Jom cuba resepi puding roti karamel ini. Pasti tidak menyesal menjadikannya sebagai pencuci mulut.
Makanan pencuci mulut boleh dikatakan menu kegemaran ramai dan jika ada majlis keraian, pencuci mulut adalah menu yang wajib ada buat hidangan para tetamu. Kebiasaannya, menu pencuci mulut ini terdiri dari kek, puding, kuih-muih ataupun buah-buahan. Tabiat orang kan, apabila dah habis makan, mesti nak ada sesuatu yang manis-manis untuk dikunyah sebagai penutup santapan makan-makan.
Anda suka puding tak? Haa sebenarnya jika puding dihidang, menu inilah yang paling laku sebab puding ini rasanya manis tapi tidak muak. Ambil sepotong, pasti nak lagi. Lagi-lagi jika puding dihidang semasa masih lagi sejuk. Rasa nikmat yang amat sangat! Sekarang, pelbagai versi puding telah dicipta untuk memberi kepuasan rasa kepada si pencinta puding.
Salah satu puding yang famous adalah puding roti. Tahu tak, puding roti sahaja telah dipelbagaikan oleh masyarakat kita dengan beberapa jenis versi. Itu baru puding roti, bukan lagi puding-puding yang lain. Puding roti semestinya lah asas bahannya perlu ada roti. Ada yang jenis kukus, ada juga yang jenis bakar. Jadi terpulang pada jenis puding dan citarasa masing-masing.
Hari ini kami akan kongsikan resepi puding roti berkaramel dari saudari Zura Zul di Facebook. Biasanya, kita selalu makan puding roti atau puding karamel biasa je kan, kali ini jom try gabungan dua puding ini, jadilah ia puding roti berkaramel yang umph! Satu lagi versi ialah puding roti berkaramel coklat yang dikirim oleh saudari Wan Ruzita Wan Deraman di Facebook. Selamat mencuba ya!
2 sudu besar gula
Masak dlm loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan. Jadikan gula hangus tapi jangan hangus sgt
Gula dah cair, ratakan dalam Loyang. Ketepikan
20g agar-agar bertali
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
Masak agar2 bersama air hingga larut agar2
Kemudian, masukkan gula. Kacau2 rata dan perlahankan api
5 keping roti gardenia.. Carik2kan
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu besar tepung kastard** bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna pilihan. Resepi ini guna pewarna ungu, pink & kuning
Blender bahan di atas kecuali tepung kastard hingga hancur halus
Tuang ke dalam periuk agar2 tadi. Besarkan api semula dan kacau2 rata
Masukkan tepung kastard. Kacau sebati hingga mendidih dan tutup api.
Ambil 2 cawan agar2 tuang ke dalam loyang berkaramel tadi. Biarkan sedikit beku.
Lebihan agar2 tadi bahagi kpd 3 bekas sama banyak. Warnakan ungu, pink & kuning
Tuang agar2 ungu atas agar2 yg sedikit beku perlahan2 hingga habis. Kemudian warna pink dan seterusnya warna kuning
Kena buat dgn cepat ye, tapi cermat sebab puding roti ni cepat beku/keras
Kalau adunan warna yg belum tuang macam nak beku, panaskan sekejap atas api perlahan ye bagi cair semula
Tunggu beku/sejuk baru simpan dalam peti sejuk
Selepas 2 jam, bolehlah telangkupkan puding tu dalam pinggan/alas yg rata. Potong ikut suka dan sedia untuk menikmatinya..
3 sudu besar gula (utk dibuat gula hangus)
5 keping roti
4 biji telur
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
Esen vanilla
2 sudu serbuk coklat
Buat gula hangus dulu kemudian isi dalam loyang dan ketepikan
Carikkan roti dalam bekas dan rendam dengan susu cair
Kemudian blender telur, susu pekat, esen vanilla dan roti yang direndam dengan susu tadi
Dah siap blend, bahagikan kepada dua bekas
1 bekas letak serbuk colat
Kukus yang warna asal dahulu dalam loyang gula hangus tadi selama 20 minit
Dah masak, tuang dan kukus yang coklat pula selama 30 minit lagi
Dah masak, sejukkan dan terbalikkan atas pinggan
Sejukkan dalam peti ais lebih sedap
Selain resepi puding roti karamel ini, terdapat banyak lagi resepi yang menarik yang patut anda cuba. Sila lihat kesemua resepi kami di blog ini ya dan juga lupa untuk LIKE dan SHARE!