Berfikir-fikir untuk membeli permainan untuk anak?
Sering buntu mainan jenis apa yang patut dibeli?
Bagaimana membuat pilihan dalam membeli mainan anak terutamanya yang membantu dalam perkembangan mereka?
Ikuti 10 tips ini apabila ingin membeli sesuatu permainan buat anak-anak supaya dapat merangsang perkembangan bahasa mereka.
Bayi pada tahap ini sedang melalui fasa perkembangan kemahiran motor dan deria mereka. Mereka juga mula belajar tentang sebab dan akibat.
Activity Board ini akan membolehkan mereka merasai kesan yang terjadi apabila mereka menyentuh sesuatu objek.
Kenalkan nama objek-objek disekeliling bayi untuk membantu perkembangan bahasa mereka.
Pada umur ini, kemahiran penyelesaian masalah semakin meningkat. Antara mainan yang sangat sesuai untuk bayi anda ialah shape sorter dan stacking rings.
Galakkan interaksi dua hala semasa bermain seperti “Ini segitiga”, “Segitiga ini berwarna merah” dan seterusnya untuk stimulasi bahasa anak.
Permainan ini amat sesuai untuk pretend play buat anak kecil. Adalah amat digalakkan ibu bapa turut terlibat sama semasa bermain untuk mengalakkan komunikasi dua hala.
Permainan ini sangat bagus untuk pengenalan anggota badan manusia dan aksi yang berkaitan kepada anak.
Mereka juga boleh bermain olok-olok (pretend play) seperti menyuap makanan, memandikan dan menidurkan Mr. Potato itu sambil ‘bersembang’ dengannya. 😊
Membina dan mereka bentuk sebuah rumah anak patung mengalakkan kombinasi pelbagai kemahiran bermain anak. Mereka akan menunjukkan pelbagai aksi dan kita akan dapat mendengar perkembangan bahasa anak-anak pada fasa umur ni.
Penggunaan frasa dan kombinasi ayat-ayat dapat dikembangkan seperti “Saya letak kerusi disini ibu” dan “Saya telah memberi susu kepada bayi ini” semasa bermain doll house seperti ini.
Anak-anak memang gemar bermain olok-olok bukan? Mereka akan berimaginasi untuk menjadi doktor, polis, ahli bomba dan lain-lain.
Set kelengkapan permainan doktor boleh juga dibeli oleh ibu bapa untuk mengalakkan anak-anak berimaginasi dan berkomunikasi semasa bermain.
Lakonkan watak doktor dan pesakit untuk mewujudkan interaksi dua hala semasa bermain. Cara ini mampu membantu anak-anak untuk menambah lagi kosa kata mereka.
Permainan blok sangat berkait rapat dengan imaginative play. Dengan menggunakan blok-blok ini, anak-anak akan membentuk set permainan olok-olok mereka sendiri seperti rumah, zoo dan sekolah semasa bermain.
Bagaimana permainan ini boleh menggalakkan perkembangan bahasa anak? Mudah sahaja!. Contohnya, ibu bapa boleh kenalkan anak-anak dengan barang-barang yang terdapat di dalam rumah seperti meja, kerusi, televisyen dan lain-lain.
Bagi anak-anak yang telah mahir bertutur, tambah kosa kata mereka seperti “Meja ini warna hitam”, “Kerusi ini ada enam”, dan “Televisyen ini berbentuk segi empat”. Mudah bukan?.😊
Kanak-kanak akan terdedah dengan banyak karakter hasil ekplorasi persekitaran di sekelilingnya. Mereka akan berminat untuk melakonkan watak-watak seperti cikgu, doktor atau superhero yang sering dilihat oleh mereka.
Secara tidak langsung, mereka akan mencipta pelbagai dialog yang berkaitan semasa bermain seperti “Murid-murid hari ini kita akan belajar ABC” semasa melakonkan watak seorang guru.
Selalunya kanak-kanak menggunakan bahasa tertentu dalam set yang mereka cipta sendiri seperti suasana dalam rumah, hospital atau sekolah.
Alatan tambahan seperti playdoh, krayon dan warna air dalam mereka cipta persekitaran ‘olok-olok’ ini mampu menambah tema atau karakter yang bakal dicipta, sekaligus memperbanyakkan lagi kosa kata buat mereka.
Pada peringkat ini, kebanyakkan kanak-kanak telah memasuki alam persekolahan. Mereka gemar akan permainan yang mencabar daya pemikiran mereka.
Permainan seperti dam ular, scrabble dan monopoli sangat bagus untuk mengasah kemahiran menyelesaikan masalah anak-anak.
Perkara yang paling penting apabila mendedahkan mereka dengan permainan seperti ini ialah mampu mengalakkan interaksi sosial antara kanak-kanak yang bermain bersama-sama.
Fitrah anak untuk bermain. Namun, adalah penting untuk memastikan permainan itu dapat menyumbang kepada perkembangan mereka secara optimum. Jadilah ibu bapa yang bijak dalam memilih. 😉
Sumber: Communicare Therapy Center