Selulit adalah lemak yang terkumpul pada satu bahagian badan, terutamanya pada perut, peha, punggung dan lengan. Sebagai seorang wanita, selulit adalah satu mimpi ngeri. Jom kami kongsikan petua hilangkan selulit yang boleh anda amalkan.
Sebelum itu, apa kata kita kenal-pasti dulu apakah punca berlakunya selulit. Di antara punca selulit ialah:
Usah risau. Anda boleh hilangkan masalah selulit dengan cara:
Selulit terjadi disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Oleh itu, cara terbaik untuk menghilangkan selulit ialah dengan cara menurunkan berat badan. Kebiasaannya, selulit akan hilang seiring dengan penurunan berat badan. Semakin banyak berat badan yang hilang, semakin kurang selulit pada tubuh badan anda.
Diet seimbang merupakan cara hilangkan selulit yang kedua. Pengambilan kalori yang berlebihan dalam diet seharian mengundang selulit. Kalau anda nakkan badan yang cantik tanpa selulit, mulai hari ini sila amalkan diet yang seimbang.
Apabila anda rajin bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif, secara automatik selulit akan hilang. Apabila anda rajin bersenam, toksin dalam badan akan keluar melalui peluh. Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, selulit berlaku disebabkan toksin yang terkumpul pada lapisan kulit.
Apabila anda rajin bersenam, toksin tak sempat untuk berkumpul dibawah kulit. Makanya, selulit anda juga akan hilang. Bersenam juga membantu menurunkan berat badan. Untunglah, selulit hilang berat badan pun turun.
Makanan pedas menghasilkan toksin yang akan berkumpul dalam kelenjar lemak. Toksin yang terkumpul akan memusnahkan kolagen dalam kulit lalu menyebabkan berlakunya selulit. Oleh itu, kalau anda jenis yang sukakan makanan pedas, bolehlah kurangkan sedikit pengambilan makanan pedas untuk mendapatkan kulit bebas selulit.
Duduk terlalu lama akan menganggu peredaran darah lalu menyebabkan selulit berlaku. Oleh itu, elakkan daripada duduk terlalu lama. Sekiranya pekerjaan anda memaksa anda untuk duduk setiap masa, jangan lupa untuk bangun setiap 30 minit. Berjalan keliling pejabat sebelum duduk semula.
Tak sangka kan, tekanan perasaan pun boleh jadi punca selulit. Pada zaman serba moden ini, stress dan tekanan perasaan merupakan perkara yang tak boleh dielakkan. Namun anda boleh berusaha untuk mengurangkannya. Ingat ye, kurang stress bermakna kurang selulit.
Selain mengurangkan stress, anda juga perlu pastikan diri anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari. Bukan handphone sahaja yang perlu dicaj setiap hari, tubuh badan anda pun sama. Dapatkan rehat secukupnya, pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, secara automatik masalah selulit juga akan berkurangan.
Anda penggemar kopi dan teh? Perasan tak, makin banyak anda minum kopi makin banyak selulit pada tubuh badan anda. Oleh itu, kalau nak hilangkan selulit, anda perlu kurangkan pengambilan kafein. Satu cawan sehari dah memadai.
Selain kafein, anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian sekiranya anda ingin mengurangkan selulit pada tubuh badan. Apabila anda kurangkan pengambilan gula, berat badan anda juga akan berkurangan. Menarik, kan!
Seperti gula, pengambilan garam yang berlebihan dalam diet seharian juga bukanlah perkara yang baik untuk tubuh badan. Taknak selulit pada badan? Kurangkan garam dalam makanan. Kalau anda nak selamat, boleh tukar garam biasa kepada garam bukit yang jauh lebih sihat.
Makanan berminyak juga merupakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan selulit pada badan anda. Mengurangkan makanan berminyak bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah ia juga membantu menghilangkan selulit.
Siapa yang tak suka makan makanan segera? Ianya bukan sahaj murah malah memudahkan kehidupan seharian. Lapar tapi malas nak masak? Boleh telefon makanan segera untuk penghantaran ke rumah. Anda dalam perjalanan, berasa lapar tapi malas nak berhenti, masuk saja ke drivethru dan pesan makanan kegemaran.
Semua orang tahu kesan buruk makanan segera kepada kesihatan namun ianya sangat susah untuk dielakkan. Jika anda tak dapat berhenti dari memakan makanan segera, sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan. Kalau selama ni anda makan makanan segera 3 kali seminggu, mulai hari ini boleh kurangkan kepada sekali seminggu sahaja.
Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang wajib anda makan setiap hari kalau nak hilangkan selulit.
Salah satu punca selulit ialah ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan. Untuk menghilangkan selulit, anda perlu menyeimbangkan semula hormon tersebut. Minyak omega-3 membantu menyeimbangkan hormon dalam tubuh badan sekali gus menghilangkan selulit.
Itulah dia 14 cara untuk menghilangkan selulit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang makanan untuk diet, cara kuruskan badan dan petua rambut gugur.