kat clearance kalau tak £22. So kita jimat.

Baju putih kat sini so overprice. Kita beli kat ASDA atau TESCO aja bah.

Lepas ni winter banyak pakai sweater kat luar so brand biasapun ok dah bah”

Dahi saya berkerut dengan apa yang Najman cakap. Masih terpinga.

“Jom bayar bah?”

Kami ke kaunter bayaran.

“The total is £34 please”

Saya bayar tapi dalam hati saya masih tertanya tanya.

“This is awkward. Adalah nanti the catch ni. Mesti Najman pau aku sat lagi”

“Where is next Najman?”

“Nak beli jeans bah”

“So mana?”

“Kita jalan dulu bah”

Kami lewati satu persatu butik

“Armani Najman?”

“Nooo to upmarket bah”

Dahi saya mula berkerut.

Kami jalan lagi

“Hugo Boss Najman?”

“Jom”

“Kenalah aku kat sini kang ni”

Detik hati saya.

Najman menuju ke rak jeans membelek satu persatu.

Saya biarkan dia dan Najmi berdua sambil memerhati gelagat mereka.

Saya nampak Najman datang pada saya membawa dua helai jeans

“Dah nak bayar”

” I am thinking of these two for both of us but £85 each is way too much for a pair of jeans.

We pass these two abah. Kita gi Levislah maybe more value for money”

Saja akal nakal saya menduga

“Eh okay ni baru £170 for two lagipun bukan selalu kan? Ambiklah”

Najman pandang saya

“Are you serious bah? Mahal ni! Not worth it. I am not going to rob my dad over jeans abah. Cammon old man, Your son is not a gold digger lah bah”

Wahh! Merah muka saya.

Saya rasa tertampar dengan prasangka saya pada Najman.

“Jom bah kita jalan lagi?” Usul Najman.

Saya melangkah dengan masih terpinga pinga.

Kami lewati butik Polo Ralph Lauren.

“Masuk sini bah?”

Saya angguk mengiyakan.

Saya lihat Najman ke kawasan Polo Tshirt Big Pony mengambil sehelai tshirt tertera sulam Paris.

Dia membelek belek tanda harga.

Najmi seakan mengatakan harganya okay tapi Najman mengeleng tak setuju.

Mereka hampiri saya dan Najman ajak saya keluar.

“Tak jadi ambik tshirt Paris tu? Selalu cakap kat abah nak tshirt tu kan?”

Najmi sambut kata saya

“Tulah Najmi kata kat Najman tu bah. Selalu nak sangat ni taknak pulak”

“Takpalah bah kita tunggu boxing day. Mahal sangat £45 for a tshirt. i can wait tunggu sale lain kali”

“Hmmmm… This is too good to be true” hati saya terus bicara.

” Let’s go to Levis bah”

Kami ke butik Levis di sebegang jalan.

Saya usulkan seorang satu Levis 501 kerana ada diskaun belian dua helai pada harga £99 berbanding harga biasa sehelai £65.

“Kami tengok yang sale dulu bah”

Najman dan Najmi kemudian mencuba beberapa helai jeans di fitting room.

“Ok bah kami ambik yang ni ya?. Jom bayar”

“Taknak yang 501 ni?”

“Takpa bah yang nipun dah best dah”

Kami ke kaunter bayaran.

Gadis cashier menscan tanda harga tertera harga di skrin.

Saya mahu bayar tapi diberitahu gadis cashier

“If you buy 3 items you will get 25% on all items. Do you want to proceed?”

Saya pandang Najman dan Najmi.

“Why don’t you both get anything. Rugi tak ambik peluang diskaun ni.”

“I want a Levis backpack”kata Najmi.

Mereka berlegar lagi di kedai Levis mencari barang.

7 minit kemudian Najman dan Najmi datang pada saya.

“Dah dapat dah meh bayar jom?”

Najman senyum pada saya

“Bah meh jap bah nak tunjuk seluar ni jap?”

Saya ikuti Najman dan Najmi ke seksyen jeans 501.

“ohhh jadi jugak nak jeans mahal
kan?”

Najman senyum pada saya.

“Kami dua beradik dah bincang dah.

Kami dah kira kira. Kalau ambik satu jeans 501 ni kita kena tambah £15 aja dari total 3 items lepas diskaun 25% tu bah.

What do you think?”

“Ok no problem.

So Najmanlah nak 501 ni?”

Najman dan Najmi berpandangan.

Senyum.

“So kami decide abah yang beli satu untuk abah. Sebab you are so super sweet ajak kami shopping so you deserve to reward yourself as a cool dad.

Abah saiz apa bah? Meh kami cari dan suggest meh bah?”

Kali ni saya benar benar terkedu!

“Mehlah bahhhh. Hitam eh bah? Abah takda jeans hitam kan? Saiz abah berapa?”

Saya macam jadi dungu masih terkesima

“37 ehh 38”

Najman pilihkan warna hitam dan letakkan ke tangan saya

“Jom pergi fitting jom?”

Saya macam zombie mengikut aja usul Najman kerana masih terpinga pinga.

Selesai mencuba saya katakan yang saiznya okay pada Najman dan Najmi.

“Okay jom bayar”

Saya bayar di kaunter harga £85 untuk 3 helai jeans.

Nyata jeans saya yang paling mahal dari semua barang yang dibeli dari tadi.

Keluar dari Levis saya terima mesej dari Ain di talifon.

“Abang dan sudah bang?”

“Dah.. Kat luar Levis ni”

“Okay Ain datang sekarang. Adam dengan Awwabpum dah puas dah main ni

Dapat tak jeansnya?”

“Errr dapat.. Dapat”

Kami tunggu Ain dan saya tanyakan Najman

“Nak gi SuperDry? Nak hoody kan?”

“Bolehlah tengok tengok bah”

Ain sampai dan kami ke butik Superdry.

Saya biarkan Najman membelek hoody.

Dia datang pada saya dengan hoody ditangannya

“Dan dapat dah?l

“Tak bah. Nak tunjuk aja. Lain kali kita datang kalau abah ada bajet nak yang ni ya bah?”

“Eh okay ni harganya. Abah bayar ya?”

“Not this time bah. Banyak dah abah belanja ni. Next time okay?”

Saya mengangguk angguk semakin bingung.

Kami keluar dari butik Superdry tanoa tambahan barangan.

“Dah ke bang? Najman? Najmi?”

“Dah mama! Settle.

Thanks abah.. Mama.. Bawak kami shopping hati ni”

Kami bergegas ke kereta dan saya berjalan beriringan dengan Najman.

Hati saya masih tak puas dan mahu bertanya pada Najman.

“Najman.. Kenapa beli sikit aja? Kata nak shopping macam macam kan?

Najman senyum dan jawab.

” abah pernah cerita yang dulu atuk Ulu Yam bagi hadiah kat abah cuma kalau abah dapat nombor satu periksa.

Abahpun tak pernah mintak mintak kat atuk sebab abah tau atuk takda duit kan?

So Najman rasa abah dah banyak dah reward belanja kami shopping ni walau kami tak show some accomplishment yang abah kena rewardpun.

Tapi abah beli jugak ni.

Abah bawak shopping nipun macam Najman hutang accomplishment kat abah dah bah.

Thanks ya bah?”

Saya tak tahu nak kata apa apa.

Nyata saya prejudis pada Najman.

Sangkaan yang dia akan jadi opportunist meleset sama sekali.

Tiba tiba saya rasa malu dan berdosa pada Najman.

Nyata dia lebih dewasa dan matang dari apa prasangka saya.

Kita ibu ayah kadangkala tak kenal perubahan anak anak kita kan?

Mungkin agaknya kerana kita terlalu sibuk dengan pelbagai perkara lain yang entah apa yang kita sibukkan hingga kita langsung tak kenal jiwa anak anak kita.

Kerana kesibukan kita maka kita punyai persepsi dan prejudis negatif pada anak anak kita yang entah lapuk dan basi sedangkan dia jauh telah matang dan berakal dari dia yang dulu.

Saya belajar banyak perkara dari Najman dan Najmi hari ini.

Persepsi jumud saya pada Najman yang dulu luntur sama sekali dengan pengalaman hari ini.

Saya lihat kematangan dan kedewasaan Najman dalam melupuskan persepsi saya padanya selama ini.

Saya jadi malu sendiri.

Kita kena luang masa untuk anak anak kita teman.

Alangkah ruginya kalau kita ibu ayah sendiri tak kenal siapa anak kita dan terus terusan menghukum mereka pada persepsi yang basi!

Kita kena kenal siapa mereka dan setiap perubahan mereka.

Kalau tak kita yang kenal siapa lagi kan?

Siapa lagi?

To witness Najman and Najmi’s “BROTHERHOOD” make me feel so proud of them.

I am a conventional family man.

My family is my life.

How about you?

Kredit: Nazali Noor

Sumber : Facebook.com

Penulis: Dr Nazali Noor

Nazali Noor merupakan seorang penulis buku yang telah berjaya mencapai status bestseller beberapa tahun dahulu dengan tajuk buku "Ulu Yam di Liverpool -Aku Bukan Mat Salleh Celup". Beliau juga merupakan pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University. Buku tulisan terbaru beliau adalah "Anak-anak Abah" yang boleh didapati di Facebook. Klik sini

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.