Al Quran itu naskhah yang agung. Wahyu dari Ilahi. Tuhan semesta alam yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Sewajarnya, Al Quran itu dipelihara sebaiknya. Begitu juga perlu beradab apabila ingin membacanya.
Al-quran dan as-sunnah telah menggariskan akan adab-adab yang perlu dijaga oleh setiap muslim untuk memelihara kesucian kalam Allah swt ini.
Antara adab-adab yang dipraktikkan ialah:
Maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al Quran, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk”. (Surah Al Nahl, 16:98)
Daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw melarang seseorang yang sedang menuju ke negeri musuh sambil membawa Al Quran kerana khuatir Al Quran tersebut dirampas musuh. (Hadis Riwayat Muslim No.1869)
“Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat”. (Surah Al-A’raf, 7:204)
“Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al Quran?. Sekiranya (Al Quran) itu bukan daripada Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya”. (Surah Al Nisa’, 4:82)
Daripada Abu Hurairah r.a dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seseorang membaca ayat sajdah lalu dia sujud, maka syaitan menjauhi sambil menangis, dan syaitan tersebut berkata, ‘Aduh celaka! Manusia diperintahkan sujud lalu dia bersujud, maka dia mendapat syurga, sedangkan aku diperintahkan sujud lalu aku membangkang maka aku mendapat neraka”. (Hadis Riwayat Muslim No.81)
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat bercucuran air mata mereka disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri), sehingga berkata: ‘Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatkanlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad saw)”. (Surah Al Ma’idah, 5:83)
“Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan”. (Surah Al Muzzammil, 73:4)
“Dan ingatlah apa yang dibaca di rumahmu daripada ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sungguh Allah Maha Lembut, Maha Mengetahui”. (Surah Al Ahzab, 33:34)
“Dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) keimanan mereka dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal”. (Surah Al Anfal, 8:2)
“Maka berpegang teguhlah engkau kepada (agama) yang telah diwahyukan kepadamu. Sungguh, engkau berada di jalan yang lurus”. (Surah Al Zukhruf, 43:43)
Semoga kita sentiasa menjaga adab dalam membaca Al Quran dan dikurniakan ganjaran pahala daripada Allah swt atas asbab menjaga kesucian kalamNya. Aamiin.
Sumber: Al Quran Perkata Kaedah Berwarna Mu’jam, Dato’ Dr Hussamuddin Haji Yaacub