Tak tahu nak beli hadiah apa untuk ibu, selalunya benda yang sama sahaja! Apa lagi yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu?
Hadiah untuk ibu sama ada hadiah hari lahir atau hari ibu, tidaklah sukar untuk dicari jika anda tahu apa yang sesuai diberikan. Tidak semestinya hadiah untuk ibu adalah hadiah yang mahal, mewah dan barangan berjenama. Anda boleh mendapatkan hadiah yang menarik mengikut bajet anda.
Jangan risau kerana ia tidak mahal, sesungguhnya nilai sesuatu pemberian dan barang tersebut lebih tinggi di mata ibu anda. Jom lihat antara hadiah yang boleh anda berikan kepada ibu anda.
Pasu bunga sesuai dijadikan hadiah untuk ibu memandangkan ibu suka bercucuk tanam atau menghias rumah. Mereka boleh gunakannya sebagai hiasan rumah. Mungkin ia adalah benda yang telah lama mereka idam-idamkan.
Telekung adalah salah satu hadiah untuk ibu sebagai lambang kasih sayang. Mereka pasti terharu menerima hadiah telekung daripada anda, apatah lagi telekung itu sangat selesa dan cantik untuk mereka pakai. Sebagai contoh, telekung Siti Khadijah sangat dikenali ramai dan boleh anda hadiahkan kepada mereka.
Hadiah untuk ibu sangat menarik adalah rantai ibu dan anak yang boleh dicantumkan. Sama ada ia silver, emas dan sebagainya, rantai ini tetap menarik hati para ibu dan pasti mereka akan menyimpannya. Anda boleh memakainya bersama ibu anda sebagai tanda kasih sayang dan kekeluargaan.
Tak perlu yang mahal-mahal jika tidak mampu, cukuplah emas korea sahaja. Hadiah untuk ibu ini boleh dijadikan kegunaan mereka pada bila-bila masa. Pakai duduk rumah pun mereka akan pakai. Set barang kemas seperti anting-anting dan rantai sudah memadai.
Terkejut mak bila orang datang rumah hantar suprise delivery, bunga berjambangan dengan coklatnya lagi. Itulah sebabnya anda boleh hadiahkan jambangan bunga dan coklat kepada ibu. Hadiah untuk ibu ini pasti buatkan si ibu tersenyum gembira sepanjang hari.
Kerusi malas bukan sahaja sesuai untuk ayah, tetapi boleh juga dijadikan hadiah untuk ibu. Kerusi malas dapat menenangkan ibu tatkala berehat setelah menyiapkan kerja rumah seharian. Lihat sahaja di Lazada, pasti banyak kerusi malas pilihan anda yang cantik dan menarik!
Ibu pasti gembira melihat tupperware baru yang anda hadiahkan. Set tupperware yang cantik, bewarna-warni dan mudah digunakan adalah idaman para ibu. Tak perlu lagi mereka beli yang baru memandangkan anda sudah jadikan tupperware sebagai hadiah untuk ibu.
Beg tangan yang sesuai untuk para ibu adalah yang bersaiz besar. Namun, tak salah jika nak beli yang sederhana saiznya dan berstyle. Sudah lama ibu tak bertukar beg, jadi inilah masa sesuai untuk anda belikan beg tangan untuk ibu anda.
Bantal yang tertulis perkataan ibu atau sesuatu yang sesuai untuk ibu boleh anda jadikan hadiah. Sama ada mereka akan tidur bersama atau ibu akan meletakkan bantal tersebut dibiliknya atau ruang tamu untuk hiasan, tidak menjadi masalah. Bantal ibu ini merupakan hadiah yang sangat romantis untuk seorang ibu.
Perfume atau minyak wangi adalah hadiah terbaik untuk ibu memandangkan ibu anda sudah lama tidak beli minyak wangi yang baru. Pilihlah wangian yang sangat lembur, harum dan tidak menyakitkan hidung. Mereka akan menggunakannya ke mana sahaja mereka pergi.
Apa kata anda tukarkan jam tangan ibu anda kepada jam tangan yang baru? Pasti ibu terkejut, maklumlah ada lagi anaknya yang ingat akan lengannya yang lama tidak bergaya dengan jam. Belilah jam yang eksklusif, berwarna keemasan atau silver untuk lebih cantik dan profesional.
Pasti seronok ibu menerima hadiah tudung dari anaknya. Kaum ibu-ibu memang suka buat koleksi tudung dan selendang. Anda boleh jadikan selendang atau tudung yang belum pernah mereka beli sebagai hadiah untuk ibu.
Dompet wanita yang panjang dan agak besar adalah idaman semua wanita. Anda boleh mencari dompet yang bewarna pastel dan tidak terlalu terang. Sekiranya ibu anda meminati warna merah dan hitam, tidak menjadi masalah membelikan dompet warna tersebut untuk mereka. Penting sekali, ia harus cantik dan berkualiti.
Banyak jenis cadar katil yang cantik dan romantik. Ibu pasti suka jika anda hadiahkannya cadar yang baru. Sudah lama bertukar cadar yang biasa, anda boleh berikan cadar yang lebih empuk dan gebu sempena menghargai pengorbanan ibu.
Telefon bimbit yang lebih elok dan baik daripada telefon bimbit ibu sebelum ini boleh dihadiahkan. Mungkin sudah lama ibu menggunakan telefon bimbit sekarang dan belum mampu untuk tukar yang baru. Anda boleh jadikan hadiah ini sebagai kejutan buat mereka.
Jika anda ada masa, belilah tiket wayang dan hadiahkan kepada mereka. Anda tontonlah wayang bersama mereka., ia juga adalah ruang dan masa untuk anda habiskan bersama ibu anda. Ataupun, belikan tiket wayang untuk ibu dan ayah anda!
Itulah dia 16 hadiah untuk ibu yang sesuai dberikan dalam bajet rendah dan tinggi mengikut kemampuan anda. Pasti ibu seronok menerima hadiah yang diberikan oleh anda. Jemput baca buah yang baik untuk ibu hamil, cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.