Kita semua pun tahu, bonding sangat penting antara anak dengan emak ayahnya. Tanpa bonding yang bagus, macamana anak nak duduk dengan kita mengadap buku iqra’ sedangkan kartun favoritenya sedang ditayangkan di tv? Boleh – tapi muka monyok dengan muncung sedepa.

Bila anak dah mula berkawan dan bersekolah, macamana dia nak ceritakan tentang kawan-kawan dan apa yang mereka satu geng buat kalau – yang dia ingat hanya muka emak atau ayah yang garang?

Nak cerita pun cancel.

Soalnya bukan bonding itu. Sebab saya yakin, secara fitrah, setiap emak dan ayah yang waras memang inginkan hubungan yang baik, mesra, rapat dengan anak.

Tapi, di sinilah issue timbul

dad-and-child

more4kids.info

Hampir setiap hari kita sibuk. Kalau yang bekerja, pagi-pagi dah keluar rumah. Lebih awal dari burung keluar cari makan. Hari dah petang atau malam baru terpacul balik depan pintu rumah. Kalau yang berbisness, lagilah jangan cakap.

Itu satu. Lepas tu, bila dah sampai rumah, bukannya tenaga kita macam baru bangun tidur. Agaknya kalau dapat tilam dengan bantal, tak sampai 1 minit dah terlelap.

Agaknya lah. Sebab biasanya memang tak dapat pun nak jumpa tilam dengan bantal. Masuk-masuk rumah je, dapur dah melambai-lambai. Bawang dan sayur sudah tidak sabar untuk dipertemukan dengan ayam di dalam kuali. Berbakti untuk manusia yang kelaparan (dan kepenatan).

Zup zap zup zap, tau-tau dah pukul 10 malam. Anak pun dah ternguap-nguap sambil mata kuyu tengok tv. Dengan kita-kita sekali.

Habis tu, macamana nak bonding?

Memang betul, bonding boleh dilakukan sambil-sambil kita menyuapkan anak makan, peluk cium anak sebelum tidur, ketika hantar ke sekolah. Ataupun pada hujung minggu kalau takde jemputan kenduri kahwin, beli barang dapur, temujanji dengan kawan dan sebagainya.

Tapi, kan best kalau kita boleh bonding dgn anak, setiap hari. Diulangi, setiap hari. Sekejap tapi sangat berkesan. Kalaupun sebelum tu kita baru je marah anak sebab pecahkan pasu yang kita baru beli di Ikea, tapi dalam masa 10 minit anak dah mesra balik dengan kita macam baru lepas dapat hadiah.

Boleh. Macamana caranya?

Cara yang paling cepat dan berkesan ialah BERGURAU dengan anak.

Gurau ikut cara yang anak suka, apa yang buat dia terkekek ketawa gembira sampai habis nampak semua gusi.

Contohnya, anak-anak saya suka main kejar-kejar. Saya jadi dinasour. Sekali dinasour dapat tangkap, anak kena geletek.

Memang tak kering gusi dibuatnya.

Dapat bergurau 10 minit pun dah cukup untuk menghilangkan rindu anak pada kita yang sepanjang siang tadi tak jumpa. Cukup untuk menghilangkan sedih tadi kena marah. Cukup untuk buat anak mesra dengan kita.

10 minit, tapi kesannya sangat extreme.

Mampu untuk menggembirakan hati anak-anak kita dan buat mereka tahu, yang walaupun kita sibuk dengan macam-macam tugasan, kita sangat sayangkan mereka.

Penulis: Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.