Untuk kali ini Ibu hanya hendak memfokus kepada apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk mengelak anak-anak dibuli.

Anak Dibuli

#1 Sering memantau anak-anak di sekolah. Kita letakkan kepercayaan kepada sekolah, tetapi kita berwaspada dan memantau.

#2 Jika anak suka berdiam diri dan nampak bermasalah, kaji puncanya.Selalunya mereka jadi begini kerana mereka dibuli.

#3 Jika duit anda sering hilang. Kemungkinan besar anak anda di Pau memang ada. Oleh itu selidik secara lembut dahulu, ikut dan pantau dia.

#4 Jika anak mengadu dibuli, jangan sibuk nak suruh anak jadi macho. Macamana dia nak macho tanpa petunjuk. Jika betul hendak anak menjadi kuat dan macho, tunjukkanlah cara yang betul!

#5 Jika anak balik dengan lembam-lembam dan luka-luka itu sudah masuk tahap kritikal dan perlu diambil tindakan serius. Jika sekolah tidak mengambil tindakan yang betul, pindahkan anak ke sekolah lain segera. Kerana sistem di sekolah itu tidak lagi berupaya melindungi anak anda.

Sepatutnya kes buli ini jika sudah dikenal pasti perlu diambil tindakan yang serius agar anak-anak yang membuli ini boleh belajar menjadi pelajar yang baik. Perbincangan yang serius perlu berlaku dan tindakan yang serius perlu diambil.

#6 Anak-anak yang membuli ini jangan sekadar memberi hukuman kepada mereka, mereka ini memerlukan tunjuk ajar untuk hidup sebagai manusia yang baik. Mereka mungkin tidak dapat tunjuk ajar itu di rumah dan di tempat tinggal mereka. Ya, cuma sekolah sahajalah harapan kita untuk mendidik anak-anak ini.

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.