Cerita-cerita rakyat sebenarnya banyak mempengaruhi cara kita berfikir. Terutama jika cerita itu tidak dibawa pengajarannya ke-arah sesuatu yang membangunkan diri.
Malah disebabkan kefahaman yang terhad, cerita-cerita rakyat yang bertujuan mengajar kita tersalah difahami lalu menjadi penghalang pula untuk kita berjaya.
Contohnya cerita Mat Jenin. Cerita Mat Jenin bukan mengatakan kita tidak boleh berangan-angan, cerita itu menekan jangan HANYA berangan-angan dan tidak menjadikan angan-angan itu berkembang menjadi passion dan membakar semangat yang kemudiannya akan melahirkan usaha gigih. Itulah mesejnya.
Namun, ramai sangat yang mengambil pengajaran dari cerita itu separuh jalan sahaja. Jadi apa yang diambil ialah, jangan Berangan….inilah masalahnya!
Ketahuilah semua yang wujud di atas dunia fizikal ini bermula di dalam angan-angan sesaorang. Cuma ianya tidak dinamakan angan, ia dinamakan idea kreatif. Namun, ianya tetap gambaran yang dilihat berkali-kali di dalam minta sesaorang itu.
Kalaulah Steve Jobs tidak berangan-angan mahu membuat laptops ni,computer mungkin masih besar dan Ibu tak dapat menulis kepada anda kecuali di office.
Begitu juga telefon, kapal-terbang malah rumah yang anda diami. Bukankah ianya merupakan angan-angan anda pada suatu ketika dahulu, nak settee macamana dan sebagainya.
Masalahnya ialah bukan anak-anak itu suka berangan. Masalahnya ialah orang dewasa yakni ibu bapa, guru dan penjaga yang cepat sangat melabel anak itu asyik berangan dan tidak belajar.
Masalahnya juga kerana orang dewasa itu belum pandai menyalurkan kebolehan anak itu berangan supaya angan-angan itu membentuk passion yang kuat yang membakar semangat anak itu untuk melakukan sesuatu usaha menjadikan apa yang dia nampak di mindanya dizahirkan di dunia fizikal ini.
Datuk Nicole David, pernah berangan-angan menjadi World Class Champion for Squash.Ibu nak tanya, adakah ini masih angan-angan lagi atau sudah menjadi kenyataan?
Oleh itu para Ibu bapa bekerjasamalah dengan para guru menyalurkan kebolehan berangan-angan di dalam diri anak-anak itu untuk menjadi suatu kenyataan yang membangunkan dirinya dan dunia.
Jika ada sesiapa komplain anak anda suka berangan-angan, maka katakan kepada orang itu. Syukur, anak saya berpotensi merealisasikan sesuatu yang hebat kerana dia sudah nampak di mata mindanya