Sterilizer botol susu terbaik pasti dicari oleh bakal ibu dan sudah menjadi satu keperluan kerana alat ini membantu untuk membersihkan kuman atau bakteria yang melekat pada botol susu atau kelengkapan lain.

Jika anda sudah berpengalaman dan mahu jadikan alat ini sebagai hadiah buat bakal ibu juga artikel ini pasti dapat membantu anda.

Bakal ibu tak perlu pening kepala mencari sterilizer botol susu terbaik kerana kami telah sediakan 10 jenama sterilizer yang pasti membuatkan anda puas hati dengan kebersihan botol susu.

Philips Avent 3-in-1 Electric Steam Sterilizer

Sterilizer botol susu keluaran Philips Avent ini memang terkenal kerana berkesan, mudah digunakan dan jimat ruang. Walaupun saiz boleh dilaraskan namun boleh memuatkan beberapa item kecil dengan penuh.

Jika anda menggunakan botol susu keluaran Philips Avent, ia mampu memuatkan enam botol susu. Sekiranya penutupnya tidak dibuka, botol susu atau breast pump mampu terhindar dari kuman selama 24 jam.

Hanya mengambil masa 6 minit untuk proses pengsterilan, ia mampu menghapuskan 99.9% kuman berbahaya.

Pigeon Rapid Steam Sterilizer  17505-1

Jenama Pigeon memang tidak asing lagi dalam kalangan ibu-ibu di dunia kerana terkenal dengan barangan bayi yang berkualiti seperti botol susu, syampu dan sebagainya. Sterilizer dari jenama ini tidak kurang hebatnya kerana direka khas untuk ibu bapa bekerja.

Hal ini kerana penggunaannya sangat mudah dan hanya mengambil masa 6 minit sahaja untuk proses pengsterilan dan memuatkan 5 botol susu atau item lain seperti mainan bayi dan pam susu.

Barangan di dalam boleh disimpan steril selama 24 jam jika penutupnya tidak dibuka. Ciri lain yang ada ialah penutupnya lutsinar, mempunyai fungsi menutup automatik dan terbukti mampu menghapuskan bakteria berbahaya.

Samu Giken Uv Box Waterless Germs Eliminator

Pasti ada ibu yang mencari sterilizer yang besar kerana boleh letak pelbagai item juga dalam sesuatu masa. Sterilizer dari Samu Giken yang berkapasiti 18L adalah pilihan sterilizer botol susu terbaik buat anda.

Reka bentuk menggunakan LCD  menampakkan model ini kelihatan moden dan eksklusif pasti membuatkan ramai yang tertarik untuk membeli. Antara fungsi yang ada ialah mode penyimpan automatik dan  pengsterilan yang mampu menghapuskan 99.9% bakteria berbahaya.

Beroperasi dengan senyap tanpa bunyi bising, tiada risiko kebakaran dan penjimatan tenaga sebanyak 4w merupakan ciri lain yang ada pada sterilizer ini.

Boboduck 5 in 1 UV  Sterilizer Dryer

Mempunyai kapasiti 19L, bukan sahaja mampu mensterilkan botol susu malah barang mainan, stoking dan alat kosmetik juga mampu terhindar dari segala kuman. Ruang yang sangat luas, alat ini membolehkan 12 botol susu disterilkan dalam satu masa.

Selain itu, ciri yang paling menarik pada sterilizer ini adalah menggunakan penapis HEPA yang memerangkap zarah atau debu yang berbahaya. Nak steril sejuk atau panas, semua boleh.

Selamat juga digunakan kerana sterilizer dari Boboduck ini akan tertutup secara automatik selepas 60 minit namun akan mula proses disinfeksi dan pengeringan setiap tiga jam.

Little Bean Digital Bottle Sterilizer

Bagi anda yang mencari sterilizer bawah RM 100 tapi kualitinya sangat bagus, Little Bean  Sterilizer menetapi citarasa anda. Ia menggunakan teknologi pemanasan PTC iaitu kaedah pelepasan haba rintangan yang membuatkan tiada kesan radiasi atau pencemaran.

Mampu memuatkan enam botol dalam satu masa, proses pengsterilan hanya mengambil masa enam minit sahaja dan akan bertahan selama 3 jam tanpa membuka penutupnya. Walaupun design yang simple, ia boleh memaparkan kiraan masa dengan LED.

Mudah untuk digunakan dan boleh di bawa ke mana-mana kerana saiznya yang sederhana dan ringan.

Haenim 4G Smart Classic UVC-LED Electric Sterilizer

Pensteril UV dari Korea ini adalah yang pertama diuji dan terbukti secara saintifik berkesan dalam membunuh 99.9% virus Korona atau Covid-19 yang terdapat pada item yang ingin disterilkan. Hal ini kerana produk ini menggunakan 9 UV LEDs untuk lebih keupayaan membunuh kuman.

Paling menarik, produk jenama Haenim ini mampu memuatkan 16 botol susu atau beberapa item lain dan berfungsi dengan hanya satu sentuhan. Selain itu, jika ia perlu dibersihkan, butang ‘alert’ akan mula dipapar pada skrin.

Penggunaan sangat efisyen, mudah digunakan dan menghilangkan bau atau tidak mengeluarkan sebarang bau ozon.

Mamahome UV Sterilizer

Sterilizer ini mempunyai kapasiti yang banyak dengan 10L dan berfungsi sepenuhnya secara automatik dan mengandungi empat lapisan penapis. Sesuai untuk pengsterilan botol susu, kelengkapan alat solek, aksesori, mainan bayi dan sebagainya.

Mamahome UV Sterilizer juga mempunyai sistem penapis HEPA. Terdapat empat mode iaitu automatik, pengeringan, sterilasi dan penyimpanan. Penggunaannya yang sangat moden kerana hanya perlu menggunakan sentuhan.

Pakej ini anda juga akan mendapat 5 dalam 1 botol pemanas. Item termasuk pemanas susu, sterilizer, modulator, cerek dan teko.

Coby Mini V2 UV Sterilizer

Kapasiti 8L sterilizer ini mampu memuatkan sembilan botol susu dalam satu masa. Ciri yang terbagus pada model ini adalah mempunyai sistem keselamatan yang baik iaitu akan tertutup jika kanak-kanak membukanya.

Seperti jenama sebelum ini, sterilizer jenama Coby Haus juga mempunyai empat mode iaitu automatik, pengeringan, sterilasi dan penyimpanan. Dengan penapis HEPA dan 360 darjah sinaran UV mampu memerangkap dan menghapuskan 99.9% kuman berbahaya.

Sangat mudah digunakan dengan hanya menekan satu butang operasi. Selain itu, model ini menjimatkan penggunaan tenaga elektrik serta tiada risiko kebakaran.

SuperMama UV Sterilizer

Supermama juga adalah jenama sterilizer botol susu terbaik buat para ibu. Sekiranya anda mencari sterilizer yang mampu memuatkan lebih banyak item, Supermama UV sterilizer adalah terbaik buat anda kerana mempunyai kapasiti 16L.

Sterilizer keluaran SuperMama mempunyai skrin LCD penuh di pintu, mentol UVC dengan penapis udara nanofiber mampu membunuh 99.9% bakteria tanpa bahan kimia yang lain.

Spectra UV Electric sterilizer

Spectra UV Electric Sterilizer juga mempunyai kapasiti yang besar mempunyai design yang elegen dan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Sangat mudah digunakan dengan hanya sekali sentuhan sesuai untuk ibu yang pertama kali menggunakannya.

Memiliki tiga kipas dengan satu kipas berfungsi sebagai pengering dan pengaliran udara dan haba. Penggunaannya juga selamat kerana automatik akan ditutup jika pintunya dibuka. Paparan masa bersama empat tombol touch screen sangat efisyen.

Tak perlu ragu dan tak perlu sangsi kerana sterilizer botol susu terbaik yang tersenarai di atas merupakan antara jenama yang cukup terkenal dan sangat berkualiti dalam kalangan para ibu.

Jom baca artikel kami yang lain seperti:





Pandangan dan pendapat di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.