Anda ingin makan di Kenny Rogers? Tetapi malas untuk keluar rumah?

Apa kata anda cuba memasak sendiri di rumah dengan Resepi Ayam Bakar yang confirm sama rasanya macam Kenny Rogers! Tidak perlu keluar rumah. Hanya perlu ke dapur! Dengan menggunakan kos yang rendah dan mampu milik, anda mampu untuk memastikan seisi keluarga anda kenyang sampai menjilat jari.

Bahan bahan yang digunakan pula memang confirm ada di dalam peti sejuk anda. Apa tunggu lagi. Ayuh mencuba sendiri keenakan ayam bakar air tangan sendiri!

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Salimah Olie dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Ayam Bakar

Imej via Facebook

Ok, dah selesai makan. Kita share resepi ayam bakar ala kenny rogers. Walaupun sebenarnya saya sendiri tak pernah makan kenny rogers tu. Hahaha. Boleh la kot ye ?

Bahan Bahan

Seekor ayam (saya belah 4 bahagian)

Bahan A :

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa apa je. saya guna life.
  • garam 1 sudu teh
  • gula 1 sudu makan
  • air 100ml

(Blend semua bahan diatas)

Bahan B :

  • 2 sudu madu
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Cara Cara Memasak

  1.  Campurkan semua bahan A & B.
  2.  Kemudian, lumurkan pada ayam.
  3.  Wrap dan perap 1@2jam dalam chiller. Kalau perap 4 atau 5 jam lagi best.
  4.  Bakar dalam oven (suhu 220 selama 1 jam) atau atas pemanggang ajaib.

Selamat Mencuba

Resepi Ayam Lain yang Menarik

Selain resepi ayam bakar, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

  • Resepi Ayam Percik
  • Resepi Ayam Masak Kicap
  • Resepi Ayam Masak Halia

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.