Pasangan yang belum hamil dan belum lagi berpeluang mempunyai cahaya mata digalakkan berjumpa dengan doktor untuk bertanyakkan tentang ujian kesuburan yang boleh diambil. Secara umumnya, terdapat 3 ujian kesuburan wanita yang boleh diambil wanita untuk menyemak tahap kesihatan kesuburan mereka. Manakala bagi sang lelaki, mereka hanya perlu melakukan 1 ujian mudah.
Bilakah wanita digalakkan untuk berjumpa dan mengambil ujian kesuburan? Masa terbaik adalah apabila pasangan yang telah berkahwin selama setahun dan telah mencuba beberapa kali untuk hamil tapi gagal.
Ujian ini adalah bertujuan untuk mengesan penyakit dalam sistem peranakkan. Menggunakan ujian ini, penyakit seperti fibroid, cyst, endometriosis dan lain-lain dapat dikesan.
Kos rawatan ini berbeza mengikut klinik. Kebiasaannya, ianya melibatkan kos sekitar RM50-RM300 untuk setiap sesi.
Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang mungkin kuncup atau tersumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Secara umumnya adalah untuk menyemak sama ada adanya sumbatan ataupun tidak pada fallopian. Ia akan dilakukan oleh pakar x-ray (radiologist) dan biasanya sejurus lepas beberapa haid; jika haid habis hari ke-7, maka presedur HSG biasanya dilakukan pada hari ke-9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.
Jika dilakukan selepas daripada itu, akan ada kemungkinannya cecair yang dimasukkan itu ‘membasuh’ benih yang telah bercantum.Biasanya kos ini agak sedikit mahal berbanding ujian ‘vaginal scanning’. Dianggarkan sekitar RM250- RM1000 bergantung kepada klinik. Dalam sesi rawatan ini, satu alat akan dimasukan pada pintu rahim dimana ubat cecair khas akan disuntikan terus ke rahim. Kebiasaannya 5 filem x-ray akan diambil untuk dibuat laporan tentang keadaan saluran fallopian.
Jika ujian HSG didapati normal dimana kedua-dua saluran terbuka, ini akan memberikan peratusan 30% pasangan akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan. Jika tidak, rawatan seperti membuka fallopian akan dibuat untuk membaiki masalah yang berlaku.
Ujian hormon biasanya adalah ujian tambahan yang dibuat untuk wanita yang kitaran haid tidak teratur. Contohnya seperti wanita yang mempunyai kitaran haid 3-4 bulan sekali. Wanita yang mengalami masalah gemuk/obesity juga dicadang untuk mengambilnya. Ujian ini adalah ujian darah yang bertujuan untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting. Tujuannya adalah untuk menyemak kemungkinan mengidap PCOS
Semoga ujian kesuburan ini membantu anda dan pasangan hamil.