Jodoh pertemuan adalah kerja Tuhan. Tugas manusia adalah mempertahankan perkahwinan yang telah dibina. Setiap pasangan yang berkahwin mahu kekal sehingga ke akhir hayat. Sayangnya, tidak semua perkahwinan itu akan berjaya seperti yang dirancangkan. Kini ramai wanita terpaksa melalui tempoh iddah setelah sah bercerai.

Image via : Islam Detik Ini

Angka kes penceraian semakin hari semakin meningkat. Ada yang bercerai disebabkan sikap curang terhadap pasangan dan ada juga yang bercerai berpunca dari campur tangan pihak yang ke tiga.

Iddah Adalah Berbeza Mengikut Jenis Penceraian

Jenis iddah ada beberapa jenis. Ianya berbeza mengikut jenis penceraian. Jenis penceraian terbahagi kepada DUA (2) iaitu:

  • CERAI HIDUP
    Cerai Hidup bermaksud seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya di dalam keadaan suaminya masih hidup. Perempuan yang telah bercerai hidup ini seringkali di sebut dengan jolokan JANDA.
  • CERAI MATI
    Cerai Mati pula membawa maksud si perempuan tersebut telah bercerai disebabkan oleh kematian suami tercinta. Dalam erti kata lain, cerai mati adalah apabila seorang perempuan itu menjadi BALU.
    Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa keberadaan suaminya.

Setiap Perempuan Yang Bercerai Wajib Melalui Tempoh Iddah

Image Via : hijaislame

Di dalam Islam, setiap perempuan yang bercerai wajib melalui tempoh iddah. Tujuan Iddah ini dikenakan adalah untuk memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin. Ini bagi mengelakkan rasa ragu terhadap nasab sebenar anak sebelum berlakunya perkahwinan baru dengan lelaki yang lain.

Iddah turut terbahagi kepada DUA (2) iaitu :

  • IDDAH RAJ’IE
    Iddah Raj’ie masih membolehkan seorang lelaki itu untuk merujuk semula dengan wanita yang telah diceraikannya. Tetapi Iddah Raj’ie ini hanya untuk talak satu dan dua sahaja. Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah.
  • IDDAH BAIN
    Iddah Bain sama sekali tidak membolehkan mana-mana lelaki untuk merujuk semula dengan isterinya melainkan dengan akad nikah yang baru. Iddah Bain merangkumi Talak Tiga, Lian, Fasakh, Khuluk (Tebus Talak), Ila’ dan Isteri yang belum disetubuhi. Isteri yang berada dalam iddah Bain dan tidak hamil berhak mendapat tempat tinggal. Yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah.

Tempoh Iddah Bagi Seorang Wanita Yang Telah Bercerai Hidup dan Mati

Tempoh iddah untuk wanita yang bercerai hidup dan mati adalah berbeza.
Terdapat TIGA keadaan bagi perempuan yang bercerai masa hidup. Manakala tempoh iddah bagi perempuan yang kematian suami pula ada DUA.

TEMPOH IDDAH UNTUK WANITA YANG BERCERAI HIDUP

  1. perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali suci haid.
  2. perempuan yang belum datang haid atau belum cukup umur atau telah putus haid, tempoh iddahnya adalah 3 bulan.
  3. perempuan yang mengandung, tempoh iddahnya adalah sehingga dia melahirkan anak tersebut.

TEMPOH IDDAH BAGI WANITA YANG KEMATIAN SUAMI

  1. Bagi perempuan yang tidak mengandung, iddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari.
  2. Bagi perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak.

Antara Larangan Untuk Wanita Yang Sedang Di Dalam Iddah

1. Menerima Khitbah
Seorang wanita yang baru saja ditalak suaminya, atau ditinggal mati, ketika masa iddah itu dia tidak boleh menerima ajakan atau lamaran (khitbah) dari seorang lelaki lain.

2. Menikah
Kalau sekedar menerima lamaran saja diharamkan, maka tentu saja bila menikah lebih diharamkan lagi. Seorang wanita yang dicerai suaminya atau ditinggal mati, harus menunggu sampai masa iddahnya selesai terlebih dulu sebelum berkahwin semula.

3. Keluar Rumah 
Seorang wanita yang sedang menjalani masa iddah diwajibkan melakukan apa yang disebut dengan mulazamtu as-sakan (ملازمة السكن). Artinya adalah selalu berada di dalam rumah, tidak keluar dari dalam rumah, selama masa iddah itu berlangsung.

4. Berhias 
Seorang wanita yang sedang dalam masa iddah dilarang untuk berhias. Di antara kategori berhias itu adalah seperti menggunakan alat perhiasan seperti emas, perak atau sutera. Menggunakan minyak wangi dan sebagainya.

Penceraian Semakin Berlaku Umpama Sebuah Trend Di Akhir Zaman

Bercerai mati sememangnya sudah tidak dapat diubah ketentuan. Walaupun sedih tetapi soal ajal maut tidak dapat dibuat apa. Masalahnya, semakin hari semakin banyak kes cerai hidup yang telah difailkan. Bercerai akibat curang juga semakin menjadi-jadi. Yang akan menerima tempias akibat perpisahan pastinya anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut.

Hargailah pasangan dan kenanglah juga segala susah payah tika bersama sejak dulu hingga kini. Untuk apa diturut kata hati. Rumahtangga mana tak dilanda ujian. Perkahwinan mana tak diuji Allah SWT. Tetaapi itu tidak bermakna segalanya hanya boleh selesai dengan kaedah penceraian semata-mata.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.