Lama Ibu ingin menulis mengenai isu ini dan Ibu mengucapkan ribuan terima kasih kepada input yang telah diberi oleh ramai diantara anda mengenai isu ini.


remaja bercinta

Perasaan untuk mengenali antara satu sama lain adalah normal apabila usia meningkat [Psichika]


 

#1 Fahami Itu Adalah Perubahan Yang Positif

Pertama,sebagai ibu bapa, kita mesti memahami bahawa bila anak meningkat remaja mereka melalu perubahan di dalam badan mereka selain dari perubahan di badan fizikal mereka.

Perubahan hormon yang membawa bersamanya perasaan yang agak ganjil untuk dirasai oleh anak-anak remaja. Ada yang menakutkan mereka juga.

Perasaan untuk jantina lain mungkin lebih ketara. Ini adalah perubahan yang menyediakan mereka untuk alam dewasa dimana ini adalah semula jadi untuk perbiakan manusia di atas muka bumi ini.

#2 Menerapkan Prinsip Yang Tepat Sejak Awal

Apa yang ibu bapa perlu buat bukanlah semasa anak itu sudah remaja, tetapi jauh sebelum dia belum remaja. Anak itu telah diterapkan dengan nilai dan prinsip hidup yang menguatkan dirinya untuk membuat pilihan yang bijak terutama bila sampai masa perasaan itu datang.

Menidakkan perasaan itu bukanlah jawapan yang terbaik. Bila anak remaja anda didapati jatuh cinta, memarahi dia kerana jatuh cinta adalah lebih kritikal dan merosakkan dirinya dari anda membantu dia mengendalikan perasaan itu dengan baik.

Jika anda tidak pernah bercerita dengan anak-anak remaja anda semasa dia kecil akan kedatangan masa ini, maka ianya agak susah dan janggallah sedikit.

Jika anda sudah pernah bercerita, maka masa inilah untuk membawa kembali subjek yang merupakan teori sahaja selama ini menjadi sesuatu yang sekarang sedang dilalui secara praktikal.

Garis panduan diperkukuhkan. Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan perlu ditekankan dengan tenang dan tegas. Sebab musabab yang dia boleh terima mesti dibawa ketengah dan dipengaruhi pemikirannya dengan baik.

Perasaan jatuh hati kepada sesaorang adalah sesuatu yang mungkin payah untuk dihalang. Namun, kerana adanya perasaan kasih itu gunakanlah untuk menyediakan diri menjadi orang yang terbaik untuk layak memilik kasih orang yang dicintai. Rajin lagi belajar, bina ahlak mulia, bina hidup bermakna nanti bila masa yang sesuai binalah rumah tangga bahagia. Begitulah apa yang selalu ibu bapa bijak lakukan.

Mereka tidak memarahi anak mereka yang sudah jatuh cinta. Tidak juga menamakan ianya cinta monyet. Tidak melebelkan anak itu gatal dan miang. Malah mereka memimpin anak itu untuk menghala, mengeluarkan, channel tenaga kasih yang wujud itu ke arah yang membina dia, orang yang dia jatuh hati dan juga ibu bapa kedua-dua pihak.

Jangan lupa untuk senantiasa berdoa agar mereka diberi iman yang kuat untuk menghindar godaan syaitan.

#3 Binalah Talian Persahabatan Dengan Anak

Binalah pertalian yang membolehkan anak-anak remaja anda berasa selamat bercerita masalah mereka dengan anda. Bila ini terjadi mudah untuk anda memimpin mereka.

Bagaiman untuk membina pertalian itu? Mulakanlah meraih ilmu mengenai relationship, communication and leadership mulai sekarang, walaupun belum ada anak lagi.

Parenting is not something that we can take for granted. parenting builds a nation. What kind of nation and world do you want to have in 20 years from now, when your children are the human resource and the leaders then?

Semoga perkongsian ini membantu. Berkongsilah jika ianya bermanfaat.

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.