Kanser tulang boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Kebiasaannya, kanser ini terbentuk pada tulang kaki atau tangan.
Secara umumnya, Kanser terbentuk apabila sel membahagi tanpa kawalan dan membentuk tumor.
Terdapat beberapa jenis kanser tulang yang jarang diketahui oleh sebahagian besar masyarakat kita.
Hal ini kerana, kanser ini boleh dikategorikan sebagai kanser yang amat jarang ditemui.
Meskipun begitu, kanser tulang juga mampu membawa kepada kesan serius kepada pesakit jika kurang diberikan perhatian.
Pernahkah anda mengalami simptom-simptom seperti berikut?
Jika jawapan anda ‘Ya’ , segeralah dapatkan nasihat daripada pakar.
Ramai dalam kalangan pesakit tidak mengalami sebarang simptom.
Namun begitu, sesetengah pesakit akan menyedari kehadiran ketulan yang langsung tidak menyebabkan rasa sakit.
Kanser tulang terbahagi kepada beberapa jenis, berikut adalah jenis-jenis kanser tulang utama yang wajib anda ketahui!
Osteosarcoma.
Osteosarcoma atau osteogenic sarcoma adalah kanser tulang pertama yang paling biasa berlaku dan terbentuk bermula daripada sel tulang.
Kanser jenis ini kerap dialami oleh kanak-kanak dan golongan remaja dalam lingkungan 10 hingga 30 tahun pada tulang kaki atau tangan.
Osteosarcoma yang terbentuk di luar tulang yang dinamakan ‘extraskeletal osteosarcoma’ amat jarang ditemui.C
Chondrosarcoma
Chondrosarcoma adalah kanser kedua paling biasa berlaku dan terbentuk bermula pada sel rawan.
Kanser ini sering terjadi di bahagian pelvik, kaki atau tangan dalam golongan pertengahan usia dan warga emas.
Ewing sarcoma.
Tumor Ewing adalah kanser tulang primer yang ketiga paling biasa terjadi.
Kanser jenis ini selalu terjadi pada bahagian pelvik, kaki dan tangan dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda.
Ia juga lebih biasa berlaku dalam kalangan lelaki berbanding perempuan serta jarang berlaku pada golongan dewasa berumur lebih daripada 30 tahun.
Kebanyakan tumor Ewing terbentuk pada tulang, tisu dan organ lain.
Bagi kebanyakan kanser, penyebab sebenar masih belum dikenalpasti termasuklah kanser tulang.
Namun begitu, terdapat faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser tulang:
Sindrom genetik seperti Li-Fraumeni dan hereditary retinoblastoma boleh meningkatkan risiko menghidap kanser tulang
Penyakit ini kerap berlaku pada golongan dewasa
Pendedahan terhadap radiasi yang tinggi semasa rawatan radiasi untuk kanser juga boleh meningkatkan risiko kanser tulang.
Bagi penghidap kanser ini, terdapat beberapa rawatan yang sering digunakan.
Rawatan kanser tulang ditentukan berdasarkan jenis kanser yang dihidapi, tahap kanser serta keadaan kesihatan pada waktu itu.
Pembedahan
Pembedahan akan dilakukan untuk membuang ketumbuhan.
Pakar bedah akan menggantikan tulang yang hilang dengan tulang dari bahagian badan yang lain atau menggantikannya dengan bahan lain seperti besi atau plastik keras.
Kanser tulang yang besar atau terbentuk di kawasan yang sukar kemungkinan besar memerlukan pembuangan keseluruhan anggota (amputation).
Kini, rawatan seperti ini amat jarang dilakukan kerana terdapat alternatif yang lebih baik.
Jika ‘amputation’ terpaksa dilakukan, pesakit perlu memakai anggota palsu dan menjalani beberapa latihan untuk menyesuaikan diri.
Kemoterapi
Kemoterapi melibatkan pengambilan ubatan antikanser yang lazimnya melalui salur darah untuk membunuh sel kanser.
Rawatan ini lebih berkesan untuk jenis kanser tertentu seperti osteosarcoma dan ewing sarcoma.
Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan radiasi tertentu yang berkuasa tinggi seperti x-ray untuk membunuh sel kanser.
Terapi ini sering dijalankan sebelum pembedahan bagi mengecutkan sel kanser agar lebih mudah untuk dibuang.
Dengan cara ini, risiko untuk menjalani amputation boleh dikurangkan. Selepas pembedahan dilakukan, terapi radiasi dijalankan untuk membunuh baki sel kanser yang mungkin ada.
Pengetahuan tentang kanser tulang amat penting terutamanya dalam kalangan individu yang berisiko tinggi.
Setiap individu seharusnya lebih peka dengan perubahan fizikal masing-masing dan bertindak segera jika mengalami tanda-tanda yang telah dikongsikan.
Dapatkan nasihat daripada pakar dengan segera bagi meningkatkan peluang anda untuk sembuh dari sebarang jenis penyakit berbahaya.