Tidak menjadi insan berguna kita pada hari ini tanpa adanya seorang guru. Guru di rumah adalah ibu bapa manakala guru di sekolah adalah insan yang membakar dirinya sendiri berbakti memberikan ilmu sepenuh hati untuk kita.
Wajarlah jika kita melayan dan menyantuni guru sebaik mungkin kerana mereka adalah insan berjasa yang tak dapat kita balas budi sedikit pun. Sama seperti ibu bapa sendiri, mereka juga banyak bersusah payah untuk kita dan sering mendoakan kejayaan kita. Oleh itu, jangan sesekali kita lupa adab dengan guru setiap masa kita bersama mereka.
Jom lihat 25 adab dengan guru, kita sebagai pelajar patut ambil tahu.
Setiap kali bertemu guru, tegur mereka dengan baik, beri salam dan salam mereka. Ia menandakan kita menghormati mereka sebagai seorang guru dan lebih tua daripada kita.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai, dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua“.
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Senyuman adalah sedekah, apa salahnya jika kita sedekahkah senyuman untuk guru kita? Senyuman adalah adab dengan guru yang ramai tak sedar, tetapi tetap mendapat pahala.
Bantulah guru anda setiap kali melihat mereka mengangkat barang, membawa buku dan sebagainya. Ambillah peluang untuk beradab dengan guru supaya dapat menghimpun pahala.
Apabila guru bangun atau masuk kelas, berdiri adalah adab dengan guru yang perlu anda lakukan. Guru akan menyenangi perbuatan anda yang menghormatinya.
Jangan cakap perkara yang bukan-bukan dan tidak baik dengan guru. Berbual dan cakaplah perkara yang baik-baik dengan mereka supaya disenangi.
Guru adalah seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Sikap berbisik di hadapan guru adalah tidak baik kerana ia seolah-olah anda berkata-kata tentang guru tersebut.
Pelajar yang baik adalah pelajar yang menerima nasihat guru dengan baik. Menerima nasihat adalah adab dengan guru ketika belajar dimana anda tidak membantahnya, malah menerima segala nasihat yang diberikan.
Berbaik sangkalah dengan guru dan jangan sesekali menuduh mereka dengan hal-hal yang tidak baik. Guru akan berasa sedih dan kecil hati sekiranya anda berburuk sangka. Sekiranya ada yang tidak kena, pasti perlu ada buktinya.
Jangan berdiam diri, tetapi jawablah jika ditanya oleh guru anda. Guru suka apabila anda berterus terang tidak tahu sesuatu atau cuba menjawab soalan yang telah diutarakan kepada anda.
Jangan jadi burung murai yang mulutnya tidak henti-henti berbunyi. Guru tidak akan senang sekiranya anda seorang yang cakap terlalu banyak. Cakap perkara penting sahaja dan berbual kosong tiada masalah, tetapi haruslah kena dengan masanya.
Adab dengan guru ketika belajar juga adalah tidak bercakap ketika guru sedang mengajar. Sikap anda ketika belajar akan mempengaruhi keberkatan ilmu yang anda terima.
Guru yang mengajar juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita pula perlu ada adab dengan guru dengan tidak memperlekehkan kemampuan mereka. Jangan ketawakan mereka dan berkata hal yang tidak baik.
Jika tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi guru, ia sama sahaja seperti kita tidak menghormati mereka. Oleh itu, kerja rumah jangan dibuat sebagai perkara yang remeh!
Adab dengan guru yang ramai terlepas pandang adalah bercakap dengan nada yang baik. Jangan cakap dengan nada yang kuat atau tidak sepatutnya dengan guru yang mengajar kita. Ia sama sahaja seperti kita bercakap dengan ibu bapa kita.
Adab dengan guru biarpun guru telah tiada adalah kita boleh sedekahkan Al-Fatihah atau amalan kepada mereka. Apabila bersedekah dan berbuat sesuatu yang baik, anggaplah itu untuk guru anda yang telah tiada. Sedekahkan pahala kebaikan kepada mereka.
Perasan tak? Kita disarankan untuk turut berdoa untuk guru kerana jasanya amat besar dalam kehidupan kita. Anda boleh amalkan doa seperti berikut:
“Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa orang tua kami, para sesepuh kami, para guru kami, orang-orang yang mempunyai hak atas kami, orang-orang yang cinta dan berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat Islam.”
Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai dan mengenang jasa guru. Selain berdoa, anda boleh melawat guru anda (sekiranya mereka masih hidup), bertanya khabar dan membina ukhuwah. Mereka akan berasa dihargai dengan adab anda tunjukkan.
Setiap ilmu perlu diamalkan umpama pohon yang tetap rendang dan berbuah dengan jayanya. Adab dengan guru iaitu mengamalkan ilmu yang diberikan akan memberi kejayaan dunia dan akhirat kepada kita.
Jangan risau sekiranya anda tidak tahu cara menambat hati guru, cukuplah anda melaksanakan arahan guru. Guru akan rasa sangat dihargai. Ia adalah adab dengan guru yang ramai tak sedar.
Sekiranya ada sebarang masalah, mintalah pertolongan daripada guru anda. Jangan diam dan biarkan. Ia dikira sebagai adab dengan guru sekiranya anda bertanya dan meminta pertolongan guru dengan baik.
Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan anda, itu ayat sering kita dengari. Tetapi tahukah anda, belajar bersungguh-sungguh adalah adab dengan guru juga? Guru akan nampak usaha dan tindakan anda dan pasti menyenanginya.
Sekiranya guru anda berada di hospital atau rumah, tak salah untuk anda menziarahinya apabila sudah lama tidak berjumpa. Bawalah buah tangan untuk mereka!
Guru adalah contoh yang baik untuk pelajar selain dari ibu bapa. Utamakan guru dalam urusan yang bersesuaian dengan anda akan memudahkan urusan anda.
Anggaplah guru seperti ibu dan ayah anda sendiri memandangkan mereka banyak berjasa memberikan ilmu kepada anda. Adab dengan guru yang dipegang rapi ini bakal menyambung erat silaturrahim anda dengan guru.
Dalam apa jua tindakan yang dilakukan, mintalah restu dan doa dari guru dan ibu bapa. Doa dari mereka akan menjadikan urusan kita lebih diberkati Allah SWT.
Itulah dia 25 adab dengan guru pelajar harus ambil tahu. Jangan dibuat main-main adab dengan guru, inilah kunci utama kejayaan kita ramai yang tak sedar. Jom baca juga kelebihan solat dhuha, Adab terhadap ibu bapa, Doa penerang hati untuk anak dan Adab ziarah kubur.