Baru sahaja mendapat cahaya mata yang pertama? Dan bayi pula kerap menangs? Jom fahami sebab bayi menangis.
Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga bayi yang baru lahir. Terutamanya untuk memahami maksud tangisan bayi. Perkara ini mungkin menjadi sedikit kesukaran kepada ibu bapa baharu.
Bayi anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk dirinya sendiri dan sangat bergantung kepada anda untuk menyediakan makanan, kepanasan dan keselesaan yang diperlukan kepada dirinya. Tangisan adalah merupakan cara utama bayi anda berkomunikasi dan ianya memerlukan tindak balas segera daripada anda.
Kadang-kadang sukar untuk memahami maksud tangisan ini. Tetapi dalam masa yang sama, anda akan mula pelajari untuk mengenali perkara yang diperlukan oleh bayi anda. Proses ini mungkin bermula sedikit perlahan pada awalnya.
Tetapi lama-kelamaan si bayi akan belajar cara-cara lain untuk berkomunikasi dengan anda. Pada proses tumbesaran inilah bayi anda akan lebih bijak dalam menggunakan mata, membuat bunyi dan tersenyum dan akhirnya mengurangkan keperluan untuk dirinya menangis untuk menarik perhatian.
Dalam pada itu, sebelum bayi baru lahir ini bijak dalam membuat hal di atas, mungkin ini maksud yang cuba disampaikan olehnya. Semoga anda dapat menafsir sebab bayi menangis:
Kelaparan adalah salah satu sebab yang paling biasa untuk bayi yang baru lahir menangis. Tips mudah untuk anda. Jika bayi anda menangis, besar kemungkinan dia sedang lapar.
Perut kecil bayi tidak mampu untuk memenuhi segala makanan. Jadi, bayi akan kerap menangis untuk meminta sedikit susu. Salah satu formula yang dapat digunakan untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan memberi si dia makan setiap 2 jam.
Jika usia bayi anda adalah kurang daripada lima bulan, dia mungkin menangis pada lewat petang dan malam. Ini adalah perkara biasa, dan tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Walau bagaimanapaun, semak jua dengan perkara lain.
Bayi anda sangat perlukan sentuhan. Si dia mahu dirinya banyak didukung, diberikan sentuhan fizikal dan beberapa tingkah-laku yang menghiburkannya.
Jadi si bayi mungkin akan menangis untuk memberitahu penyataan ini. Anda boleh cuba sedikit menggoyangkan dirinya dan menyanyi kepadanya ketika anda memegang.
“Tidakkah si dia akan menjadi manja dan mahu asyik didukung?”
Anda mungkin berasa bimbang tentang memanjakan bayi anda jika memegangnya terlalu kerap. Tetapi dalam beberapa bulan pertama hidupnya, perkara itu tidak benar sebenarnya. Bayi kecil sangat memerlukan banyak keselesaan fizikal. Dengupan jantung anda mampu membuat si bayi tenang dan selesa.
Selalunya, bayi mendapati dirinya sukar untuk tidur secukupnya. Terutamanya jika mereka benar-benar lebih-letih. Anda boleh pelajari isyarat tidur bayi untuk mengelakkan hal ini. Antaranya adalah seperti merengek dan menangis pada perkara yang sedikit, merenung ke angkasa atau senyap sahaja.
Namun jika bayi anda menerima terlalu banyak perhatian dan pelukan dari pengunjung, dia boleh menjadi terlalu dirangsang. Ini dia akan mendapati dirinya sukar untuk tidur.Membawa bayi anda ke tempat yang tenang untuk membantu dirinya tidur dan berehat.
Bayi anda mungkin benci berada dalam keadaan lampin yang berubah atau semasa dimandikan. Selain itu, elakkan memakai pakaian berlebihan pada bayi. Dirinya mungkin boleh berasa rimas kerana dek rasa terlalu panas. Bayi secara amnya perlu memakai sedikit tebal daripada anda untuk menjadi selesa.
Anda boleh menyemak sama ada keadaan bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasai perut. Jika perutnya berasa terlalu panas, keluarkan dirinya daripada selimut dan sebaliknya ketika idur. Jangan berpandukan tangan atau kaki bayi anda, kerana kaedah ini kurang tepat.
Perubahan pada lampin boleh menajdi salah satu sebab mengapa bayi menangis. Lampinnya mungkin telah basah kerana dirinya mungkin sudah membuang air kecil/besar di dalamnya.
Ataupun bayi anda kemungkinan menangis jika pakaiannya terlalu ketat. Oleh itu berikan keselesaan pada dirinya.
Berhati-hati dengan perubahan pada bayi anda. Jika dia kurang sihat, dia mungkin akan menangis dalam nada yang berbeza dengan tangisan yang biasa. Ia mungkin lebih lemah, lebih mendesak, berterusan, atau nyaring.
Selain itu anda akan dapati dirinya mungkin menangis lebih daripada kebiasaan, ini boleh menjadi satu tanda lagi bahawa dirinya tidak sihat.
Tiada siapa yang tahu dengan lebih baik keadaan bayi anda selain anda. Jika anda merasakan adanya sesuatu yang tidak kena dengan si dia, berjumpalah dengan doktor.
Demikianlah 7 sebab kenapa bayi menangis. Semoga selepas ini, tips yang dikongsi mampu membantu anda membuat tafsiran lebih baik terhadap tangisan bayi anda.
Mak ayah, jemput juga baca tulisan kami lain seperti jadual imunisasi bayi dan bayi tumbuh gigi.