Kata orang, makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak. Masakan tidak, hal ini kerana penyediaannya lebih terjamin bersihnya. Tetapi, masalahnya, asyik ulang benda yang sama sahaja setiap hari. Bihun goreng, nasi goreng ataupun roti. Sudah tentu boleh menjadi bosan si anak itu.
Jadi disini kami kongsikan idea bekal anak ke sekolah yang telah dikongsikan oleh Puan Sue Aleen di laman facebooknya. Ohya, untuk mereka yang berminat dengan hasil karyanya dan berminat mendapatkan resepi ini, beliau turut menerbitkan buku mengenai hal ini.
Jika anda berminat, boleh sahaja lawati dan hubungi beliau Sue Aleen.
Jadi bagaimana ibu-ibu sekalian? Rasa bersemangat hendak bermula esok? Jangan lupa share dan like artikel ini. Sila kongsi kepada rakan dan saudara.