Pernah kita berada dalam satu keadaan di mana kita berasa kagum dengan rakan terdekat dalam melakukan sesuatu? Kita merasakan bahawa mereka adalah genius dan berbeza daripada orang lain. Kita menganggap mereka adalah golongan yang istimewa. Tahukah anda, bahawa anda juga bolem berbuat demikian, yakni menjadi genius.
Berdasarkan penulis buku motivasi kejayaan terkenal, Malcolm Gladwell yang banyak menulis tentang rahsia genius seperti genius chess, menyanyi, komputer dan lain-lain, menyatakan bahawa perkara itu tidak mustahil untuk dilakukan. Di dalam diri kita sebenarnya telah tersebunyi genius diri besar untuk dikembangkan. Malcolm turut menyatakan dalam bukunya Outlier, bahawa kebanyakkan mereka yang digelar ‘genius’ ini sebenarnya telah berusaha lebih lama daripada apa yang kita sangkakan. Latiahn secara berterusan inilah membuat mereka berjaya menjadi genius.
Selain daripada itu, kajian dalam bidang Neuronsains turut menyatakan bahawa kemampuan otak manusia terlalu hebat. Ia adalah organ yang fleksibel dan mempunyai kemamp[uan untuk belajar dan melalui perubahan dengan baik. Semakin banyak latihan yang berbentuk ‘kreatif’ dibuat, maka semakin hebatnya seseorang itu.Semoga 9 tips untuk cara menjadi genius ini membantu.
Jika sebelum ini anda banyak menggunakan sesuatu peralatan dalam likungan biasa, cuba kali ini bertindak lebih daripada kebiasaan. Contohnya cuba fikirkan apa yang dapat dilakukan dengan menggunakan botol kosong minuman yang ada selain daripada membuangnya. Cuba reka dan bermain dengan imaginasi anda itu.
Anda juga boleh melukis untuk mengembangkan kemampuan otak anda. Melukis membuatkan anda menggunakan otak kanan lebih banyak. Tidak perlu takut untuk melukis. Mulakan sahaja.
Apa kata kali ini anda membaca buku luar daripada skop anda. Jika sebelum ini anda banyak menghabiskan masa dengan membaca buku tentang sejarah Malaysia, apa kata kali ini anda paksa diri anda untuk membaca tentang buku kewangan yang langsung anda tidak terfikir akannya.
Cuba ambil kertas dan mula melipat origami anda. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis bentuk lipatan origami dengan menggunakan internet.
Salah satu untuk memaksa otak anda untuk mbekerja lebih kuat dan hebat adalah dengan beljar bhasa lain selain bahasa anda. Anda tidak perlu untuk mahir keseluruhan bahasa tersebut. Cukup sahaja dengan belajar beberapa frasa yang menarik untuk anda.
Lihat di luar tingakp adan. Kemudiannya ceritakan semula apa yang anda lihat dalam bentuk yang pelbagai. COntohnya, katakan anda ternamapak sebuah kereta polis yang sedang melalui hadapan rumah anda. Mungkin anda boleh mengambarkankkannya sebagai besar, cantik, merah berkelip-kelip dan lain-lain.
Jika sebelum ini anda hanya menjurus kepada ssesuatu hobi. Apa kayta kali ini anda mencuba hobi yang baru. Cuba lakukan aktiviti hobi baru anda untuk beberpa ketika.
Mengembara merupakan salah satu tips yang baik untuk menambah perspektif anda tentang kehidupan. Ianya mungkin memerlukan sedikit kos. Tetapi jika anda berdutit, tidak salah bukan? :-P
Aktiviti ini juga menarik untuk dilakukan. Mungkin anda boleh melakonkan watak-watak racangan televisyen atau drama kesukaan anda. Tidak perlu terlalu lama, cukup sekadar 10 minit sudah mencukupi. Senaman atau tips ini membiolehkan anda untuk melatihkan diri dengan meletakkan diri anda di tempat orang lain.
Semoga 9 tips senaman menjadi genius ini berkesan kepada anda! Tips ini mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Jangan lupa untuk share atau like jika bermanfaat.
Kredit gambar Genius