Anda tidak merokok. Sepanjang pengetahuan anda, anda menjalani kehidupan yang sihat. Anda yakin anda tidak mengamalkan sebarang tabiat buruk dan tidak terdedah dengan perkara yang menjejaskan kesihatan, bukan?
Nanti dulu! Jangan terlalu yakin. Bukan merokok sahaja yang menjejaskan kesihatan. Tanpa kita sedar, perkara yang biasa kita lakukan setiap hari juga menjejaskan kesihatan. Lima tabiat buruk yang bakal dikongsikan dalam artikel ini merungkai betapa ia boleh menyebabkan anda terdedahkan pada bahan tercemar sama seperti bahan dalam asap rokok atau boleh membawa kepada penyakit kanser.
Walaupun anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan senaman yang kerap, duduk terlalu lama setiap hari boleh mendatangkan masalah pada kesihatan tubuh badan anda. Sama ada anda bekerja di pejabat, atau berkerja sebagai pemandu lori yang mewajibkan anda duduk sepanjang hari, ketahuilah ia sangat merbahaya.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Kanser di Kanada, duduk sepanjang hari berkait rapat dengan hampir 160,000 kes kanser payudara, kolon, prostat dan paru-paru setiap tahun! Lebih kurang 2 per 3 sama banyaknya dengan kanser yang disebabkan oleh tabiat merokok.
Betulkan tabiat anda: Jadikan tabiat untuk berehat sebentar untuk meregangkan badan ataupun cuba lakukan kerja dalam keadaan berdiri sekali kala supaya dapat mengurangkan duduk sepanjang hari.
Di hujung minggu, kurangkan aktiviti duduk sepanjang hari dan menonton televisyen dengan niat untuk berehat setelah penat kerja seharian. Pergilah berjogging atau berjalan di sekitar kawasan taman untuk relax, sibuk melakukan kerja-kerja rumah ataupun dating ke gym dengan orang yang tersayang.
Protein haiwan adalah kaya dengan IGF-1, iaitu sejenis hormon untuk pertumbuhan yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser dalam badan! Sebuah kajian yang dilakukan oleh University of Southern California mendapati bahawa individu yang suka mengamalkan diet kandungan protein haiwan yang tinggi pada pertengahan umur mempunyai kebarangkalian empat kali lebih tinggi untuk menghidap kanser berbanding mereka yang mengamalkan diet protein haiwan yang rendah – faktor risiko kematian yang hampir sama dengan hasil tabiat merokok.
Betulkan tabiat anda: Gantikan makanan bersumberkan protein haiwan dengan sumber makanan protein vegetarian. Kajian sama yang dilakukan turut mendedahkan bahawa diet yang mengandungi protein berasaskan tumbuhan seperti kekacang, yang mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan daging, tidak akan mencetuskan kadar kanser sama seperti daging.
Secara kasarnya, orang dewasa pertengahan umur sepatutnya mengambil 0.8 gram protein untuk setiap 1 kg berat badan anda setiap hari. Menariknya, kajian tersebut mendapati, sekiranya anda melebihi umur 65 tahun, memakan banyak makanan yang kaya dengan protein haiwan tidak lagi membahayakan kerana penghasilan IGF-1 dalam badan anda sudah mula menurun.
#3: Memasak menggunakan dapur gas
Hampir semua rakyat Malaysia menggunakan dapur gas untuk memasak. Berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan dapur elektrik, saya tidak begitu menggemarinya. Selain dari bil elektrik yang mahal, kami kerap terlupa menutup api dapur kerana tidak kelihatan pun api di atas dapur seperti dapur gas. Bahaya terutamanya untuk ibu bekerja yang terpaksa bertungkus lumus memasak dan melayan kerenah anak.
Tetapi tahukah anda, sekiranya ada menggunakan dapur gas untuk memasak, anda sekeluarga menyedut dos tambahan karbon monoksida, nitrogen dioksida dan formaldehyde setiap kali anda memasak! Campuran kesemua bahan tercemar tersebut adalah sama banyak dengan yang terkandung dalam asap rokok.
Betulkan tabiat anda: Jangan khuatir. Sekiranya anda menggunakan dapur gas, pastikan rumah anda dilengkapi vent hood di atas dapur anda. Dengan menggunakannya setiap kali memasak, anda dapat mengurangkan kadar udara tercemas sebanyak 60 hingga 90 peratus.
Tahukah anda, walaupun anda menggunakan dapur eletrik untuk memasak, anda masih terdedah dengan pencemaran ketika memasak. Kajian dilakukan terhadap restoran dan dapur di rumah mendapati bahawa suhu yang tinggi dengan menggunakan minyak soya, minyak sayuran atau shortening membebaskan sejenis zarah, aldehydes dan polycyclic hidrokarbon dan kesemua sebatian yang juga terdapat dalam asap rokok.
Betulkan tabiat anda: Pilih minyak masak yang bersesuaian dengan penggunaan anda. Sebagai contoh, minyak zaitun atau olive oil tidak elok untuk menggoreng atau memasak dengan suhu tinggi tetapi ia sangat sesuai untuk digunakan sebagai dressing untuk salad atau memasak dengan suhu yang rendah.
Minyak avocado pula sesuai untuk memasak dengan suhu yang tinggi. Dan jangan lupa, tukar selalu minyak anda. Jangan gunakan minyak tersebut untuk menggoreng berulang-ulang kali kerana selepas 2 kali penggunaan, ia akan bertukar menjadi racun dan meresap ke dalam makanan anda.
Penyakit kurang tidur yang kronik berkebarangkalian tinggi untuk mencetuskan tekanan darah tinggi, serangan jantung, obesiti, strok dan beberapa lagi penyakit serius yang lain.
Satu kajian lain mendapati bahawa tidak mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sehari boleh meningkatkan kadar kematian yang tinggi – hampir sama dengan kadar kematian perokok. Memperoleh kualiti tidur yang rendah juga boleh mempercepatkan pertumbuhan tumor.
Betulkan tabiat anda: Jangan anggap penat itu sesuatu yang normal. Sekiranya anda kerap berasa tidak cukup tidur, cuba dapatkan nasihat doktor untuk memastikan sama ada anda menghidap penyakit lain yang menyebabkan anda sukar untuk tidur seperti insomnia.
Semoga bermanfaat. Wassalam :)
Kredit gambar: Swiatoslaw Wojtkowiak, Kaustav Bhattacharya, Marguerite