Sebagai seorang yang bergelar bapa dan suami, pastinya anda menginginkan sesuatu yang terbaik kepada keluarga anda. Tugas seorang bapa tidaklah mudah dan tanggungjawab yang harus dipikul juga amat berat. Sebagai ketua keluarga juga anda perlu sentiasa peka terhadap apa yang berlaku di dalam keluarga anda.

Dengan bebanan yang dipikul ini juga kita perlulah menjadi seorang bapadan suami yang awesome. Ini kerana sebagai ketua keluarga anda pastinya akan memberi impak yang paling besar dengan suasana keluarga anda. Jika anda dapat menjadi seorang bapa dan suami yang awesome pastinya suasana keluarga anda juga akan menjadi lebih awesome.

Pada hari ini, kita akan berkongsi beberapa tips dengan anda tentang cara-cara mudah untuk menjadi seorang suami dan bapa yang awesome kepada keluarga anda. Semoga dengan tips ini suasana keluarga anda akan menjadi lebih ceria dan damai. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat tips-tips untuk menjadi seorang bapa dan suami yang awesome daripada Dr. Taufiq Razif.

5 Cara Mudah Nak Jadi Suami & Bapa Yang Awesome

5 cara nak jadi suami dan bapa yang awesome
Image via Facebook


1. Selalu jaga mulut di depan anak dan isteri walaupun sedang marah melampau

2. Tak berkira dengan duit bila melibatkan nafkah dan benda yang berfaedah

3. Kenal personaliti & perwatakan anak dan isteri. Lagi hebat bila si suami sendiri berminat nak belajar ilmu parenting & ilmu mendidik anak anaknya sendiri

4. Jadi ’emphatic listener’ pada pasangan dan anak anaknya sendiri. Tak terlalu cepat memberikan solusi dan sedia mendengar keluhan pasangan dan anak anaknya kerana hanya dengan mendengar pun ianya adalah satu terapi emosi


5. Tahu beza BONDING TIME & ME TIME. Masa me time tu boleh la nak bermain game dan handphone sekejap tapi jangan la sampai terabai perhatian kat anak isteri.

Jangan sampai ketika anak anak dah liar dipengaruhi oleh BONDING LUAR baru kita nak tersedar. Masa tu mungkin semuanya dah terlambat dah.

Artikel lain yang menarik:

Selain daripada artikel ini, terdapat beberapa lagi artikel buat anda. Jangan lupa untuk menyinggah disana ya! Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawak emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.