Jepun terkenal dengan sikap dan disiplin masyarakatnya yang sangat bagus. Sekalipun negara Jepun maju dan moden, tetapi anda pasti tidak sangka bahawa terdapat banyak tempat menarik di Jepun merupakan senibina antik yang sangat cantik dan mengkagumkan.

Percaya atau tidak, kebanyakan pelancong yang bercuti di Jepun, sangat teruja untuk melihat sendiri ketinggian budi dan budaya masyarakat Jepun.

Selain itu, mereka juga ingin melihat bagaimana kemodenan masih boleh mengekalkan ciri budaya asli masyarakat Jepun yang unik. Cukup dengan 2 tempat iaitu Tokyo dan Kyoto, anda boleh melihat dan belajar tentang budaya Jepun dengan lebih dekat.

 

Tokyo

1) Shinjuku Gyoen National Garden

Imej via japan-guide

Shinjuku Gyoen National Park antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat 3 konsep taman yang berbeza iaitu French Garden, English Garden dan Japan Garden. Taman ini siap dibina pada tahun 1906, iaitu pada era Meiji.

Kecantikan taman ini semakin menyerlah pada bulan April kerana dapat menikmati keindahan bunga sakura yang mekar berkembang. Pada musim luruh pula, pokok-pokok ini akan berubah warna kepada kuning keemasan.

 

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00pagi – 4.00petang)

Bayaran: 200 Yen

Lokasi: 11 Naitomachi, Shinjuku, Tokyo 160-0014, Japan

 

2) Sensoji Temple

Imej via japan-guide

Sensoji Temple merupakan sebuah kuil Buddha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple adalah kuil tertua di Tokyo. Selepas anda memasuki pintu utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), anda akan melalui laluan yang penuh kedai cenderahati di kiri dan kanan anda. Laluan ini dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (5.00pagi – 6.00petang)

Lokasi: 2 Chome-3-1 Asakusa, Taitō, Tokyo

 

3) Tokyo Disneyland Dan Disneysea

Imej via idntimes

Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Taman Tema Disneyland Tokyo tidak banyak beza dengan Taman Tema Disneyland di California, Florida dan Hong Kong. Tetapi, istimewanya di Tokyo, terdapat Disneysea iaitu taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut.

Landskap di kedua-dua taman tema ini sangat comel dan menarik. Banyak aktiviti dan permainan yang anda boleh lakukan di sini. Sambil bermain, anda juga boleh bergambar sepuas hati di sini.

 

Waktu Operasi: Berbeza-beza mengikut tarikh. Pastikan anda cek di lama web rasmi Diesneyland & Disneysea Tokyo sebelum berkunjung. (https://www.tokyodisneyresort.jp/en/tdr/calendar/)

Bayaran: Dari 4800 Yen

Lokasi: 1-1 Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture 279-0031

 

4) Shibuya 

Imej via fastjapan

Bandar Shibuya terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia. Ia dikenali sebagai Shibuya Crossing. Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya.

Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu tuannya pulang dari kerja di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari. Walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia, Hachiko masih setia menunggu tuannya di stesen kereta api menunggu tuannya.

 

Lokasi: Shibuya-ku, Tokyo

 

5) Tokyo Camii & Turkish Culture Center

Imej via hatobus

Menurut sejarah, selepas bermulanya pemerintahan Soviet Rusia pada tahun 1917, segelintir komuniti Turki bermigrasi ke Tokyo. Komuniti Turki yang datang ke Jepun disambut baik oleh masyarakat dan banyak membantu mereka dari segi sosial dan ekonomi.

Pada tahun 1938, Tokyo Camii dibina dan dijadikan sebagai pusat aktiviti umat Islam. Reka bentuk masjid terbesar di Jepun ini cukup indah dengan seni binaan timur tengah.

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak info tentang masyarakat Turki di Jepun, anda boleh singgah ke Turkish Cultural Centre yang terdapat di sini.

 

Lokasi: 1-19 Oyamacho, Shibuya, Tokyo

 

6) Meiji Shrine

Imej via japantraveladvice

Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Meiji Shrine adalah antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.

Walaupun Meiji Shrine terletak di tengah kesibukan kota Tokyo, tetapi kawasa kuil ini terpisah dengan kemodenan bandar Tokyo. Kuil ini masih tenang dan kaya dengan tumbuhan hijau semulajadi.

 

Lokasi: 1-1 Yoyogikamizonocho, Shibuya, Tokyo

 

7) Asakusa

Imej via tokyocheapo

Walaupun Tokyo sebuah bandar yang moden dan maju, tetapi masih ada kawasan yang dikekalkan ciri klasiknya. Anda boleh menyelami kehidupan masa lalu masyarakat Jepun yang juga digelar zaman Edo Jepun ini dengan melawati Asakusa.

Pekan Asakusa dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan antik, dari cenderamata hinggalah ke pakaian. Selain meriah dengan jualan barangan antik, Asakusa juga turut terkenal dengan pelbagai sambutan festival tahunan seperti festival yang sering diadakan pada setiap bulan Mei iaitu Festival Sanja.

 

Lokasi: Asakusa, Tokyo

 

8) Samurai Museum

Imej via soranews24

Pahlawan Jepun terkenal dengan gelaran Samurai. Samurai idak lengkap tanpa pedang pahlawannya. Nak lihat pedang-pedang ini secara live, anda boleh melawat Samurai Museum yang terletak di Shinjuku-ku, Tokyo. Muzium ini terbahagi kepada dua bahagian, tingkat bawah muzium ini terdapat kedai yang menjual cenderahati serta ruangan pameran perisai yang disusun mengikut zaman iaitu dari zaman Muromachi (1336-1573) hinggalah ke zaman Edo (1600-1868).

Di tingkat pula terdapat pelbagai jenis pameran yang terdiri daripada pameran pedang samurai, helmet kabuto, perisai yoroi, senapang dan banyak lagi. Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh melihat demonstrasi pedang Samurai yang diadakan 4 kali sehari, mengikuti kelas kaligrafi, ataupun, anda boleh cuba memakai perisai Jepun. Pasti ia jadi pengalaman yang cukup rare bagi anda sepanjang bercuti di Tokyo.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30pagi – 9.00malam)

Lokasi: 2-25-6 Kabukicho Shinjuku-ku, Tokyo 160-0021 Tokyo

 

9) The National Art Center

Imej via pinterest

The National Art Center keluasan 14,000 meter persegi. The National Art Center Tokyo merupakan tapak pameran yang terbesar di negara Jepun. Tema pameran di sini sentisa berubah-ubah. Oleh itu, bagi anda yang mencintai seni, sebelum melawat The National Art Center, pastikan anda cek di laman web rasmi untuk mengetahui leboh terperinci pameran yang sedang berlangsung.

 

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (10.00pagi – 5.30petang)

Lokasi: 7 Chome-22-2 Roppongi, Minato, Tokyo

 

10) Tokyo City View Observation Deck (Roppongi Hills)

Imej via justgola

Ingin melihat keindahan bandar Tokyo? Tokyo City View Observation Deck adalah tempatnya. Antara tarikkan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.

Kalau anda mempunyai bajet yang lebih, anda bolehnaik terus ke Sky Deck untuk pemandangan langit malam yang dipenuhi bintang.

 

Waktu Operasi: Ahad – Khamis (10.00pagi – 11.00malam) | Jumaat & Sabtu (10.00pagi – 1.00pagi)

Bayaran: 1800 Yen | Skydeck 500 Yen

Lokasi: 6 Chome-10-1 Roppongi, Minato, Tokyo

 

Kyoto

11) Arashiyama Bamboo Forest

Imej via flickr

Arashiyama Bamboo Forest merupakan laluan yang dipenuhi dengan pokok buluh yang sangat cantik. Arashiyama Bamboo Forest ini asalnya dibina untuk kegunaan maharaja Jepun beristirehat. Ada bukit menghala ke arah sungai. Dari puncak bukit, anda akan dapat lihat air sungai itu kehijau-hijauan. Di dalam taman ini juga ada beberapa kuil yang digunakan untuk berdoa mahupun sembahyang.

 

Waktu Operasi: Setiap hari

Lokasi: Sagaogurayama Tabuchiyamacho, Ukyo-ku, Ukyo, Kyoto

 

12) Kimono Forest

Imej via glisteningsheen

Kimono Forest menempatkan tiang berbentuk silinder berketinggian 2 meter yang di dalamnya diletakkan kain kimono yang pelbagai corak. Terdapat hampir 200 batang tiang dengan 32 corak kimono yang berbeza-beza. Idea menghiasi jalan ini dengan tiang berisi kimono ini sangat unik. Selain daripada menghidupkan kawasan stesen tram lama di sini, secara tidak langsung, Jepun memperkenalkan keunikan fabrik kimono mereka kepada para pelancong.

 

Lokasi: 35-16 Sagatenryuji Tsukurimichicho, Ukyō-ku, Kyoto

 

13) International Manga Museum

Imej via 2ponderful

Inilah syurga bagi pencinta manga Jepun. Di sini, anda boleh baca komik Jepun sepuas hati. Muzium ini ibarat perpustakaan yang menyimpan koleksi komik Jepun dari tahun 1970-an hingga kini. Terdapat lebih 300 ribu komik Jepun yang anda boleh pilih untuk khatam. Bagi pencinta manga Jepun, sudah pasti seharian masa di sini tak cukup untuk anda habiskan.

 

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (10.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: 800 Yen

Lokasi: Karasuma-dori Oike-agaru, Kyoto

 

14) Kiyomizu-Dera Temple

Imej via taleofgenji

Maksud Kiyomizudera adalah Tokong Air Jernih. Naman tokong ini diberi kerana ia terletak berdekatan dengan Air Terjun Otowa. Pada asalnya ia merupakan tokong agama Buddha yang tertua, Hisso yang dibina pada tahun 780M. Disebabkan senibina tokong ini yang antic, Tokong Kiyomizudera diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.

Selain daripada melihat senibina antic tokong ini, anda juga dapat menikmati pemandangan indah pokok sakura serta pokok maple di sini.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: 400 Yen

Lokasi: 294 Kiyomizu 1-chome, Higashiyama Ward, Kyoto

 

15) Philosopher’s Walk

Imej via jw-webmagazine

Kenapa jalan ini diberi nama Philospopher’s Walk? Kerana, jalan ini dahulunya menjadi tempat seorang ahli falsafah yang terkenal Jepun, Nishida Kitaro bermeditasi setiap kali menuju ke Universiti Kyoto. Jalan sepanjang 2km ini dihiasi dengan pokok bunga sakura di kiri kanan jalan. Pemandangan di sini sangat cantik dan mendamaikan. Mungkin jika anda duduk bermeditasi di sini, anda juga boleh mendapat ilham dan idea yang hebat seperti ahli falsafah tersebut.

 

Lokasi: Sakyo-ku | between Ginkaku-ji and Nyakuoji-jinja, Kyoto

 

16) Fushimi Inari-Taisha Shrine

Imej via all-free-photos

Fushimi Inari-taisha Shrine merupakan sebuah Tokong Shinto di selatan Kyoto. Tarikan utama tokong ini adalah gerbang torii yang mengelilingi ruangan pejalan kaki yang terletak di belakang bangunan utama tokong.

Laluan yang dipenuhi dengan gerbang torii di kiri kanan jalan. Laluan ini akan membawa anda menuju ke Gunung Inari yang terletak 233 meter dari kawasan tokong. Setiap gerbang ini disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan individu yang mana nama mereka diabadikan pada tiang-tiang gerbang.

 

Lokasi: 68 Fukakusa Yabunouchicho, Fushimi-ku, Kyoto

 

17) Arashiyama

Imej via nihonwardbound

Arashiyama adalah tempat bersantai para bangsawan pada zaman kuno Jepun antara 794M hingga 1185M. Kawasan ini sangat cantic dipenuhi dnegan pokok bunga sakura yang menjadi bunga kebangsaan Negara Jepun.

Di Arashiyama terdapat jambatan Togetsukyo yang terkenal dengan keindahan pokok bunga terutama pada musim luruh dan musim bunga. Pastikan anda bergambar di sini untuk kenang-kenangan anda.

 

Lokasi: Togetsukyo, Saga, Ukyō-ku, Kyoto

 

18) Katsura Imperial Villa

Imej via wikipedia

Katsura Imperial Villa merupakan sebuah taman yang sangat antik yang dibina pada tahun 1645. Dahulunya, ia merupakan tempat tinggal keluarga Katsura yang merupakan keturunan diraja Jepun. Kalau anda ingin melawat villa ini, anda perlu menempah lawatan di pejabat Imperial Household Agency yang terletak di sini, jangan lupa untuk membawa pasport anda sekali.

 

Waktu Lawatan: Isnin – Jumaat (8.45pagi – 5.00petang)

Lokasi: Katsuramisono, Nishikyo Ward, Kyoto

 

19) Nijo Castle

Imej via travelcaffeine

Istana ini dibina pada tahun 1603. Ia merupakan tempat tinggal Tokugawa Ieyasu, seorang shogun pada zaman Edo (1603-1867). Istana ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1994. Istana lama ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, ruangan Honmaru yang merupakan bulatan pertahanan utama, ruangan Ninomaru bulatan pertahanan yang kedua dan bahagian yang terakhir adalah kawasan taman yang mengelilingi kedua-dua pertahanan ini.

Anda dapat lihat bagaimana seni bina istana Kyoto pada zaman dahulu melalui Nijo Castle.

 

Waktu Operasi: Setiap hari (8.45pagi – 5.00petang)

Bayaran:  600 Yen

Lokasi: 541 Nijojocho, Nakagyo Ward, Kyoto

 

20) Gion

Imej via travelcaffeine

Geisha adalah salah satu bidang pekerjaan bagi wanita yang sinonim dengan negara Jepun. Mereka ini adalah pelayan dan pekerjaannya dihormati dalam kalangan masyarakat Jepun. Di daerah Gion, Kyoto, anda dapat melihat banyak kedai, restoran dan rumah teh Jepun yang menyediakan pelayan tradisional Jepun, Geisha.

 

Lokasi: Gionmachi, Higashiyama-ku, Kyoto

 

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Jepun yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

 

 

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.