Sesuai dengan peredaran masa, tidak dapat dinafikan anak-anak kita hidup di zaman teknologi yang berkembang pesat. Penggunaan teknologi dan pemberian gajet pada masa kini tetap ada pros and cons buat anak-anak.
Jika kita menggunakan sesuatu kemudahan itu dengan baik, sudah pasti kita dapat manfaatnya. Sebaliknya, jika kita menyalahgunakan sesuatu kemudahan itu, pasti banyak mudarat yang mendatang.
Salah satu medium teknologi yang menjadi kegilaan semua pelayar internet ialah youtube. Saluran youtube tidak asing lagi dalam kehidupan kita, klik sahaja video apa yang dimahukan, semuanya tersedia ada. Baik dari pendidikan, kerohanian, filem atau drama, semuanya pasti tertera.
Mari kita lihat manfaat saluran youtube kepada anak-anak kita yang memberikan informasi yang terbaik dalam proses pembelajaran mereka.
Jom ikuti 10 saluran youtube yang bermanfaat ini:
Melalui saluran ini anak-anak berpeluang mengeksplorasi dunia pelbagai jenis hidupan haiwan.
Terdapat tema tertentu dalam seminggu yang boleh diikuti seperti:
Video-video yang ditayangkan sudah pasti akan mencetuskan pelbagai persoalan dari minda anak-anak kita dek kerana teruja dengan pelbagai informasi yang dipaparkan.
Berminat dengan sains?. Ini adalah saluran yang menarik untuk anak-anak mempelajari dunia sains yang sangat meluas ini!
Antara topik yang dibincangkan ialah lapisan bumi, kesan rumah hijau, hidupan laut dan banyak lagi.
Jangan lupa untuk subscribe saluran ini ya😉.
Sangat sesuai sebagai aktiviti pengukuhan kemahiran membaca buat si anak. Saluran ini mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonik yang sangat mudah difahami.
Memaparkan video-video yang penuh warna-warni dan animasi yang menarik yang pasti dapat menarik minat dan membantu dalam proses membaca mereka.
Selamat datang ke dunia seni yang penuh warna-warni!
Saluran ini memaparkan pelbagai teknik untuk belajar melukis yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Antara teknik yang boleh dipelajari ialah bagaimana untuk melukis ikan duyung, watak permaisuri dan beberapa watak kartun seperti hello kitty.
Lagi saluran yang mendedahkan anak-anak kepada dunia sains. Pelbagai eksperimen sains yang menarik ditunjukkan menerusi saluran ini yang mudah untuk dilakukan oleh kanak-kanak di sekolah atau di rumah.
Antara eksperimen yang boleh diikuti ialah:
Bukan setakat anak-anak sahaja yang teruja, ibu bapa juga pasti seronok dapat mencuba pelbagai aktiviti sains yang menarik ini.😁
Dunia haiwan memang sangat luas. Terlalu banyak fakta tentang hidupan haiwan ini yang kita tidak ketahui. Melalui video-video inilah kita boleh belajar pelbagai perkara seperti:
Pelbagai informasi yang bermanfaat boleh didapati di saluran ini. Memang terbaik!.
Saluran ini menceritakan segalanya tentang sains. Antaranya, memberi informasi tentang alam semesta yang menakjubkan, perubahan cuaca yang berlaku di dunia dan evolusi hidupan.
Banyak fakta sains yang dikongsikan dalam video-video di saluran ini. Memang akan membuat kita teruja untuk mengetahui tentang fenomena yang berlaku di sekeliling yang tanpa kita sedar.
Dunia sains memang penuh dengan misteri. Layari saluran ini untuk mendalaminya dengan fakta-fakta yang sangat menarik!.
Ingin mengetahui fakta tentang ini:
Mari ikuti saluran ini, pelbagai persoalan ini pasti akan terjawab. Tambahan lagi, anak-anak pasti teruja mengetahui informasi ini.
Saluran yang sangat sesuai untuk pelajar, guru dan ibu bapa yang mencari bahan-bahan yang menarik dalam proses pembelajaran.
Guru-guru boleh menayangkan video-video yang terdapat di dalam saluran ini kepada para pelajar sewaktu di dalam kelas.
Para pelajar pula boleh menggunakan saluran ini untuk mengulangkaji pelajaran dan ibu bapa boleh mencari pelbagai idea untuk homeschooling anak di rumah.
Pastinya, saluran ini sangat bermanfaat untuk semua penonton.
Sama juga dengan saluran Art Hub, anak-anak juga boleh mempelajari pelbagai teknik dalam seni lukis menerusi video yang ditayangkan.
Bagi yang mempunyai minat dalam dunia seni, medium ini sudah pasti sangat membantu mereka untuk mengasah bakat melukis.
Anak-anak boleh belajar bagaimana untuk melukis buah-buahan, watak kartun dan pelbagai jenis haiwan.
Sangat menarik bukan senarai saluran youtube di atas?. Namun, sekali lagi ditegaskan, jika kita menggunakan teknologi dengan baik, maka banyaklah kita dapat manfaatnya. Jika kita menggunakannya dengan salah, maka banyaklah keburukannya.
Pemantauan daripada ibu bapa sangat diperlukan bagi mengawasi anak-anak supaya teknologi itu digunakan dengan sebaiknya.
Selamat Menonton!
Sumber: Ikuti Puan Rohayati Romli di laman facebook beliau untuk idea homeschooling yang menarik.