Isu speech delay atau lewat perkembangan pertuturan kerap dikongsi oleh para terapis terutamanya di media sosial demi memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak masa kini.
Kadang kala ibu bapa tidak sedar atau kurang peka akan perkembangan pertuturan yang tidak normal atau tidak sejajar dengan milestone tahap usia sebenar anak kerana kurangnya ilmu tentangnya.
Sebelum terlambat, mari kita semak jika anak-anak ada menunjukkan tanda-tanda awal speech delay ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim, Patologis Pertuturan Bahasa di laman facebook miliknya. Jika ada, segera rujuk anak anda kepada terapis yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan.
Perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi dikalangan kanak-kanak adalah melalui interaksi sosial dengan orang disekeliling mereka. Interaksi dua hala adalah sangat penting kepada anak-anak untuk belajar bahasa.
Peranan ini tidak boleh diambil oleh televisyen, ipad, smartphone dan sebagainya. The American Pediatric Association telah memberi amaran bahawasanya TIADA sebarang pendedahan skrin kepada kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun.
Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan interaksi terus daripada ibu bapa, pengasuh dan orang sekeliling mereka untuk merangsang perkembangan bahasa di tahap yang optimum.
Faktor screen time yang melampau adalah salah satu penyebab kepada masalah speech delay yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Jadi, sebagai ibu bapa kita seharusnya menetapkan peraturan dalam penggunaan gajet dikalangan anak-anak demi mengelakkan kemudaratan yang lebih buruk di kemudian hari.
Jika anak anda ada menunjukkan tanda-tanda awal speech delay seperti di atas, segeralah rujuk anak anda kepada terapis yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan.
Kredit: Aishah Kassim