Kehamilan adalah sebuah “pengembaraan” yang melibatkan pelbagai jalinan proses fisiologi kompleks dan detail, yang apabila dikaji dengan lebih mendalam, ianya membuktikan kebesaran Yang Maha Pencipta.

Banyak pengalaman ketika hamil sangat indah dan “precious”, tapi ada kalanya perubahan fizikal semasa mengandung sangat ditakuti ramai wanita, dan antara perubahan yang biasa berlaku adalah perubahan pada kulit.

#1: JERAWAT

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat yang lebih banyak dari biasa. Tahap hormon yang tinggi menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit kita lebih anjal.

Namun, terlalu banyak sebum akan memerangkap tisu kulit yang mati menyebabkan liang-liang muka tersumbat. Ini mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk. Kuman juga lebih mudah membiak pada liang yang tersumbat menyebabkan radang kulit dan pembentukan jerawat!

jerawat

hairextension-usa.com

JANGAN TAKUT! Tidak semua wanita hamil akan mengalami pertumbuhan jerawat yang “meriah’ ketika hamil.

SIAPA YANG LEBIH BERISIKO?

  • Wanita yang biasa mengalami pertumbuhan jerawat ketika haid
  • Wanita yang pernah mengalami jerawat yang teruk ketika zaman remaja

TIPS NAK ATASI?

#1 Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut sekurang-kurangnya dua kali sehari

Pastikan pencuci yang sesuai dengan kulit anda (contohnya, pencuci jenis gel lebih sesuai untuk kulit berminyak berbanding jenis lotion/cream

#2 Gunakan pelembap muka tanpa minyak

#3 Lapkan wajah selepas cuci menggunakan tuala bersih dengan menepuk lembut (‘dap’) muka, jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini boleh menyebabkan ia bertambah teruk.

#4 Jangan picit jerawat kerana ini meninggalkan parut degil selepas jerawat kering.

#5 Gunakan “water-based makeup” dan bukan “oil-based”

#6 Gunakan make up remover sebelum tidur

#7 Elakkan pelbagai jenis krim atau pelembap untuk jerawat kecuali atas nasihat doktor. Sesetengah krim/ubat seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil.

#8 Dapatkan nasihat Pakar Kulit/Dermatologist jika keadaan jerawat anda terlalu teruk.

BERITA BAIK!

Beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda biasanya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil

semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ibu yang lain

Penulis: Dr Hana

Seorang doktor, isteri & ummi. Bekerja di klinik ibu & anak, sangat meminati dalam bidang kehamilan, penyusuan bayi & kesuburan suami isteri.. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.