Bila kita marah berlebihan anak-anak kita, cuba selami diri anda, adakah kerana betul anak-anak itu bersalah seteruk yang dimarah dan dihukum?

Selalunya, ini terjadi kerana kita takut yang tidak berpatutan. Atau kerana kita berasa marah kepada sesaorang. Atau kerana kita benci kepada seseorang. Atau kerana kita khuatir perkara buruk yang mungkin boleh menimpa anak kita.

Contoh 1

Marah anak bila anak tidak pandai belajar. Pukul kepala, rotan bagai. Keluar kata-kata yang tidak baik

ibu marahdetakjeng.com

Mengapa?

Mungkin kerana sayang sangat pada anak, takut dia bodoh sampai ke tua dan tidak dapat hidup bagai manusia lain

Atau

Mungkin, apa kata orang lain, bila anak asyik corot. Kasihan pada anak. Kasihan pada diri sendiri juga atau mungkin semasa kita kecil, kita pun dimarahi seperti itu dan sekarang kita menjadi seorang yang tiada keyakinan.

FEAR, FEAR, FEAR, takut kepada yang belum terjadi.

  • F – False
  • E – Evidence
  • A – Appearing
  • R – Real

Takut anak bodoh sampai tua, Takut orang kutuk. Takut cikgu denda berlebihan. Takut kalah dengan kawan, sebab anak dia pandai. Takut mak kata tak pandai jaga anak takut, takut, takut

Sayang, itu hanya mainan di kepala. Ia bukan kejadian lagi. Ianya hanya movie di minda.

Ketahuilah movie di minda anda, ANDALAH directornya. Oleh itu jadilah director yang membina diri anda dan orang di sekeliling anda.

Bila anak susah nak faham pelajaran. Tarik nafas dan kuatkan movie dalam minda itu. Movie apa? Movie anda mengajar anak anda dengan baik, dan lihat mukanya gembira kerana dia sudah faham.

Tak jadi macam tu pun Ibu.

Memanglah tak jadi, sebab tak percaya dan tak bersedia. Yang tidak percaya itu lebih besar dari yang percaya. Jadilah seperti kereta yang bergerak tapi handbrake on.

Janganlah buat sekali jer. Ia mesti dilakukan dengan yakin dan dengan sungguh-sungguh.

Buat berkali-kali setiap hari, sebelum tidur, bangun tidur, selepas solat, semasa berdoa, semasa menghantar anak ke sekolah, latih minda kita. Kuatkan movie yang anak anda senang faham bila diajar dan suka belajar.

anak belajarmajalahfahma.com

Allah itu Maha Pengasih. Dia mentadbir alam ini dengan Hukum Alam yang tidak berubah-ubah. Dan hukum alam ini bertindak ke atas semua ciptaanNya.

berdoakolam.abatasa.co.id

The Law of Attraction dan The Law of Deliberate Creation, adalah diantara hukum alam itu. Ia mengatakan bahawa, kita akan menarik ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan selalu kita fikirkan. Kita mencipta kejadian perkara yang paling banyak kita fikirkan.

Jika yang paling banyak movie di dalam minda itu ialah suami curang, anak pemalas, hidup penuh masalah, maka kita mengundang perkara itu menjadi kenyataan.

Kadang-kadang, kita tidak sedar pun kita berfikiran begitu. Namun, kalau kita berada di dalam environment begitu, dengar lagu begitu, tengok tele-novella begitu, baca novel-novel begitu, siap nangis lagi maka ia wujud di dalam minda di bawah sedar kita. Ia menjadi semakin kuat untuk termanifestasi di dalam fizikal.

Kata Imam Al-Ghazali; Bila ada sebuah pemikiran di dalam minda dan dikuatkan dengan kusyuk di dalam hati, maka akan wujud satu molekul di alam fizikal. Jika berkali-kali maka molekul itu menjadi benda yang kita nampak sebagai realiti.

Lagi satu, kata-kata terlafaz dan tidak terlafaz seorang ibu dan bapa kepada anak-anak mereka adalah merupakan DOA. Maka lafaz dan tidak lafazlah perkataan yang baik-baik. Jika ter, jika ter lafaz atau terfikir yang tidak baik, cancel cancel dan minta berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Oleh itu sebelum anda hendak marahkan anak dan ini memerlukan anda mendisiplinkan diri anda: Lakukan ini

  • Tarik Nafas
  • Tukar Posisi Badan
  • Beristighfar
  • Minta Perlindungan Dengan Allah Supaya Bertepatan Tindakan
  • Timbangkan Dengan Sebaik Yang Boleh

Tapi susahlah nak buat ni semua. Automatik saja terus marah!

Maka jawapan kepada yang mengeluh begitu

Sayang nak bagi syaitan kawal diri sayang ke senantiasa dan sampai bila-bila?

Bangunlah dari suntikan jarum syaitan dan beristigfarlah. Kita boleh kendalikan diri kita dan berusahalah, kerana Allah kasih kepada mereka yang berusaha memperbaiki diri mereka.

“Allah tidak akan mengubah nasih sesuatu kaum itu sehingga mereka menggubah apa yang ada di dalam diri mereka.”

(Ar-Rad:11)

Semoga kita ambil kembali kemudi hidup kita.

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.