Kalau suami bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran, sila minta pelayan bawakan menu yang ada di restoren itu. Jangan buat apa-apa pesanan selagi si isteri telah selesai membelek menu tu.

tips rumah tangga bahagia
samedresorts.com

Sekiranya restoran itu yang pertama kali dia masuk, dia akan tanya pelayan akan semua jenis makanan yang ada dalam menu itu. Suami sabor je..

Sekiranya restoren itu sudah biasa baginya, dia akan mencuba makan lain pula. Orang lelaki lain, kalau dah suka makanan itu, itulah makanan yang dia pesan setiap kali masuk ke restoren itu. Terus pesan tak perlu tengok menu.

Tetapi TIDAK bagi wanita. Mesti tengok dulu walaupun akhirnya pesan makanan yang sama dengan yang lalu.

Wahai suami, sekiranya isteri telah memesan makanan itu, sila JANGAN pesan makanan yang sama. Pilihlah yang lain. Sebab nanti setelah anda makan separuh. Dia akan minta untuk rasa makanan yang anda sedang makan itu. Dia juga akan “offer” untuk anda rasai makanan yang dihadapannya. Jamahah sedikit untuk hiburkan dia.

Isteri rasa happy kerana malam itu dia bukan sahaja kenyang, malah dia dapat berkongsi makanan bersama suami tersayangnya. “Sharing is Caring”

Selamat mencuba tips rumah tangga bahagia ini.

Penulis: Pak Utih

Pak Utih merupakan pakar mengenai perbezaan lelaki dan wanita. Beliau banyak berkongsikan tips-tips mengenai perhubungan di blog beliau. Selain itu beliau juga sibuk dalam mengendali kursus tentang tips membina keluarga bahagia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.