Sebagai ibu bapa kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Bukan sahaja dari segi makan minum, pakaian dan tempat tinggal tetapi adab anak-anak terhadap kita dan orang sekeliling juga perlu diambil berat.
Kelakuan anak-anak mencerminkan bagaimana kita sebagai ibu bapa mendidik mereka di rumah. Jika mereka diberikan contoh yang baik maka baiklah kelakuan mereka dan juga sebaliknya. Anak-anak ini bagaikan satu kain putih di mana kita sebagai ibu bapalah yang perlu mencorakkanya.
Pada perkongsian kali ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang perlu dielakkan jika kita tisak mahu anak kita menjadi biadap. Kita boleh sama-sama mencuba dan menjadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak kita. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat tips-tips untuk mengelakkan anak kita menjadi biadap daripada Dr Taufiq Razif.
5 Perkara Perlu Dielakkan Jika Tidak Mahu Anak Jadi Biadap
Bagi gajet tanpa batasan.
Saya perasan anak-anak zaman sekarang ini bukan biadap kerana mereka jahat tetapi mereka biadap kerana kurang interpersonal skill.
Setiap hari nak kita duduk dihadapan skrin telefon pintar dan kawan alam maya mereka sehingga skill mereka melayan orang luar menjadi tumpul.
Disebabkan itu menjadikan mereka kelihatan biadap, padahal bukan kerana mereka jahat tetapi mereka tidak tahu cara hendak bergaul disebabkan oleh interpersonal skill mereka yang lemah.
Bergaduh di hadapan anak.
Apabila sedang beremosi, kadang kala kita lupa ada mata yang memerhati.
Kita sering lupa anak kita ini ibarat CCTV terhebat di dunia. Mereka akan rakam semua yang mereka lihat dan apabila sampai masanya mereka akan mempraktikkan apa yang mereka lihat.
Sering mengabaikan anak-anak.
Antara penyebab anak menjadi biadap adalah kerana mereka kurang ’emotional connection’ dengan ibu bapa.
Walaupun kita berada 1 meter sahaja daripada anak kita tetapi fikiran kita menerawang beratus-ratus kilometer daripada anak-anak kita.
Mereka mahu rasa didengari, diperahati, disayangi barulah perlahan-lahan sifat empati dalam diri mereka akan berkembang dengan sempurna.
Anak yang tinggi sifat empati ini tidak akan sanggup biadap terhadap ibu bapanya sendiri.
Marah anak secara melampau.
Semasa anak berumur 0 sehingga 1 tahun mereka berada di fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust Vs Mistrust.
Pada masa ini mereka belajar untuk percaya kepada ibu bapa. Jika pada masa ini kita telah ‘break trust’ mereka dengan marah secara melampau tanpa kawalan emosi maka rosaklah perkembangan anak kita.
Akhirnya anak kita menjadi perengus, suka melenting, sensitive dan keras kepala.
Kita cuma focus IQ anak-anak sehingga tidak mengasah EQ mereka.
Terkadang ibu bapa tersangat fokus hendak anak cerdik otak (IQ) dengan skor peperiksaan tetapi terlepas pandang kepentingan anak cerdik emosi (EQ).
Maka lahirlah anak-anak yang bijak otaknya tetapi miskin budi pekerti, keras hati, tidak bertimbang rasa, biadap dan tidak memahami.
*Kita perlulah memberikan didikan yang terbaik sejak dari kecil lagi kepada anak-anak kita sepadan dengan peribahasa yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bolehlah kita praktikkan perkara yang bermanfaat kepada anak-anak kita supaya mereka dapat menjadi seorang yang berdisiplin dan beradab di masa hadapan.
Dengan perkongsian ini, diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak ibu bapa diluar sana supaya sama-sama kita dapat mendidik anak dengan baik dan tidak menyesal dikemudian hari.
Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.
Artikel lain yang menarik:
Terdapat juga artikel-artikel lain yang menarik tentang kekeluargaan yang boleh anda baca disini. Jangan lupa untuk baca artikel yang telah kita kongsikan di bawah ini. Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.