Introvert. Alamak, adakah ini perkataan baru dalam dunia zaman sekarang? Oh tidak. Ianya adakah perkataan yang biasa digunkan dalam ilmu personaliti dan psikologi. Intovert dan Ektrovert adalah dua perkataan yang digunakan untuk mewakili dua golongan umum. Siapakah Si Introvert dan siapa pula Si Ektrovert?

Introvert adalah golongan yang hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai bola kawasan yang tersendiri. Secara umumnya mereka ini adalah golongan yang lebih gemar untuk mendiamkan diri. Mereka mendapat tenaga daripda diri sendiri. Cara mereka berehat adalah dengan membiarkan diri mereka hidup sendiri untuk seketika. Tips mudah untuk mengetahui seseorang itu introvert adalah melihat adakah mereka jenis pendiam atau tidak. Biasanya, Si Introvert ini adalah seorang yang pendiam.

Berbeza dengan ektrovert. Mereka ini adalah golongan yang periang. Biasanya kita akan lihat merekalah yang paling kecoh atau bising dalam sesuatu kumpulan. Mereka gemar bersosial dengan masyarakt daripada membuat hal sendiri. Bagi mereka kehidupan adalah kosong jika tidak dapat berinteraksi dengan orang sekeliling. Dengan berkomunikasi dengan ruang sekeliling membuatkan mereka lebih bertenaga.Kebiasaannya mereka mempunyai ramai kawan berbanding Si Introvert.

Disebabkan perbezaan personaliti ini, inilah yang membuatkan cara kita melihat seseorang itu berbeza. Bagi seorang yang intovert, mereka mungkin melihat golongan ektrovert sebagai seorang yang kecoh. Mereka merasa pelik, bagaimana ektorvert boleh hidupdengan begitu bertenaga apabila berinteraksi dengan orang ramai. Tidakkah ektovert ini berasa letih?

Tips Introvert

Berbeza pula dengan ektrovert, mereka merasakan kehidupan introvert ini bosan. Jadi mereka cuba membuatkan diri introvert seperti mereka. Mereka cuba membuatkan diri intovert sebagai seorang yang suka ber’sosial’. Perkara yang kurang digemari oleh introvert. Walau bagaimanapun bukan bermakna si introvert ini tidak suka bersosial dan hidup dalam kumpulan.

Tips Berdepan Dan Berkomunikasi dengan Introvert

Disini saya kongsikan bagaimana untuk berkomunikasi dengan intovert. Walaupun mereka mendapat tenaga dari dalam, ini tidak bermakna mereka seorang yang tidak suka bergaul. Antara tips yang dapat dibuat adalah.

1. Menegur mereka secara baik dan mengalu-alukan kedatangan mereka.

2. Tidak terlalu kelihatan mendesak untuk memaksa mereka bercakap.

3. Membiarkan diri mereka seketika untuk memberikan mereka ruang bertenang.

4. Sekali-sekala cuba tanya pendapat mereka ketika berkomunikasi

5. Menerima mereka sebagai introvert. Yakni faham mereka sedikit kurang memberi respon berbanding orang lain.

Kongsi link di bawah untuk lebih memahami dalam bentuk gambar bagaimana berinterasksi dengan Introvert.

Tips Introvert

 

 

Semoga artikel ini membantu. :-)

 

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.