Bakat adalah sesuatu perkara di mana semua orang pasti ada. Sama ada bakat dalam pelajaran, bakat bermain alat muzik, bakat menyanyi dan bermacam-macam lagi. Bakat ini tidak boleh dipaksa kerana ia terjadi dengan kehendak dan keinginan diri sendiri.

Maka ibu bapa tidak digalakkan untuk memaksa anak untuk pandai sesuatu perkara tanpa kerelaan anaknya. Ramai ibu bapa yang tidak tahu bagaimana hendak tahu bakat anak-anak. Terdapat 3 teknik mudah dan asas untuk ibu bapa boleh lakukan. Apakah teknik tersebut ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 teknik mudah untuk tahu bakat terpendam anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

3 Teknik asas untuk tahu bakat anak

teknik tahu bakat anak
Imej via Bidadari.my

Ini juga salah satu cara untuk cari ‘passion’ anak anak. Ada 3 teknik mudah untuk cari ‘passion’ anak anak kita.

1- Observe

Tengok apa anak kita minat- tanya apa anak kita suka- dengarkan bila anak kita bercerita tentang apa yang mereka minat.

2- Encourage

Jangan mudah mengkritik minat anak- jangan perlekehkan minat anak walaupun kelihatan remeh- banyakkan pujian dan kata kata positif.

3. Exposure

Berikan anak kita peluang untuk teroka minat mereka sendiri. Jangan paksakan minat kita pada anak anak kita. Bawa anak anak kita merasai pelbagai pengalaman baru dalam hidup mereka.

Mak ayah semua WAJIB TAHU :

  • Dalam setiap anak kita ada genius yang unik dan terpendam.
  • Genius setiap anak berbeza beza dan tidak sama.
  • Genius itu hanya akan dapat ditemui dan digali oleh mak ayah yang belajar untuk memahami dan mengerti.
  • Genius yang tak dihargai dan digali mungkin boleh hilang suatu hari nanti.

*Ibu bapa di luar sana boleh mencuba 3 teknik mudah ini untuk tahu bakat anak-anak. Observe, Encourage dan Exposure, teknik-teknik ini nampak mudah tetapi ia memerluka daya fokus ibu bapa untuk melihat anak-anak dengan teliti. Selain kesabaran juga diperlukan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.